Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, November 25

Kasihan Sangat Tapi...

Assalam...

Kasihan pada siapa? pada anak-anak jiran aku. Baru-baru ni bapa mereka berhenti kerja dan menganggur untuk beberapa ketika. Kami jiran-jiran dah membantu sedaya yang boleh, memberi teguran dan nasihat sebab beliau tersangat memilih kerja.

Sejak akhir-akhir ni aku dengar cerita hutangnya ada disana-sini... masyaAllah memang kasihan sangat tapi tak tahulah kan macam mana boleh jadi begitu. Baju isterinya pun ada sehelai masih belum diambil, bila tanya dia kata mahu tapi duit tak ada....haih nak bagi pun rasa macam tak boleh juga, nanti bila dah bagi baju dah pakai tapi duit belum tentu ingat nak bayarkan. Jadi nak tak nak simpankan je la bajunya tu.

Paling kasihan pada anak-anak mereka. Sekarang hampir setiap hari aku tengok mak bapanya tak ada dirumah. Siang atau malam sama je. Mungkin berniaga mencari rezeki halal sebab aku lihat dia bawa khemah dan juga peralatan memasak seperti dapur dan juga kuali/periuk.

Anak-anak ditinggalkan sendirian dirumah. Paling dewasa kalau tak silap berusia 11 tahun dan yang paling kecil emaknya bawa sama jadi yang paling kecil tinggal dirumah berusia 3 tahun lebih. Setiap malam bergaduh, bising, pukul-pukul dinding dan juga paling tak tahan menangis. Bila si adik menangis si kakak tak nak pujuk tapi dimarahi adiknya pula.

Kadang-kadang pening tengok perangai budak-budak ni tapi nak buat  macam mana, depan mata jadi hadapkan juga lah. Tak tahan juga dengar si adik jerit-jerit bila bapanya balik rumah hantar makanan atau pun ambil barang. Jerit sebab nak ikut pergi berniaga. Ye la kalau bawa anak-anak kesian juga pada mereka kan, tapi bukan kah lebih SELAMAT kalau tinggalkan mereka dirumah nenek. Jadi sekurang-kurangnya selewat mana pun pulang berniaga hati tak risaukan dengan anak-anak di rumah.

Tapi bak kata jiran-jiran yang lain, mereka suami  isteri mungkin lebih senang biarkan anak-anak dalam rumah. Senang sebab tak perlu nak minta pertolongan orang lain, senang sebab tak perlu bersusah payah hulur sumbangan pada yang jaga anaknya dan senang sebab tak perlu usung anak-anak kesana kemari.

Syukur juga, setakat ni kami jiran-jiran memang ambil berat pada keselamatan anak-anak mereka. Kadang-kadang kalau ada masak lebih hantarkan pada mereka sebab kami tahu mereka pernah tidak makan selama 2 hari! Maunya tak kasihan kan?

Cumanya kami jiran-jiran ni minta sangat agar bapa mereka berubah sikap. Jangan terlalu memilih kerja, jangan sentiasa 'biar papa asal bergaya' walhal anak-anak kelaparan.

Haih....semoga dijauhkan aku dari sikap yang tak elok begitu. Bila fikir semula mungkin mereka terpaksa melakukannya untuk tidak menyusahkan orang lain. Maklum saja tamat berniaga malam agak lewat, hingga jam 12.00 malam juga kalau tak silap.

No comments: