Assalam...
Adoi la sibuk sesangat pulak sekarang ni tambah-tambah dah dekat masanya untuk aku bercuti panjang. Huh! cuti...rasa cam nak berhenti pun ada la pulak bila masa kesibukkan melanda sangat-sangat. hehehehhe tapi surat masih belum prepare lagi bermakna aku cuma bercuti panjang 2 bulan sahaja. :p ok la kan.
Hujung minggu lepas amat sibuk tambah-tambah lagi dengan nak balik kampungnya la kan minggu ni. Preparation sikit sebelum gerak balik kampung dengan abang dan kakak sayang.... hehehhehe dear dan Zikri terpaksa aku tinggalkan untuk sehari semalam...sadis! tak pernah berenggang selama ini kan.
Terpaksa juga la kan, kalau nak bawa tu boleh tapi rasa macam tak sesuai pulak lagi pun dear dah bagi izin untuk aku balik sorang diri biar Zikri MIL jaga siang hari dan malam dear pulak yang handle. Ehmmm sob sob...juga la kan.
Ahad aku pergi check up pasal dah cukup 9 bulan ni kena la datang klinik 2 minggu sekali. Oh yang malasnya lepas ni perlu datang setiap minggu...ehmmm malas ok. kebetulan hari ahad tu memang ramai pulak yang datang nasib la pasal aku sampai pun dah pukul 10 pagi kan, tu yang ramai. Nurse inform bagitau aku nombor 15 ke 16. Huh? baik keluar pergi sarapan dulu. Dapat la makan nasi goreng. Hasil check up pulak DR kata baby dah 3.4kg sekarang! wah....terkejut pun ada aku rasa. So DR kata kalau lepas ni bertambah dengan pantas beratnya maka aku akan di paksa bersalin juga la dengan tempoh masa yang akan ditetapkan nanti. Tunggu next week macam mana pulak la kan. Hmmm paksa? dah seriau dah ni bila fikir bab-bab nak bersalin walaupun masa aku bersalin dulu dear langsung tak ada di sisi aku. Huaaaaaaaaaaaaa
Lunch kami makan soto Sg. Serdang di Kapar sana. Jauh ok! tapi dapat makan apa yang dicita oh.....syurga la kan. Makan soto + tapai pulut dan tapai ubi. Kedai ni cuma jual soto je, ada soto bihun dengan soto mee. Tapi kalau dulu buka siang je tapi sekarang dah buka sampai malam. Nampak kedai pun dah upgrade sekarang ni.
Balik umah, dear dengan Zikri tertidur dek kerana keletihan melampau. Dear letih jadi driver dan Zikri letih kerana kerenahnya....dah makin nakal. Belum dapat kaki lagi tapi huhu....sabar je la.
Malam pula bawa MIL pergi jenguk mak cik sedara dear AKA adik kepada arwah FIL. Last kami jumpa masa raya tahun lepas. Masa tu Zikri sibuk nak tidur so kami tinggalkan dia tidur dalam kereta. Semalam bila dia tengok je huh! terkejut pula bila sekali jumpa dah nak mengerjakan seluruh rumah dia. Budak ni memang pantang jumpa TV yang boleh tekan-tekan dekat monitor. Lagi satu hal nak bagitau remote astro dah rosak tapi mujur dear boleh repair...so tak payah nak beli yang baru.
Singgah rumah anaknya pulak dia kata kami ni sekali dapat anak rapat-rapat la pulak. Heh...lama kan kami tunggu nak anak, tu yang terima je rezeki yang ada ni walaupun dalam hati rasa macam agak rapat la kan. Zikri membuas bukan main tapi suka bila anak akak tu ajak main sama-sama. Pantang jumpa dengan kawan memang la pandai nak berkawan tapi semua mainan kalau boleh dia nak rebut ok.
Malam masa untuk tidur, sampai rumah dah hampir pukul 11 malam. Tapi sempat juga la nak goreng ikan bawal untuk aku masak esok petang. Maknanya tak perlu la kelam kabut sangat nak memasak bila lepas balik dari kerja. Hehehe...
No comments:
Post a Comment