lhakim-suarahati.blogspot.com
Assalam...
Tengah malas nak kerja tambah-tambah pula cuaca hujan di luar sana. Hmmmm lemau nak kehulu kehilir jadinya. So sempat la google kisah-kisah pengalaman orang lain bersalin. Kalau ikutkan nak cari pengalaman orang bersalin di klinik barakah tempat di mana aku rancang akan bersalin nanti. Tapi sayang belum ada sesiapa pun yang berkongsi pengalaman bersalin di sana. InsyaAllah nanti aku akan kongsikan.
Jumpa link di atas...bila baca memang geram sangat-sangat. Tapi mujur la si suami boleh menemani hingga sampai ke saat kelahiran berlaku. Nak marah tapi mungkin itu lumrah, terkadang kita manusia ni tak lari dari melakukan kesilapan.
1. Pasal sikap biadap jururawat.
Yang ni memang aku nafikan la sebab semasa aku bersalinkan Zikri di hospital klang yang memang terkenal dengan pelbagai tohmahan buruk...mampu dielakkan. Kebanyakkan nurse yang ada sama ada staff nurse maupun nurse yang masih praktikal semuanya melayan dengan penuh berkhemah. Bukan aku nak menangkan pihak nurse ni tetapi ini apa yang aku lihat dan alami sendiri ok. Nurse pernah ditegur dengan ketua nurse depan-depan kami yang ramai duduk dalam wad tetapi nurse tak pernah melenting maupun meninggikan suara pada kami. Cuma terkadang nurse-nurse ni maybe dah letih nak senyum la kan. Takkan kita sepanjang masa asyik nak senyum je...gila apa! :)
2. Wayar Intravena.
Yang ni aku tak sure apa bendanya, sebab semasa aku di HTAR dulu semua perkara berkaitan dengan jarum suntikan ni semuanya DR yang akan buat. Bahkan semasa nak cek bukaan pun DR yang buat tetapi ditemani dengan seorang lagi nurse kerana DR tu lelaki. Ini untuk mengelakkan perkara lain yang akan disangkal oleh mata orang yang memandang. Kekadang sampai ada 2 orang nurse. Pada aku yang ni takkan DR boleh lepas tangan serahkan kerja ni bulat-bulat pada nurse?
3. Kasar, meninggi suara.
Masa aku bersalin dalam labour room tak de pula nurse yang bagitau awal-awal kalau derang nak bercakap kasar maupun tinggikan suara. Cuma masa aku nak bersalin tu nurse tu bukakan tudung aku dan getah rambut aku sambil tanya kenapa aku guna gelung getah buat ikat rambut? hmmmm aku jawab aku selesa dengan gelung getah tu pasal lagi kemas dari getah-getah rambut yang cantik tapi tak praktik untuk aku. Mudah dan tak kasar langsung. Sampaikan bila aku sakit sangat nak bersalin nurse tu siap bagitau zikir banyak-banyak...ingat Allah supaya permudahkan proses bersalin. Hmmmmm teringat-ingat sampai sekarang.
4. Pukul paha.
Langsung tak perasan la plak aku pun kene pukul paha sama ke tak eh? Cuma selepas proses bersalin tu nurse bagitau dia nak inject bius kat paha untuk tahan sakit pasal nak jahit. Yang tak tahan proses jahit tu je la siap DR tu minta pandangan kawan-kawan lain tengok jahitan dia ok ke tidak...ish
5. Penyusuan pertama.
Aku buat penyusuan pertama aku di lorong luar labour room ok, tapi ada aku kisah! sampaikan masa nak menunggu Zikri siap dibersihkan pun amik masa berjam-jam tau. Tapi aku sanggup tunggu pasal tau aku akan menyusukan Zikri tak lama lagi. Kebetulan DR yang tolong aku masa bersalin datang bertanya khabar, sempat berbual-bual kosong lagi.
Pada aku nasib kita lain-lain. Mungkin nasib aku ketika itu agak baik dan dapat la layanan yang ok baik juga la. Kalau tidak maunya aku menggila sama macam link aku ni gak kan.
No comments:
Post a Comment