Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, April 11

Zuriat Terindah

Assalam...

Dalam sibuk ni sempat juga aku nak meninjau-ninjau blog kekawan yang lain, dapat juga membaca kisah-kisah sedih orang lain yang mahu berkongsi rasa. Kalau ikutkan aku pun pernah juga merasa perasaan yang sama. Dihujani dengan pelbagai pertanyaan maupun pandangan serong dari orang terdekat. Masa tu jangan cerita la kan, pantang dengar je orang tu bertanya soalan je dah rasa nak meroyan pun ada. Maka nak tak nak lepaskan juga la pada dear. Time-time tu bergaduh dengan dear, makan hari memang dah asam garam...tapi bila dapat sorang...terus elok je rumah tangga kami. Bahagia sampai kini, maybe anak yang memberi kami kebahagiaan yang kami cari.

4 tahun berkahwin tanpa anak, mulut orang mula la mengata itu dan ini. Cadangan demi cadangan yang perlu aku tempuhi bila jumpa dengan semua orang. Percaya atau tidak..MIL pernah cadangkan kami ambil anak angkat pasal mak cik dear ambil anak angkat tau-tau je lepas tu terus lekat dan terus dapat anak 3 4 orang sekarang ni. Tapi ni awal-awal aku tolak dengan dear, pape hal pun anak tu aku nak biar la dari benih kami berdua walaupun bermacam-macam cara untuk kami dapatkan.

Mak aku pun ada idea yang tak kurang senget juga....ehmmm  ni bukan nak kutuk mak aku tapi maybe mak aku kesian nak tengok aku ada anak la kan. Idea makan anak katak AKA berudu! huihhhhhh time dengar dear tak de tapi aku tengok berudu boleh la, tak dapat pula nak bayangkan aku makan berudu tu. Ish......tak mau!!!!

Dugaan kan, di mana-mana pun ada idea orang tapi kami je tak mampu nak ikut. Geli la kalau aku ikut idea mak aku tu. Hahahaha...pergi berurut jangan cite la kan, sampaikan dah naik malas nak pergi pun ada. Dear cadang nak tanya dekat pak cik yang selalu MIL jumpa bila MIL alami kejutan dengan apa-apa hal sekalipun contohnya MIL nampak asap berkepul-kepul di dapur bila arwah FIL lupa nak matikan api dapur gas. Terus mendadak naik darah tingginya tu. Atuk tu cadangkan aku berpantang makan masam-masam dan dapat air jampi dengan serbuk kopi. Nak kata sedap kopi tu tidak la kan tapi sekadar mencuba, jangan pula ada yang kata kami ni syirik maupun ni ajaran sesat. Tapi ini sekadar percubaan kami berdua.

Sepupu dear yang alami masalah sama dengan kami cadangkan kami pergi LPPKN. Kami pergi dan sempat pergi daftar je. Pasal bila fikir-fikir memang perlukan kos yang tinggi pasal perlu ikut banyak prosedur. Nak daftar saja dah RM50.00 tau. Belum masuk kos untuk check up yang lain-lain lagi. So kami stopkan terus.

Kami stop tapi 2 bulan kemudian aku diserang sakit kepala dengan kerap, sampaikan tak tahan aku MC walaupun masa tu baru awal-awal masuk kerja di company sekarang ni. Rezeki dari Allah yang maha kuasa aku disahkan mengandung, DR takut nak bagi ubat sakit kepala pasal dia suspect aku pregnan. Masa tu aku tau aku pregnant dah 2 bulan. Ya Allah maha kuasa Mu Kau telah bukakan pintu hati DR tu untuk suruh aku buat ujian air kencing. Bersyukur tersangat-sangat kala ini.

Aku minta dear rahsiakan dahulu, pasal DR nak confirmkan dengan scan sebulan kemudian tapi dear excited melampau...MIL tau juga. Hehehehehe

Dapat berita baik tak semestinya sepanjang masa berita baik. Bulan syawal kandungan aku baru masuk 3 bulan setelah disahkan oleh DR, aku kehilangan bapa. Orang yang paling suka bermain dengan cucu tapi sayang tak sempat nak melihat anak aku lahir dan membesar. Insyallah...arwah baik-baik saja di sana. Ini la doa aku sebagai anak dari kejauhan..... :(

Bila berita tersebar luas lagi la aku dan dear gembira bagaikan seluruh alam menantikan berita baik dari kami. Ucapan tahniah...sentiasa bergema tatkala datang beraya dirumah saudara mara. MIL juga yang excited nak cerita pada semua ok.

Hampir 4 tahun berkahwin akhirnya dapat zuriat pertama. Kalau orang lain 4 tahun kawen anak dah 2 dan dah besar pun. Tapi ada kami kesah, asalkan kami dapat dari hasil benih kami berdua dan berkat kesabaran kami dengan dugaan yang maha Esa.

Insyallah tahun ni bakal menyambut ulang tahun ke 5 perkahwinan kami....bakal menimang seorang lagi cahaya mata penghujung bulan ni. Semoga hubungan kami berdua kekal sehingga ke akhir hayat kami. Tak sanggup rasanya nak bergaduh lagi bila dah ada anak ni, jadi dewasa la kami sekarang ni.hahahaha...orang lain dah lama dewasa kami ni terlewat je.

Buat kalian yang masih menanti zuriat bersabar la, doa banyak-banyak dan sentiasa sabar maupun tawakal dengan dugaan Allah. Allah mahu menguji kita supaya kita lebih dekat dengannya. Rajin-rajin la membaca Alquran atau surah yassin untuk menenangkan hati dan emosi. Allah tahu kita mampu hadapi dugaanNya, Allah tahu kita kuat cuma kita terkadang terlupa dengan kasih sayang Allah.

1 comment:

Yaati Nor said...

TAG ko yan join GA..join ya..