Assalam…
Salam hari Selasa semua, hihi…setelah 3 hari berpenat lelah di rumah kakak ipar akhirnya selesai juga majlis yang begitu meriah. Maunya tak meriah, dah macam majlis perkahwinan pun ada juga cuma tak ada pengantin dan pelamin je.
Aku mula tidur di rumah akak ipar dari hari Jumaat lagi, balik kerja ambil Ashraf ambil baju-baju dan gerak pergi sana. Amar pantang jumpa, Nampak macam kerinduan sangat…kesian pun ada aku tengok. Tapi layankan aja sampai sakit pinggang aku asyik dukung-dukung anak yang seorang ni.
Majlis bermula pagi Sabtu, sembelih kambing akikah dan juga majlis berkhatan. Kedua-duanya dijadualkan bermula pukul 7 pagi. Tapi biasa saja lah kan manusia mana ada yang mampu berpegang pada janji jadi majlis bermula hampir pukul 10 pagi. Paling kasihan dengan dear, malam sabtu terpaksa tolong kawan buat kerja sampai ke subuh. Ini tuntutan kerja nak tolak pun susah kan.
Petang sabtu tak ada apa-apa acara kecuali kami semua sibuk membuat persiapan untuk pembukaan majlis malam nanti. Ada acara potong kek untuk menyambut hari lahir anak adik ipar aku. (eh…aku tak pernah excited nak buat acara potong-potong kek untuk Amar….kesian dia kan tapi dia bukan faham pun, insyaallah ada rezeki nanti bila dia dah besar aku pasti akan buat). Tapi acara potong kek ni Amar dan Ashraf dah tidur pasal lambat sangat nak tunggu acara ini bermula. Ahaks!
Pagi Ahad sibuk siapkan anak-anak dulu, siap anak-anak aku pula mandi. Senang mandi awal nanti lewat berebut-rebut nak masuk bilik air. Maunya beratur panjang kat luar bilik air yang cuma ada 2 bilik air sahaja. Aku bukannya sibuk buat kerja tapi sibuk layan anak-anak, tinggalkan sekejap-sekejap je nak tinggal lama payah sikit. Maklum saja ada karaoke, nak tidur malam pun bising..Ashraf pula asyik terkejut saje bila orang asyik buka pintu. Kami tidur atas tikar…bantal ada bawa dari rumah. Mujur bawa tilam Ashraf kalau tidak Asraf terpaksa tidur atas tikar juga. Terlupa nak bawa toto sendiri jadi relakan juga tidur di tikar 2 malam. Harap-harap tak ada apa-apa masalah dan kesan. Bukan tak ada tilam, tapi tuan rumah sibuk dengan kerja-kerja kenduri jadi dia tak ambil tahu masalah kami. Hmmm anak-anaknya pun masih kecil jadi tak nak la kami menambahkan kerisauan tuan rumah lagi.(tapi kalau mak aku punya stail, bila nak buat kenduri mak akan kemaskan tilam, toto, bantal dan selimut. Pastinya bila ada sedara mara datang mahu tumpang tidur dirumah. Tinggal ambil dan guna sahaja).
Menu paling menarik ialah sup kambing! Huh aku dapat rasa semangkuk 3 ketul tulang rusuk kambing. Itu pun bila nampak dear tengah ‘layan’ aku pun minta sekali. Hehe… memang laris ok, mungkin sebab daging segar kot. Kiranya seekor kambing akikah tu tak cukup nak menampung jumlah tetamu yang datang. Alhamdulillah, tetamu datang membawa rezeki dari luar dan dihidangkan dengan menu-menu yang lazat serta dihiburkan dengan karaoke nyanyian kakak ipar, adik ipar dan juga anak buah. (Paling tak best tempat karaoke dekat sangat dengan rumah dan bilik tidur kami. Sabar je la kan).
p/s: gambar tiada ditangan, kamera dipinjam oleh pihak tuan rumah…aku pula tak ada masa nak pegang hp sambil pegang Ashraf.
No comments:
Post a Comment