Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, November 27

Kisah cinta 2 insan

Ramai yang tanye, mcm mane bleh kenal ngan hubby ni?
tp senang je aku jawab.kenal kat tepi jalan..nak tau sebab ape? ehmm memang aku mule2 kenal dear kat tepi jalan masa tunggu aku nak pegi tgok movie.
ehmm kitorng kenal asalnyer chatting kat 8tv, dan berpanjangan sampai la 2 tahun tp tak pernah nak jumpa.maklum la masa tu aku blaja lagi so dear kata tak nak ganggu aku blajar la kirenye.

putus hubungan slame setaun lebih kot, tu pun sebab dear tukar no fhone.after kenduri kawen abg aku yg ketiga mula la dear contact aku blek.
time tu masih kawan je, blum fikir nak cintan cintun ni..
dalam 5 bulan ber'sms' dan berbual kat phone baru la jumpa.ni pun lepas aku byak kali ajak jumpa.aku siap offer nak blanja dear makan lg time tu
kalo tak silap mase tu bulan 3 tahun 2004, aku keje kat kedai jual bunga2 segar dan aku tau serba sikit pasal velentine day ni la.
walaupun tak menyokong valentine day ni tp kedai akan dapat untung time2 mcm ni.
aku sediakan bouquet bunge punyer la byak tp sekejap je habis.
time ni la bunga naik harga dan jualan untuk cenderamata pun jd pilihan la untuk hadiahkan org tersayang, tp aku mase ni blum ader feel cintan lg la kat dear ni.
so nak dijadikan cerita aku suke la usik2 dear coz dear lbh suke mendengar dari bercerita tentang apa2 je la.

kali kedua jumpa pun kebetulan coz kepala paip kat umah akak tu patah, mintak tolong ngan dear coz tu kepakaran dear la.
sejak hari tu akak dah kenal dan aku mintak pandangan akak cam ne la kan.
akak juz kate ok je, agak malu orang nyer.mungkin sebab masuk umah bujang pompuan kot. :)
kali ke 3 jumpa, aku ngan dear pegi mandi air terjun kat sungai lepoh, kat hulu langat.cantik gile la pemandangan kat sini, ngan air terjun yg cantik tambah lak bunyi2 cengkerik tu rasa damai je.
ntah nape aku bleh ikut dier pegi ke hutan tu untuk mandi air terjun (jgn salah faham ek, bukan kami berdua je mase tu tp ader ramai lagi org lain dtg ke sane)

selepas 3 kali jumpe, dear mula tunjuk tanda suke..aku mula2 tak nak layan la, tp akhirnya tewas gak.hahha
kitorg jd couple, bercinta 2 3 bulan pas tu aku pg umah dear jumpa MIL ngan FIL.
pas tu selang 2 minggu aku lak bawa dear jumpa ngan fmily aku.
selang 3 minggu lak dear dtg lg ke kg ngan fmily dear untuk merisik & meminang.

after 2 bulan selepas merisik aku bertunang la ngan dear.dalam suasana majlis yg begitu meriah mcm buat kenduri kawen lak..maklum la kuarga belah mak memang ramai, tambah lak aku ni cucu pompuan pertama yg nak tunang kan.
lauk pauk pun ader masak banyak sampaikan terbuang jugak akhirnyer.coz mak nak biar lebih jgn kurang..

setahun kemudian baru la aku dinikahkan oleh ayahku dgn skli lafaz je.
mase ni ade macam2 perasaan.tp semua nyer yg indah2 belaka je la, agak malu coz fmly hubby dtg 1 bus.mcm rombongan cik kiah ke bukit jalil lak.
mmang patut pun sewa bus, adik bradik dear ader 10 org tak termasuk dear.

selepas berkahwin sampai la sekarang ni aku ngan hubby penah la 2 3 kali berjauhan tu pun bukan sebab ape, tp sebab aku dah terlalu rindukan kg halaman.bese dulu mase blajo aku akab blek kg 2 bulan skali.tp lpas kawen ni kene tgok budget ngan mase dulu la baru bleh blek.
aku blek awal pas 2 3 hari hubby ikut blek ngan abg aku la.mcm tu la slalunyer, senang tul tgok hubby geng ngan abg aku tu...
mcam ngam je diorg ni.

tp mungkin ini ujian Allah yang maha esa, aku ngan hubby blum ader tanda2 nak dapat baby.
aku trime ngan redha walaupun ader masa dan ketika emosi lebih menguasai minda.
moga2 Allah berikan aku kesabaran untuk menunggu kedatangan ahli keluarga dalam kuarga aku yg kecil ni.
dah 2 kali raya asyik kene soal bile lg, bile lg..
letih nak jawab, senyum je la jawapan aku tu yg pling berkesan.
ader rezeki ader la, cume tunggu cepat dan lambat je.
insyallah... :)

No comments: