Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, December 10

Buaian

Assalam...

Bekerja kala di hujung minggu, tak apa cuma setengah hari saja kan bukannya lama. Tinggalkan anak-anak dengan keramaian orang yang ada di rumah "mak ngah" begitu mudah sekali. Tidak ada tangisan sendu mahu mengikut jejak aku ke pejabat. hehe....

Ok, hasilnya malam tadi totally tidak boleh tidur. Berada di tempat baru pun ye atau gangguan oleh anak-anak kerana tidak boleh tidur bila setiap kali pintu bilik akan di buka dan di tutup. Uh...nak buat macam mana tak kan aku nak kunci pintu bilik. Tidur di rumah orang lain jadi sabar saja dan tunggu sampai pagi. :)

Apa yang aku perhatikan malam tadi masa aku keluar buatkan Amar susu, nampak 2 orang anak buah tidur dalam buaian walaupun di malam hari. Persoalannya sekarang "bagus ke?"

Siapa aku nak menjawab, kalau anda tahu apa kesan sila kongsikan bersama. Mungkin di kemudian hari akan aku tegur dan nasihatkan kakak dan adik ipar aku nanti berkenaan kesan yang tidak baik.

Syukur, Amar sejak lahir memang tidur buai tambah-tambah sejak aku naik kerja dan nenek menjaganya. Tak mengapa tapi aku hadkan untuk siang hari sahaja. Malam hari perlu tidur di tilam dan dapat bergolek-golek sesuka hati. :)

Tapi semasa aku mengandung 9 ke 10 bulan Amar suka tidur dalam buai dan akan kami angkat setelah lena. Ehm... aku tak ajar tapi ini ayahnya yang ajar sampaikan terkadang sampai pagi dia akan tidur dalam buai. Kesian pun ada.

Ini berlarutan sehingga aku bersalin dan sampai selepas pantang. Bila duduk rumah sendiri berempat aku mula aturkan cara aku sendiri, lebih suka Amar tidur di tilam dari pada sibuk membuainya di buaian. Sambil tidurkan Ashraf aku boleh tidurkan Amar. Alhamdulillah, walaupun awalnya agak susah tapi lama kelamaan akan menjadi kebiasaan.

Contoh macam malam tadi, buaian ada 2. 1 aku MIL aku punya 1 lagi adik ipar aku punya. Kakak ipar guna MIL punya yang bila siang Amar akan guna berkongsi dengan Ashraf. Ini tak kisah la kan kitakan keluarga, berkongsi guna apa yang boleh. Hehe... Tapi buatnya Amar nak tidur buai juga? tidak keruan aku jadinya, terpaksa usung besi buaian sendiri nampak gayanya. ehm....susah jadinya di sini.


Ini Ashraf, tidur dalam buai semasa menunggu ayahnya (Dua-dua anakku ada trompet...haru!)
 Ye tak ye jugak rasanya siang-siang ni pasti berlaku perebutan buaian eh...memang perlu bawa besi buai sendiri jawabnya kalau tidak perlu berebut-rebut nak tidurkan anak masing-masing. :p

2 comments:

Yaati Nor said...

pada pendapat aku yan. buai ni untuk menyenangkan kita klu anak payah sgt nak tido..tapi menyusahkan kita klu nak gi jalan2 umah orang..kita pilih la nak susah ke senang?aku mmg tak nak susah angkut buai gi mana2..so far adik beradik aku 122 org.meninggal seorang semua dok dalam buai..siap adik aki yg no bape aku tak ingat siap buaikan diri sendiri dalan buaian tu..tapi kekurang dia lagi kl buat tu tinggi klu jatuh takut patah riuk pulak..so far adik aku selamat siap pandai turun buai sendiri lagi..en asben tak suka buai takut susah nak gi mn2 ke angkut buai..tp klu kita pandai pujuk anak kita boleh je tido bawah..zahra tido bawah sejak lahir..aku kesian tgk baby yg dalam pantang dah kena tido dalam buai. klu ada taska yang guna buai tu maknanya taska tu mst somthing wrong. sebb JKM tak bagi taska ada buai.

Azian & Zaini said...

thanks ti!
ehmm aku pun kalo ikutkan tak nak, besi buai tu bila mlm jd tmpat aku gntung baju...langsung tak de niat nak guna. cuma nak senangkan yg jaga so aku relakan juga la, hujung minggu aku suka tidurkan kat bawah...boleh join golek2 sama2 :p