Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, August 19

Warna Najis Bayi

Assalam...

Tolong jangan geli ok, title di atas sana tu memang betul berkenaan apa yang aku alami. Ish masa Zikri kecil dulu aku dah mula campurkan susu ibu dengan FM so aku tak ambil pusing sangat dengan hal-hal ini.

Petang hari Rabu lepas Ashraf buang air besar cair dan berwarna hijau sikit. Ehmmm ini yang aku dapat dari hasil pencarian aku secara online di susu-terbaik.blogspot.

"Setelah kolustrum susu bertukar menjadi susu matang, bayi biasanya akan berak lebih kurang 2 hingga 5 kali sehari. Ada juga bayi yang berak hanya sekali seminggu, sekiranya najisnya tidak berbentuk, lembut dan tidak kering ini menunjukkan ia mendapat susu awal dan akhir (foremilk & hindmilk) yang mencukupi. Najis yang terlalu cair dan berwarna kehijauan menunjukkan bayi mungkin tidak mendapat cukup hindmilk. Najis yang cair ini juga menunjukkan bayi anda sensitif dengan ubatan atau makanan yang diambil oleh ibunya. Biasanya ibu dinasihatkan untuk tidak mengambil produk tenusu sehingga 3 minggu. Sekiranya terdapat perubahan pada najis bayi (najis normal), tambahkan sedikit demi sedikit produk tenusu dalam diet. Mulakan dengan keju. Jika najis bayi menjadi terlalu cair, ibu mungkin terpaksa mengambil alternatif lain bagi sumber kalsium dan protein utama mereka."

Ouh....pagi semalam pun masih berlaku hal yang sama, agak kecewa pula tengok najis Ashraf macam tu tapi aku sabar dan tahankan sahaja.

Alhamdulillah pagi ni najis nya kembali bewarna kuning pekat. Syukur pada MU YA ALLAH! Boleh ceria kembali....yahoo

Tapi kalau ikutkan buat masa ni, dibulan puasa ni aku tak ambil produk tenusu apa pun. Melainkan apa yang aku makan untuk 2 hari tu adalah sandwich telur atau pun aku teringin nak makan makanan pedas. Ish...kesian anak pula yang menjadi mangsa disini.

2 comments:

Yaati Nor said...

tak de kena mengena la pedas dengan susu badan kita..tu mitos je yang..ko kena mkn mcm2 baru anak ko serasi dengan mkn2 tu semua bila dia 6 bulan nnt..klu nak bagi mknn mknn 1st jgn bg nestum..bagi bubur nasi kosong blend je..

Azian & Zaini said...

ooo ye ke, aku tgh study untuk anak yg fully bf ni kan...
pasal makan akan dtg mmg plan nak masakkn sendiri di rumah & bekal g umah MIL