Assalam...
Semalam mak call dari kampung bawa khabaran mengejut untuk kami sekeluarga. Ish...apsal pulak derang set kan time nak meeting pasal hal ni sekarang? Rasa macam nak marah pun ada geram pun ada gak tapi paling terasa adalah seram. Kerana apa?buatnya la kan masa ni aku tetiba bersalin awal...habis la kami semua dan aku pasti akan dipersalahkan.
Hua....ye ye je tu hari aku berharap aku nak bersalin lebih awal tapi sekarang aku minta-minta sangat biar la selepas settle semua hal kami sekeluarga ni. Kalau tidak kami semua terpaksa menunggu lebih lama lagi.
Bukan apa ni hal yang agak penting juga la kan, mak aku beriya-iya nak selesaikan hal ni secepat mungkin pasal dia tak mau kami adik beradik akan datang bergaduh sesama sendiri dek kerana harta yang tidak seberapa. Kami pun relakan la juga kan, lagi pun kalau tak dibahagikan harta tu nanti susah pula bila ada yang nak tanah kat sini ada pula yang nak tapak rumah la....pendek kata biar la selesaikan awal-awal ni.
Cuma sekarang tengah blur tak tau nak balik kampung dengan siapa...nak balik dengan dear cian pulak nak paksa dear minta cuti. Nak join abang aku je la lagi elok daripada aku drive sendirian balik kg dengan keadaan macam sekarang ni. Lagipun pasti dear dan mak tak setuju. Tapi mungkin akan jadi terpaksa kalau terdapat hal-hal yang tak boleh nak dielakkan. Hehehehehe
No comments:
Post a Comment