Assalam...
Oh baru nak update pasal accident tapi macam tak de mood langsung dah nak cite pasal tu, biar tinggal kenangan je la kan. Nanti kalau ada kerajinan aku uploadkan pic yang ada segalanya berkaitan dengan accident malam tu. Dah genap seminggu dah pun, tu yang rasa macam kemalasan amat nak storykan di sini. Heh! alasan!!!!
Minggu lepas berkesempatan menghabiskan masa dengan keluarga. Bukannya kami pergi mana-mana pun tapi pg tu dear tanya nak sarapan apa so aku dengan ngada-ngada minta nak sarapan McD. Padahal aku tau dear bukannya suka sangat ngan fast food tu lagi dear suka nasi lemak, bihun goreng ke tak pun kuih-kuih macam jemput-jemput pun dah ok. Mujur dear setuju so dear angkut juga la aku dengan Zikri ni walaupun cuma beli drive thru je. Heh! Nak makan kat sana tak jadi pasal baik makan kat umah lagi selesa. Ini dear punya peel...selangi boleh tapau dear akan tapau. Cey......
Heh time ni Zikri tengah main garfu dengan pisau plastik, lepas bosan main dia sempat cubit hash brown yang ada kat area tepi box tu. Hmmm dah tau la kan kotak tu ada isi makan tu yang dia pandai minta. Padahal dear letak kotak tu kat seat depan tapi maybe pasal colour kotak yang merah tu yang menarik perhatian dia.
Sampai rumah terus buat aktiviti makan-makan. Settle makan dear bawa Zikri g rumah MIL. Petangnya MIL ajak pergi rumah atuk pulak. Ada apa di rumah atuk? ehmmmm minta air ubat pasal takut aku terkejut ke pape ke kan time accident tu hari la. Yang ni nak percaya atau tidak entah la yang pasti aku yakin atuk ni gunakan ayat Al-Quran pasal time Zikri kecil dulu pernah bawa jumpa atuk ni, siap atuk ni bacakan surah Yassin depan-depan kami semua masa tu. Sebab tu aku percaya dengan bantuan atuk ni. MIL ngan akak ipar kata baik jumpa orang bijak pandai la kan pasal dah ada kes adik ipar kepada kakak ipar ni masa mengandung pun accident juga. Tapi langsung tak pergi jumpa siapa-siapa orang mintak air jampi ke apa sampai la bersalin. Anaknya terkena sawan tangis. So baik kita elakkan kejadian yang tak diingini berlaku akan datang. Ni cuma ikhtiar sahaja la kan, yang pasti apa yang terbaik Allah yang maha mengetahui.
Settle hal di umah atuk kami jalan-jalan bawa MIL pergi rumah akak ipar di Sg Kandis, Klang. Bukan jauh mana pun setakat 15 minit ke 20 minit je dari rumah kami. Heh! itu pun dia dah bising-bising kata MIL dah lama tak jenguk rumah dia tambahan pula sejak akak ipar mula kerja di kedai makan milik suaminya. Alhamdulillah perniagaan mereka sekarang semakin maju setelah digoncang dengan pelbagai dugaan sebelum ini. InsyaAllah tak lama lagi boleh tumpang kereta baru mereka pula. Heh!
Kami balik rumah lepas asar, itu pun kesian tengok akak ipar ulang alik dari kedai ke rumah. Dapat makan mee goreng lagi, yang dear pulak sempat cuci kereta. Siap vacuum lagi ok. Ish...kalau kat umah tak nak tapi ni di rumah kakaknya rajin la plak. Kes nak naikkan bil orang la ni...hahahahha
Malam nak keluar lagi? tidak!!!! malam kami melepak kat umah je la. Makan lauk apa yang ada. Lauk ikan sepat masin pun lazat tau, tambah-tambah makan berdua-duaan...hehehehhe bukan nak berjimat tapi kami selesa makan lauk kampung yang simple dimple macam ni.
No comments:
Post a Comment