Assalam...
Buat kali ke 2 sejak lahir Zikri demam, terkadang risau juga hati aku ni kan tapi aku tahan-tahankan juga. Bila jarang-jarang sakit tapi bila sekali sakit jadi macam teruk pulak. Kesian....tu je la yang mampu aku luahkan.
Sejak 2 3 malam ni tidur dear asyik terganggu tapi berkat kesabaran kami malam tadi kami bertiga tidur lena sampai la ke pagi.
2 malam lepas Zikri kerap diserang selsema walaupun dah ditukarkan baju lengan panjang, berstokin dan siap kipas diperlahankan atau pun di halakan ke arah lain. Tapi masih juga selsema. Tidur 10-15 minit lepas tu bangun lagi siap nangis-nangis pulak tu. Susu jangan cakap la, langsung tak nak sentuh! geram je rasa nak cubit-cubit tapi biasa la kan tengah sakit. Kalau kita sendiri sakit pun mesti la tak selesa kan.
Last aku fikir nak bawa Zikri pergi klinik malam lepas aku balik kerja. Kebetulan dear kata masa dekat rumah MIL akak ipar yang bakal jaga adik Zikri nanti urutkan. Lega sikit la kot lepas kene urut-urut tu.
Gerak pergi klinik sampai lebih kurang pukul 7 malam, masa tu pun dapat no 11 padahal klinik buka kul 6.30 petang. Ramai pula la kanak-kanak yang tak sihat sekarang ni, pendek kata kebanyakkannya demam maupun selsema. Ehmm....musim tak.
Settle jumpa DR hampir pukul 8.30 malam, lama tak?hmmmm naik keras bontot aku tunggu giliran tapi bila time jumpa DR tak sampai 10 minit je pun. Geram ni..geram pasal tunggu lama. Hahahahha
Dr kata ok demam tak ada la tinggi sangat, dapat la 5 jenis ubat. Ubat demam, ubat kahak, ubat selsema & batuk, ubat titis di hidung dan juga antibiotik yang paling penting untuk kita semua kan. :p
Sebelum balik singgah makan dekat gerai area klinik. Settle makan terus zass balik umah lagi pun kesian tengok Zikri nampak letih je. Maklum la dah 2 3 malam tidur dia tak lena. Dalam kereta sempat juga dia tertidur tapi bila letak je kat atas tilam boleh tersenyum-senyum tengok kami. Ish la budak sorang ni...
Bagi susu tak nak, kami dah bagi makan nasi...lastnya dear kata tak payah bagi susu la terus bagi ubat je la. 2 ubat yg pertama ok lagi tapi bila masuk ke 3 huh! macam nak roboh rumah dia jerit. Kebetulan akak ipar datang rumah hantarkan lauk asam pedas! heh belum sempat makan lagi...so malam ni la baru nak rasa.
Siap bagi ubat biar dia main-main sekejap dan sempat la lap-lapkan badan dia. Ye la dah keluar malam-malam, pas tu dah siap makan-makan lagi, air yang tumpah kena baju lagi...dengan suhu badan yang tak tinggi baik la lap-lapkan. Boleh la die tido dengan lena.
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Akhirnya dia nak juga minum susu walaupun setakat 10oz je untuk malam tadi. Kalau selalu 15oz boleh habis, tapi lebih baik ada minum dari langsung tak nak minum kan.
Moga-moga ikhtiar kami berhasil untuk hilangkan demamnya, aku nak cuti hari ni tapi dear kata tak apa la pasal next week aku nak cuti lagi. Tak mau la asyik ambil cuti je kan.
Ok la, nak settlekan kerja sebelum bos kejar...hahhahaha da....
No comments:
Post a Comment