Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, April 20

Dah 39 Minggu

Assalam…


Keadaan semakin sukar sekarang ni. Tambahan pula bila dah menjengah masuk ke minggu-minggu akhir kehamilan. Oh sangat-sangat tak sabar nak keluarkan ini budak ok, tapi belum tiba masa, saat maupun ketikanya lagi.

Kalau minggu lepas selepas accident hasil scan sangat-sangat la menakutkan tetapi semalam setelah berbincang dengan DR yang biasa aku jumpa tiap-tiap bulan amat melegakan hati. Oh Tuhan ku…aku mohon padaMu…kau berikanlah kemudahan untuk aku mengeluarkan zuriat terindah buat kali ke 2 ini. Yang pertama kali mudah moga-moga yang ke dua ini pun sama jugak la hendaknya.

Hasil check up hari isnin lepas, memandangkan usia kandungan aku dah masuk 39 minggu ni dan minggu depan akan menjadi minggu terakhir kehamilan aku. Bukan merancang tetapi mengharapkan yang terbaik berlaku dan mengelakkan apa yang tidak sebenarnya.

DR cadangkan untuk aku bersalin tepat pada 29/4/2011 minggu depan kerana sekarang saiz baby dalam kandungan hampir mencecah 3.6kg. Untuk keselamatan aku dengan baby juga DR minta kalau belum ada tanda-tanda nak bersalin terpaksa la induce. Oh! Kalau ikutkan aku seriau bab-bab nak keluarkan baby ni tapi insyaAllah…Allah sentiasa disisi dan kali ini mengharapkan dear sentiasa mampu menemani aku sepanjang melalui proses bersalin. (jangan dibuatnya dear pengsan tengok darah dah la) :p

Bermakna sekarang tinggal kurang dari 9 hari la…hari ni dah 20hb april 2011….wah! baby no. 2 ni pun nak keluar hujung-hujung bulan jugak eh, perasan pulak pasal time bersalinkan Zikri dulu 31hb…so yang no 2 ni kalau keluar 30hb atau awal pun ok la kan…genap setahun sebulan abgnya tua dari dia.

Tapi tu la masalahnya kan, bila tengok orang yang anak rapat ni ada juga anak sulung dah pandai jalan walaupun belum cecah umur setahun lagi, tapi ada jugak yang dah cecah setahun 4 bulan pun belum pandai jalan juga. Mak aku pulak yang risau lebih takut Zikri lambat jalan, insyaAllah sekarang dah ada peningkatan walaupun lambat tapi aku yakin tak lama lagi berjalan la dia pasal sekarang ni dia dah mula berani nak bertatih dan mampu berdiri sendiri tanpa ada bantuan. Biar dia take time untuk belajar sendiri kan walaupun dalam hati berbunga-bunga teringin nak tengok dia jalan sambil pakai kasut-kasut yang comel…hahahhaha

Walaupun tinggal 9 hari lagi tapi aku rasa aku tak nak ambik cuti awal kali ni pasal nanti kene masuk kerja pun awal seminggu dari tarikh bersalin. Ish….tidak!!!! masa tu terpaksa ambil cuti nak bawa Zikri g klinik cek up 2 bulan, aduh….sakit ok bila asyik amik cuti je ni. So plan nak cuti pada 29hb tu atau awal tapi tu terpulang pada last cek up 25hb nanti. Kalau DR sarankan masuk wad sehari sebelum maknanya aku kerja sampai 28hb la, tp kalau baby tetiba nak keluar awal maknanya aku pun akan tetiba la cuti…yeah! Senangkan pasal klinik ngan umah dan office adalah di tengah-tengah perjalanan je. Tiap kali nak pergi dan balik kerja mesti lalu depan klinik.

Ok la nak settlekan kerja yang berlambak-lambak, nak-nak pula hari ni bos-bos masuk awal…jengok-jengok kat bilik meeting tengok mereka tengah berdiskusi pula dah. Nak minta big boss sign doc pun terpaksa cancel.

2 comments:

Yaati Nor said...

nak bg tahu klu dah bsalin..bsalin kat mn?cek up kat mn?aku fobia dgn swasta takut kena czer lagi...huhuhu takut...

Azian & Zaini said...

ti, aku plan nak rasa kat private lak...hahahha pasal czer tu ntah la...tawakal je la kan, aku g check dekat barakah, bandar puteri, klang dan rancang nak bersalin kat sana juga....setakat ni serve semuanya ok la