Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, September 4

Kuih Bangkit Santan Perisa Pandan

Assalam...

Hari Ahad lepas aku bawa anak-anak pergi rumah MIL, ye la ayah derang sibuk pula minggu ni balik kerja pun dah malam. Anak-anak dah la tidur awal nak manja-manja pun belum puas. Tugas ayah derang bawa derang pergi rumah MIL selalunya aku akan tinggal di rumah kemaskan rumah dan masak-masak.

Jadi nak tak nak kesian tengok anak-anak walaupun sekadar pergi rumah MIL je nak bawa keluar hari Sabtu dah bawa pergi rumah kakak kat Puchong. Alhamdulillah mereka berdua baik-baik saja tak kira semasa pergi mahu pun balik. Masa balik Amar tidur tapi Ashraf tak nak tidur hinggalah dia dapat susu (ngempeng).

Kami pergi dah lewat sebab tunggu-tunggu ayah tak balik pun, pukul 6.30 petang baru keluar rumah. Pukul 6.35 petang sampai la kami, hehe...tak jauh mana kan! Tengok-tengok MIL sorang je kat rumah, alang-alang aku temankan MIL sampai ke waktu isyak sebab dear tak tau balik pukul berapa.

Di rumah MIL masa makan di dapur Amar boleh pula pegang balang kuih raya nenek dan terpecah pula. Ya Allah....nak marah je rasanya tapi masa tu cuma ingat jangan kaca tu terkena pada dia sudah la kan. Masa aku kutip tu pula dia nangis-nangis ingatkan dia takut kami marah dan nak manja-manja dengan aku rupanya dia menangis sebab nak makan biskut yang ada dalam balang yang pecah tadi.

Lagi kesian MIL kata biskut tu dah habis, tinggal dalam balang tu je yang ada kalau ikutkan tapi dah tak ada rezeki nak makan nak buat cam ne. Aku memang tau Amar suka biskut bangkit santan tu sebab sebelum ni memang nampak dia suka pilih biskut tu je.



Alahai anak nanti mama belajar macam mana nak buat ek, kesian sangat bila aku ingat-ingatkan lagi muka ketat dia sebab tak dapat makan. Mama dah jumpa resepi tinggal nak cuba menjadi ke tidak. Harap-harap sangat la menjadi untuk anak-anak juga kan.

 

No comments: