Hari sabtu lepas aku, dear, zikri ngan mak bergerak balik ke kampung sebelum tengahari. Sempat singgah makan di R&R Tapah. Dek kerana kelaparan tempuh perjalanan selama 2-3 jam je. Heh...panas bontot ok kalau duduk aje kat dalam kereta, nak pulak aku ni tengah sarat-sarat begini.
Di kampung sampai-sampai terus melayan perasaan memakan durian. Huh berpesta kami tambah-tambah pulak bila Yang balik dari kebun bawa buah yang lagi fresh! huuh heaven sungguh. Makan berdua pasal mak tak nak join tu pun zikri kacau kalau tidak maunya lama lagi kami berdua lepak-lepak sambil makan-makan berdua.
Aktiviti dikampung terhad amat la kali ni pasal masa pun terhad. Balik kampung dengan tujuan nak hantar mak dan nak ambil seberapa banyak buah durian yang mampu. Alhamdulillah hampir pernuh setengah bonet kereta Iswara dear. So tak perlu lah kami bersesak-sesak dengan beg-beg baju di belakang.
Balik Klang petang ahad, tu pun kalau ikutkan plan nak balik sebelum tengahari sebab ada banyak umah nak singgah pasal nak pass-pass kan buah durian ni la. Ehmmm kami ambil dari kampung pun sebab nak pass kan pada keluarga je. Kami dapat makan puas-puas kat kampung pun dah kira ok la.
Sampai rumah malam, huh tu pun kami dah singgah dua buah rumah. Kalau ikutkan nak singgah sebuah rumah lagi tapi nasib kami baik pasal akak aku kerja malam pulak. Heh terus la balik umah nak berehat-rehatan la.
Pendek kata la kan, cuti yang pendek ini memang memenatkan. Sampai la pagi isnin tu aku ambil MC. Tapi bukan sengaja ok tapi dek kerana kejang kaki malam tu sampai rasa tak lena nak tidur. Menangis menahan sakit. Pegh!!! sakit sangat-sangat pasal sampai kat atas tapak kaki pun leh terasa kejang sekali.
Jumpa DR katanya kurang kalsium, hahahahhaha...memang dasar malas nak minum susu la aku ni. Dah tu kipas kalau tidur tu kalau boleh memang nak mengadap kat aku je....so ini la hasilnya dapat la kejang-kejang kaki. Padan muka aku!!!
2 comments:
betul2 kaki kejang tu sebab kurang kalsium..Yan...nak Doyan..nak doyan..nak doyan kamu..huhuhuh
tu la kan...hahahhaha padan muka aku skrg ni pasal malas nak buat susu sendiri, kalo susu zikri laju je la aku buatkan..
doyan?alamak....dah abes aku hantar dekat umah sedara mara aku...ish..ko kan dok kat puchong, lupa lak nak singgah tu ari
lain kali kalo ada rezeki lagi aku hantarkan eh
Post a Comment