Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, September 4

Awal September 2012

Assalam...

Orang lain alami 'monday blue' tapi aku hari ini alami kesibukan yang amat. Yes! walau pun kerja tak seberapa tapi tetiba pula hari ini kerja datang bertubi-tubi. Minggu lepas dapat memo ada 'stock take' untuk bulan lepas. Tak pernah jadi teruja juga nak tau. Isnin juga ada mesyuarat semua pengurus jualan di seluruh semenanjung. Wah...ini yang paling memeningkan.

Ingatkan buat apa la masa 'stock take' tu rupanya jadi tukang tulis je, budak-budak bahagian stor akan kirakan dan aku tinggal catatkan mengikut model. Senang gila tapi ada juga yang nak mengelat. Mana tidaknya nak jaga make up dia, nak jaga pakaian dan juga tak sanggup nak tinggalkan air cond yang ada. Katanya allergic bila tiada air cond sampai kan bulan lepas masa tiada letrik 2 hari MC sebab gatal-gatal 1 badan. Erm...memang la panas tapi kerja nya tak susah, tak perlu buat kira-kira cuma tulis je apa yang derang kira. Ambil masa 1 jam juga baru siap, itu pun kata pengurus stor bahagian ini senang tapi derang tak suka sebab panas. Nak tak nak aku siapkan sorang je la dengan bantuan 3 orang budak stor dan pengurus stor sekali. Hebat kan!

Balik office sibuk pula minta aku naik atas hantar barang naik atas padahal kerja ni orang lain yang patut buat tapi aku juga yang di suruh buat. Jadi dari tak ada kerja jadi penat buatkan kerja orang lain. Relakan saja, kerja biar ikhlas. :)

Mesyuarat pun habis lewat petang semua pengurus cawangan makan bungkus kat office sini. Hehe...kelakar juga sebab tengok derang makan ramai-ramai kat sini. 2 bulan lebih kerja disini pertama kali tengok derang adakan mesyuarat yang begitu lama. Mungkin setiap 4 bulan sekali agaknya, ini tak pasti lagi sebab aku pun masih baru di sini.

Balik rumah ambil Amar tapi Ashraf tak ada, jadi balik rumah dulu nak mandi dan siap masak nasi. Siap-siap keluar nak ambil Ashraf tengok-tengok adik ipar hantar sebab kebetulan dia pun nak keluar. hahaha....
 

No comments: