Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, April 7

Merungutkah Aku?Cey!!!

Assalam...

Kesibukan melanda sejak 2 hari kebelakangan ni. Dek kerana sorang-sorang kawan kat office ni bercuti maupun ber"MC" heh!

Tapi kes yang berlaku tengahari ni amat-amat sakit buat aku, bukan aku nak berkira sangat tapi tolong la sekali sekala tu faham dengan alasan yang aku bagi. Pernah ke selama 6 bulan aku kerja jaga kaunter depan tu aku merengek-rengek mengadu domba? tak pernah ok!

Alkisah aku tengah mengejar due date tender sorang engineer yang nak hantar hari ni. Kalau ikutkan hati aku nak je cepuk pasal engineer ni pun satu, ye ye la aku kejar buat tender dia sekali bukannya dia nak hantar hari ni dia boleh fikir dulu plak dah. Free je nak kene marah dengan aku.

Budak yang jaga kaunter depan sorang tu dah keluar balik umah pasal rumah dia dekat kan, kalau aku pun baik balik rumah makan lagi jimat dan sedap. Yang sorang lagi pulak baru la terkedek-kedek nak keluar, siap intercom dan aku pun inform dengan cara baik aku tengah kejar 1 tender nak submit hari ni juga.

Paling sakit boleh mengadu dekat anak bos tu, kata tak ada sapa nak jaga kaunter...cey...pasal ni pun nak ngadu ke?sakit jiwa aku tengok amoi-amoi kat sini. Tu yang kekadang rasa macam nak keluar makan awal-awal. Biar derang tau macam mana rasanya kami ni asyik keluar makan lewat dengan lauk yang tak banyak pilihannya. Korang boleh la hari-hari makan "bak kut teh"!

Geram sangat la kan bunyinye aku ni, tapi ini la hakikat yang terpaksa aku terima setiap hari. Pernah rasa nak mengadu pada bos tapi dah derang ni semua sama kaum mesti dia minta aku bekerja sama. Eh...aku jaga kaunter ada ke dapat gaji lebih eh? Jaga telephone pun dah cukup buat aku bengang. Macam mana aku nak kira tender sambil kejap-kejap telephone berbunyi. Kalau tender takat bawah ratus ribu ok lagi...tapi macam mana kalau tender makan harga juta-juta? salah kira aku jugak yang disalahkan nanti.

Uih......geram sangat la pulak aku hari ni! ehmmmm mari redakan kegeraman dengan layan picture comel Zikri...dan air nescafe ais!!! :p
Jom kita pukul-pukul orang tu dengan bantal mama...

Lebih baik makan lolipop!!!

Ugh!...no camera please! :)

No comments: