Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, December 28

Anugerah

Assalam…

Zuriat! Ada apa dengan zuriat….5 tahun lalu selepas bernikah aku dan dear tidak merancang untuk menjarakkan kehadiran zuriat. Malahan senantiasa kami berdua nanti-nantikan. Segala teguran, tohmahan dan komen dari saudara mara tidak kurang juga dari orang yang tidak kenal kami berdua pasti fikirkan kami merancang sejak dari awal. Aduh…mengapa mesti merancang? Bukankah lebih baik ada anak semasa usia muda lagi, jika lewat bukankah lebih banyak risikonya untuk mengandung.

Syukur Allah menduga aku dan dear 4 tahun hidup bersama namun tiada zuriat. Tapi setakat ini kami bukan dapat seorang. Ingat lagi aku pernah minta pada Nya andainya Kau berikan aku seorang anak pun aku sudah bersyukur dan cukup bergembira. Allah maha adil, mengetahui dan memberikan apa yang kita mahu jika kita bersungguh-sungguh meminta padaNya. Jangan lupa berusaha dan sentiasa berdoa.

Rajin.

Rajin apa? Rajin cuba la apa lagi, kata nak anak jadi kerapkan la bergaul bersama. Kalau ada rezeki siapa tahu menjadi. Heh! Tapi berpada-pada la kan. Jangan sampai kerja lain pun tak jadi. Hehe…

Usaha.

Usaha dengan doa dan perbuatan. Selalu lah berdoa setiap kali selepas solat. Berdoa bila melawat bayi baru lahir agar nanti kita mendapat bayi yang secomel bayi itu. Hahaha… usaha berubat tak kira cara moden atau tradisional. Kata orang kalau kita percaya dengan bantuan orang lain mungkin menjadi. Ini kata orang bukan kata aku. Tapi harap-harap menjadi la kan, siapa yang tidak mahu jadi.

Sabar.

Sentiasa bersabar dengan segala tohmahan yang orang lain berikan. Orang lain tidak tahu apa perasaan kita bila mereka berkata-kata. Hanya kita sendiri tahu jadi ambil jalan mudah dengan luahkan pada orang tersayang.. (suami) atau keluarga sendiri. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, dan Allah tahu kita mampu terima cabaran yang maha berat ini. Setiap orang pasti ada cabaran yang tersendiri bukan? Kalau orang lain mampu terima beban yang lagi berat jadi kita pastinya boleh terima dugaan juga.

Doa.

Sentiasa berdoa, jangan lupakan pada pencipta kejadian kita semua. Allah akan berikan nikmat dunia bila kita minta selalu pada Nya. Jadi sentiasa berdoa setiap kali selepas solat, ini telah aku lakukan sejak dari selepas kahwin. Teringin menimang cahaya mata hasil perkongsian aku dan dear. Alhamdulillah selepas 3 tahun Allah memberikan kami zuriat.

Tawakal.

Ini saja la yang mampu di lakukan jika semuanya sudah dilakukan. Tawakal kepada Allah agar dipercepatkan perberian zuriat. Kalau tak silap dulu masa kursus kahwin ada orang bagitahu kalau kita ada buat apa-apa kesalahan tidak pasti kesalahan kecil atau besar Allah akan duga dengan tiada zuriat selama 3 tahun 3 bulan. Ustaz yang mengajar pun kata itu tak pasti sebab dia pun belum pernah dengar. Tapi ini aku tak pasti sebab dah lupa. Jadi bersangka baik dengan apa yang Allah aturkan pada kita. Dia maha mengetahui apa yang sepatutnya dan bila masa yang sesuai untuk kita miliki sesuatu .

Pendek kata jangan berputus asa tak kira dalam usaha mendapatkan zuriat, perbanyakkan susu dan apa juga perkara dalam hidup seharian kita. Semoga Allah berikan kita limpahan kasih Nya yang melimpah ruah. Amin!

(P/s : tetiba teringat time aku tengah down pasal nak anak dulu...memang rasa nak gaduh je :p)

No comments: