Assalam...
Pening kepala sepanjang hari semalam (selasa 20/12/2011) dek kerana kakak ipar yang jaga Ashraf SMS bagitau Ashraf tak nak EBM. Dear ada bekalkan susu tepung atas sebab kereta masuk bengkel sejak hari sabtu sampai hari ini belum siap, EBM pulak kurang 1 botol @ 5oz.
Kakak ipar buatkan susu tepung 3oz habis 2 1/2 oz jugak. Aduh ini yang buat aku tak keruan sepanjang hari. Tapi tenangkan diri dengan berfikiran positive jugak. Kalau Ashraf berlapar lagi aku kasihan bukan. Nak tak nak terima saja la FM dah masuk dalam perut kecil Ashraf.
Malam tadi balik selalunya nak menyusu direct tapi tak nak pula, bila masa nak tidur baru sibuk minta. Ehm...nampak ok bila dia dah tidur. Tidur waktu malam lena tapi bila siang tak sampai setengah jam dah bangun. Alahai...pening kakak ipar aku.
Mana tidaknya umurnya dah sesuai makan bubur pun tak nak juga. Aku ingatkan susu aku kurang jadi aku cuba cari makanan tambahan sebab bila cuba minum susu, milo dan nestum susu masih keluar seperti biasa. Tidak bertambah malahan makin berkurangan.
Sedih ok, tapi kutahan kan saje dalam hati. Bulan lepas ada juga terjadi hal yang sama tapi rupanya nak tumbuh gigi tapi kali ini sebab apa pula ye? Nak tanya pada siapa? Tolong!!!!
Hari ini minta tolong dear telipon akak tukang urut, cuba urut-urut sikit mana tau kot-kot ada tersalah urat ke apa ke. Maklum saja sejak pandai merangkak dan tau berdiri tepi palang ni kerap jatuh terduduk juga. Risau amat aku sekarang, nak duduk rumah tengok perkembangan dia tak boleh. Kerja perlu diteruskan buat masa ni, belum sesuai aku nak berhenti kerja lagi. Aduh...masa ni rasa seperti aku pentingkan diri sendiri pula.
2 comments:
jangan risau sangat..risau tu yang buat susu kurang. mungkin ko nak period kot yan..klu period susu mmg kurang sgt2..klu asraf dah boleh makan bagi dia makan..susu jadi mkn tambahan je..jgn risau sgt..be happy supaya susu tak merudum..kena kerapkanlagi pump..klu balik keje dia tak nak nyusu tu..pump..
pump sntiasa ikut time cume kat ofis ni kdg2 bila masa busy amat tu terskip juga la kan.
Post a Comment