Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, April 28

Esok Adalah Harinya...

Assalam...

Ish lama benar tak update something di blog ni, ehmmmm maklum saja la sekarang dah mula bercuti sakan. Heh! plan nak kerja sampai hari Khamis tapi sayang dek kerana  tekanan kerja yang melampau-lampau baik aku cuti awal. Isnin tu saja 4 tender terpaksa aku siapkan sensorang. Kemana menghilangnya kawan lain?ehmmmm dak tu tak sihat, nak buat macam mana nak tak nak buat jaga la kan. So sempat la aku settlekan kerja-kerja kami berdua sebelum aku bercuti panjang.

Jadi tak terasa bersalah la kan bila aku ambil cuti petang tu. Kemalasan nak datang kerja pagi tu dah menggila-gila aku rasa. Walaupun dalam hati rasa sayang dengan cuti yang agak sedikit tu. Tapi tak apa la kan, kalau nak sambung cuti lagi tinggal bagitau je la nak ambil cuti tanpa gaji. Senang cite. Biar la tak ada bonus tahun depan asalkan aku masih mampu bergembira dengan keluarga.....ehmm ada kah aku akan kerja lama di sini?hehehehehe...entah!

Ok la, esok due date.....tiba la masanya untuk aku pergi serah diri berjumpa dengan DR sekali lagi. Maybe esok DR akan cek bukaan kot, pasal itu yang dikatakannya minggu lepas masa kami pergi jumpa. So kalau dilihat saiz baby masih meningkat naik terpaksa induce juga la nampaknya. DR tak nak saiz cecah 3.6kg. Aku pulak....ehmmm apa-apa pun yang DR tu cadangkan aku ikut juga la.

Harapan semoga semuanya selamat! Amin.....

Friday, April 22

Makan Free

Assalam...

Wah rezeki makan-makan hari ni, semalam budak office dah inform bagitahu tengahari ni ada makan-makan so kami tak payah susah-susah fikir nak keluar makan tengahari la kan. Jadi belum sempat tengahari pun member chinese sorang ni dah datang hulur kotak yang berisi makanan dalamnya. Ingatkan makanan apa la sekali tengok kat dalam ada ayam panggang setengah ekor, telur rebus 2 biji, kuih angkoo 2 biji yang lain-lain tu ada halia dengan sos cili.




Nama baby baru lahir tu Lim Yee Xian, kat bawah tu pulak nama mak dan ayah dia. Kalau nak tahu ke dua-dua mak ayahnya tu memang kerja sama-sama bawah 1 bumbung ni. Heh jodoh katakan, setelah setahun berkahwin baru dapat berita mengandung dan sekarang sambut ulang tahun ke 2 dengan baby baru. Hehehehe...

Tak cukup dengan itu ada lagi makanan di pantry belakang kami, ada pizza hut, ayam panggang lagi 2 ekor dan kuih tart buah. Ehmmmm nyum nyum...kenyang makan.

Sebenarnya rezeki ni hasil dari pemberian kawan satu office yang baru je lepas bersalinkan anaknya hujung bulan lepas. Adat chinese derang akan buat jamuan makan-makan untuk full moon (cukup sebulan) anak derang kepada sesiapa yang memberikan hadiah maupun duit pada mereka. Ini tanda mereka berkongsi kegembiraan juga la. Aku pun baru tahu bila masa aku bersalinkan Zikri, pasal masa aku jumpa dengan bos besar dia tanya sama ada Zikri dah full moon ke belum.

Seronok juga kan, kiranya berkongsi gembira bersama-sama kawan-kawan la kan. Heh rasa macam nak buat jugak bila bersalinkan baby ke 2 nanti. Tak jemput datang rumah masa cukur jambul tapi buatkan majlis makan-makan di office pun apa salahnya kan. Tak de la sampai beratus sangat la, kira ok la kan tapi tengok la macam mana pasal kalau nak buat macam ni mesti nak bagi setiap orang kalau tidak maunya tak adil la kan.

Sekarang dah kenyang...layan main games dulu. Kerja jap lagi baru nak bereskan. :p

Hujung Minggu Lepas

Assalam...

Oh baru nak update pasal accident tapi macam tak de mood langsung dah nak cite pasal tu, biar tinggal kenangan je la kan. Nanti kalau ada kerajinan aku uploadkan pic yang ada segalanya berkaitan dengan accident malam tu. Dah genap seminggu dah pun, tu yang rasa macam kemalasan amat nak storykan di sini. Heh! alasan!!!!

Minggu lepas berkesempatan menghabiskan masa dengan keluarga. Bukannya kami pergi mana-mana pun tapi pg tu dear tanya nak sarapan apa so aku dengan ngada-ngada minta nak sarapan McD. Padahal aku tau dear bukannya suka sangat ngan fast food tu lagi dear suka nasi lemak, bihun goreng ke tak pun kuih-kuih macam jemput-jemput pun dah ok. Mujur dear setuju so dear angkut juga la aku dengan Zikri ni walaupun cuma beli drive thru je. Heh! Nak makan kat sana tak jadi pasal baik makan kat umah lagi selesa. Ini dear punya peel...selangi boleh tapau dear akan tapau. Cey......


Heh time ni Zikri tengah main garfu dengan pisau plastik, lepas bosan main dia sempat cubit hash brown yang ada kat area tepi box tu. Hmmm dah tau la kan kotak tu ada isi makan tu yang dia pandai minta. Padahal dear letak kotak tu kat seat depan tapi maybe pasal colour kotak yang merah tu yang menarik perhatian dia.

Sampai rumah terus buat aktiviti makan-makan. Settle makan dear bawa Zikri g rumah MIL. Petangnya MIL ajak pergi rumah atuk pulak. Ada apa di rumah atuk? ehmmmm minta air ubat pasal takut aku terkejut ke pape ke kan time accident tu hari la. Yang ni nak percaya atau tidak entah la yang pasti aku yakin atuk ni gunakan ayat Al-Quran pasal time Zikri kecil dulu pernah bawa jumpa atuk ni, siap atuk ni bacakan surah Yassin depan-depan kami semua masa tu. Sebab tu aku percaya dengan bantuan atuk ni. MIL ngan akak ipar kata baik jumpa orang bijak pandai la kan pasal dah ada kes adik ipar kepada kakak ipar ni masa mengandung pun accident juga. Tapi langsung tak pergi jumpa siapa-siapa orang mintak air jampi ke apa sampai la bersalin. Anaknya terkena sawan tangis. So baik kita elakkan kejadian yang tak diingini berlaku akan datang. Ni cuma ikhtiar sahaja la kan, yang pasti apa yang terbaik Allah yang maha mengetahui.

Settle hal di umah atuk kami jalan-jalan bawa MIL pergi rumah akak ipar di Sg Kandis, Klang. Bukan jauh mana pun setakat 15 minit ke 20 minit je dari rumah kami. Heh! itu pun dia dah bising-bising kata MIL dah lama tak jenguk rumah dia tambahan pula sejak akak ipar mula kerja di kedai makan milik suaminya. Alhamdulillah perniagaan mereka sekarang semakin maju setelah digoncang dengan pelbagai dugaan sebelum ini. InsyaAllah tak lama lagi boleh tumpang kereta baru mereka pula. Heh!

Kami balik rumah lepas asar, itu pun kesian tengok akak ipar ulang alik dari kedai ke rumah. Dapat makan mee goreng lagi, yang dear pulak sempat cuci kereta. Siap vacuum lagi ok. Ish...kalau kat umah tak nak tapi ni di rumah kakaknya rajin la plak. Kes nak naikkan bil orang la ni...hahahahha

Malam nak keluar lagi? tidak!!!! malam kami melepak kat umah je la. Makan lauk apa yang ada. Lauk ikan sepat masin pun lazat tau, tambah-tambah makan berdua-duaan...hehehehhe bukan nak berjimat tapi kami selesa makan lauk kampung yang simple dimple macam ni.

Thursday, April 21

Penyusuan Selepas Czer.

Assalam...

Aku tak pernah ada pengalaman czer tapi mana la tau kan kalau-kalau kelahiran ke dua nanti terpaksa czer pula. Tapi minta-minta dijauhkan la ok.

Nak bertanya pada kakak ipar kebanyakkan semuanya bersalin normal, tak pernah pula yang aku tahu ada pula yang bersalin czer ni. Semalam beli majalah Pa&Ma bulan Mei...nampak ada kisah menarik pasal susu ibu ni. Almaklum la kan time bersalinkan Zikri dulu normal dan nurse di HTAR yang ajar aku macam mana nak bagi Zikri hisap. Hmmm time tu memang syukur sangat-sangat la pasal susu keluar pun elok je. Sampai la usia Zikri 6 bulan. Itu pun dia tolak sendiri maybe pasal dia tau nak dpat adik tak lama lepas tu.

Sekarang tengah merancang nak bagi fully BF untuk 2nd baby ni, siap survey nak cari beg pendingin dan storage bottle maupun plastik. Hmmmm cuma tempat nak simpan macam tak berapa nak sesuai la pulak. Tapi takkan semata-mata aku nak bagi fully BF nak kene request peti ais baru ataupun freezer dekat dear. Ehmmm yang ni nak minta sangat-sangat pandangan PN. Yaati...hehehhe aku tau ko handal bab-bab ni ok.

Kalau ikutkan nak aje beli pam Medela Freestyle tapi no need la buat masa sekarang ni, baik aku guna Medela Harmony yang aku beli masa dalam pantangkan Zikri. Jimat tapi kalau ada rezeki lebih apa salahnya kan nak berhabis duit beli yang lagi mudah dan canggih. Kiranya jenama lain pun ok juga la kan cuma tengok pada keluaran susu badan je la.

Ok ni aku linkkan artikel pasal penyusuan selepas czer. Nak copy paste je tapi better linkkan terus senang la kalau nak jengah-jengah pasal artikel lain sekali kan. Sharing is caring ok, ini la masanya kita nak berkongsi ilmu. penyusuan selepas czer

Doakan aku mampu susukan bayi ke 2 nanti dengan jayanya sehingga usia 2 tahun insyaAllah! :)

Wednesday, April 20

Servis Hospital Kerajaan

lhakim-suarahati.blogspot.com

Assalam...

Tengah malas nak kerja tambah-tambah pula cuaca hujan di luar sana. Hmmmm lemau nak kehulu kehilir jadinya. So sempat la google kisah-kisah pengalaman orang lain bersalin. Kalau ikutkan nak cari pengalaman orang bersalin di klinik barakah tempat di mana aku rancang akan bersalin nanti. Tapi sayang belum ada sesiapa pun yang berkongsi pengalaman bersalin di sana. InsyaAllah nanti aku akan kongsikan.

Jumpa link di atas...bila baca memang geram sangat-sangat. Tapi mujur la si suami boleh menemani hingga sampai ke saat kelahiran berlaku. Nak marah tapi mungkin itu lumrah, terkadang kita manusia ni tak lari dari melakukan kesilapan.

1. Pasal sikap biadap jururawat.
Yang ni memang aku nafikan la sebab semasa aku bersalinkan Zikri di hospital klang yang memang terkenal dengan pelbagai tohmahan buruk...mampu dielakkan. Kebanyakkan nurse yang ada sama ada staff nurse maupun nurse yang masih praktikal semuanya melayan dengan penuh berkhemah. Bukan aku nak menangkan pihak nurse ni tetapi ini apa yang aku lihat dan alami sendiri ok. Nurse pernah ditegur dengan ketua nurse depan-depan kami yang ramai duduk dalam wad tetapi nurse tak pernah melenting maupun meninggikan suara pada kami. Cuma terkadang nurse-nurse ni maybe dah letih nak senyum la kan. Takkan kita sepanjang masa asyik nak senyum je...gila apa! :)

2. Wayar Intravena.
Yang ni aku tak sure apa bendanya, sebab semasa aku di HTAR dulu semua perkara berkaitan dengan jarum suntikan ni semuanya DR yang akan buat. Bahkan semasa nak cek bukaan pun DR yang buat tetapi ditemani dengan seorang lagi nurse kerana DR tu lelaki. Ini untuk mengelakkan perkara lain yang akan disangkal oleh mata orang yang memandang. Kekadang sampai ada 2 orang nurse. Pada aku yang ni takkan DR boleh lepas tangan serahkan kerja ni bulat-bulat pada nurse?

3. Kasar, meninggi suara.
Masa aku bersalin dalam labour room tak de pula nurse yang bagitau awal-awal kalau derang nak bercakap kasar maupun tinggikan suara. Cuma masa aku nak bersalin tu nurse tu bukakan tudung aku dan getah rambut aku sambil tanya kenapa aku guna gelung getah buat ikat rambut? hmmmm aku jawab aku selesa dengan gelung getah tu pasal lagi kemas dari getah-getah rambut yang cantik tapi tak praktik untuk aku. Mudah dan tak kasar langsung. Sampaikan bila aku sakit sangat nak bersalin nurse tu siap bagitau zikir banyak-banyak...ingat Allah supaya permudahkan proses bersalin. Hmmmmm teringat-ingat sampai sekarang.

4. Pukul paha.
Langsung tak perasan la plak aku pun kene pukul paha sama ke tak eh? Cuma selepas proses bersalin tu nurse bagitau dia nak inject bius kat paha untuk tahan sakit pasal nak jahit. Yang tak tahan proses jahit tu je la siap DR tu minta pandangan kawan-kawan lain tengok jahitan dia ok ke tidak...ish

5. Penyusuan pertama.
Aku buat penyusuan pertama aku di lorong luar labour room ok, tapi ada aku kisah! sampaikan masa nak menunggu Zikri siap dibersihkan pun amik masa berjam-jam tau. Tapi aku sanggup tunggu pasal tau aku akan menyusukan Zikri tak lama lagi. Kebetulan DR yang tolong aku masa bersalin datang bertanya khabar, sempat berbual-bual kosong lagi.

Pada aku nasib kita lain-lain. Mungkin nasib aku ketika itu agak baik dan dapat la layanan yang ok baik juga la. Kalau tidak maunya aku menggila sama macam link aku ni gak kan.

Dah 39 Minggu

Assalam…


Keadaan semakin sukar sekarang ni. Tambahan pula bila dah menjengah masuk ke minggu-minggu akhir kehamilan. Oh sangat-sangat tak sabar nak keluarkan ini budak ok, tapi belum tiba masa, saat maupun ketikanya lagi.

Kalau minggu lepas selepas accident hasil scan sangat-sangat la menakutkan tetapi semalam setelah berbincang dengan DR yang biasa aku jumpa tiap-tiap bulan amat melegakan hati. Oh Tuhan ku…aku mohon padaMu…kau berikanlah kemudahan untuk aku mengeluarkan zuriat terindah buat kali ke 2 ini. Yang pertama kali mudah moga-moga yang ke dua ini pun sama jugak la hendaknya.

Hasil check up hari isnin lepas, memandangkan usia kandungan aku dah masuk 39 minggu ni dan minggu depan akan menjadi minggu terakhir kehamilan aku. Bukan merancang tetapi mengharapkan yang terbaik berlaku dan mengelakkan apa yang tidak sebenarnya.

DR cadangkan untuk aku bersalin tepat pada 29/4/2011 minggu depan kerana sekarang saiz baby dalam kandungan hampir mencecah 3.6kg. Untuk keselamatan aku dengan baby juga DR minta kalau belum ada tanda-tanda nak bersalin terpaksa la induce. Oh! Kalau ikutkan aku seriau bab-bab nak keluarkan baby ni tapi insyaAllah…Allah sentiasa disisi dan kali ini mengharapkan dear sentiasa mampu menemani aku sepanjang melalui proses bersalin. (jangan dibuatnya dear pengsan tengok darah dah la) :p

Bermakna sekarang tinggal kurang dari 9 hari la…hari ni dah 20hb april 2011….wah! baby no. 2 ni pun nak keluar hujung-hujung bulan jugak eh, perasan pulak pasal time bersalinkan Zikri dulu 31hb…so yang no 2 ni kalau keluar 30hb atau awal pun ok la kan…genap setahun sebulan abgnya tua dari dia.

Tapi tu la masalahnya kan, bila tengok orang yang anak rapat ni ada juga anak sulung dah pandai jalan walaupun belum cecah umur setahun lagi, tapi ada jugak yang dah cecah setahun 4 bulan pun belum pandai jalan juga. Mak aku pulak yang risau lebih takut Zikri lambat jalan, insyaAllah sekarang dah ada peningkatan walaupun lambat tapi aku yakin tak lama lagi berjalan la dia pasal sekarang ni dia dah mula berani nak bertatih dan mampu berdiri sendiri tanpa ada bantuan. Biar dia take time untuk belajar sendiri kan walaupun dalam hati berbunga-bunga teringin nak tengok dia jalan sambil pakai kasut-kasut yang comel…hahahhaha

Walaupun tinggal 9 hari lagi tapi aku rasa aku tak nak ambik cuti awal kali ni pasal nanti kene masuk kerja pun awal seminggu dari tarikh bersalin. Ish….tidak!!!! masa tu terpaksa ambil cuti nak bawa Zikri g klinik cek up 2 bulan, aduh….sakit ok bila asyik amik cuti je ni. So plan nak cuti pada 29hb tu atau awal tapi tu terpulang pada last cek up 25hb nanti. Kalau DR sarankan masuk wad sehari sebelum maknanya aku kerja sampai 28hb la, tp kalau baby tetiba nak keluar awal maknanya aku pun akan tetiba la cuti…yeah! Senangkan pasal klinik ngan umah dan office adalah di tengah-tengah perjalanan je. Tiap kali nak pergi dan balik kerja mesti lalu depan klinik.

Ok la nak settlekan kerja yang berlambak-lambak, nak-nak pula hari ni bos-bos masuk awal…jengok-jengok kat bilik meeting tengok mereka tengah berdiskusi pula dah. Nak minta big boss sign doc pun terpaksa cancel.

Monday, April 18

So Quick Update

Assalam...

Teringin sesangat nak mengupdate tapi tak berkesempatan lagi. Masa itu amat berharga sekarang ni, nak online di rumah pun nak kene fikir 2 3 kali. Nak kemas-kemas rumah, tambah-tambah pula sekarang ni keadaan aku semakin sukar. Lagi selesa duduk rumah sambil-sambil baca novel dan tengok tv di kala Zikri tidur. Meluangkan lebih banyak masa dengan Zikri pasal nanti "maybe" terpaksa berjauhan seketika. Oh tidak!!!!!

Kerja di office pun berlambak-lambak sampai rasa nak termuntah aku tengok. Nasib baik tak muntah ok, kalau tidak haru satu office nanti.

Kesan dari accident atau pun tidak aku sendiri pun tak sure la kan, tapi aku hanya mampu berdoa sahaja sekarang ni agar semuanya menjadi seperti yang aku inginkan. Sangat-sangat berharap mampu melahirkan secara normal sekali lagi. Amin.......

Cerita pasal accident dah draft tapi belum habis lagi, tak tau bila siapnya...hmmm macam nak tulis novel plak dah eh aku ni, tinggal nak touch up sket je lagi tapi masa agak terhad tu yang baik aku peramkan je dulu.

Monday, April 11

Zuriat Terindah

Assalam...

Dalam sibuk ni sempat juga aku nak meninjau-ninjau blog kekawan yang lain, dapat juga membaca kisah-kisah sedih orang lain yang mahu berkongsi rasa. Kalau ikutkan aku pun pernah juga merasa perasaan yang sama. Dihujani dengan pelbagai pertanyaan maupun pandangan serong dari orang terdekat. Masa tu jangan cerita la kan, pantang dengar je orang tu bertanya soalan je dah rasa nak meroyan pun ada. Maka nak tak nak lepaskan juga la pada dear. Time-time tu bergaduh dengan dear, makan hari memang dah asam garam...tapi bila dapat sorang...terus elok je rumah tangga kami. Bahagia sampai kini, maybe anak yang memberi kami kebahagiaan yang kami cari.

4 tahun berkahwin tanpa anak, mulut orang mula la mengata itu dan ini. Cadangan demi cadangan yang perlu aku tempuhi bila jumpa dengan semua orang. Percaya atau tidak..MIL pernah cadangkan kami ambil anak angkat pasal mak cik dear ambil anak angkat tau-tau je lepas tu terus lekat dan terus dapat anak 3 4 orang sekarang ni. Tapi ni awal-awal aku tolak dengan dear, pape hal pun anak tu aku nak biar la dari benih kami berdua walaupun bermacam-macam cara untuk kami dapatkan.

Mak aku pun ada idea yang tak kurang senget juga....ehmmm  ni bukan nak kutuk mak aku tapi maybe mak aku kesian nak tengok aku ada anak la kan. Idea makan anak katak AKA berudu! huihhhhhh time dengar dear tak de tapi aku tengok berudu boleh la, tak dapat pula nak bayangkan aku makan berudu tu. Ish......tak mau!!!!

Dugaan kan, di mana-mana pun ada idea orang tapi kami je tak mampu nak ikut. Geli la kalau aku ikut idea mak aku tu. Hahahaha...pergi berurut jangan cite la kan, sampaikan dah naik malas nak pergi pun ada. Dear cadang nak tanya dekat pak cik yang selalu MIL jumpa bila MIL alami kejutan dengan apa-apa hal sekalipun contohnya MIL nampak asap berkepul-kepul di dapur bila arwah FIL lupa nak matikan api dapur gas. Terus mendadak naik darah tingginya tu. Atuk tu cadangkan aku berpantang makan masam-masam dan dapat air jampi dengan serbuk kopi. Nak kata sedap kopi tu tidak la kan tapi sekadar mencuba, jangan pula ada yang kata kami ni syirik maupun ni ajaran sesat. Tapi ini sekadar percubaan kami berdua.

Sepupu dear yang alami masalah sama dengan kami cadangkan kami pergi LPPKN. Kami pergi dan sempat pergi daftar je. Pasal bila fikir-fikir memang perlukan kos yang tinggi pasal perlu ikut banyak prosedur. Nak daftar saja dah RM50.00 tau. Belum masuk kos untuk check up yang lain-lain lagi. So kami stopkan terus.

Kami stop tapi 2 bulan kemudian aku diserang sakit kepala dengan kerap, sampaikan tak tahan aku MC walaupun masa tu baru awal-awal masuk kerja di company sekarang ni. Rezeki dari Allah yang maha kuasa aku disahkan mengandung, DR takut nak bagi ubat sakit kepala pasal dia suspect aku pregnan. Masa tu aku tau aku pregnant dah 2 bulan. Ya Allah maha kuasa Mu Kau telah bukakan pintu hati DR tu untuk suruh aku buat ujian air kencing. Bersyukur tersangat-sangat kala ini.

Aku minta dear rahsiakan dahulu, pasal DR nak confirmkan dengan scan sebulan kemudian tapi dear excited melampau...MIL tau juga. Hehehehehe

Dapat berita baik tak semestinya sepanjang masa berita baik. Bulan syawal kandungan aku baru masuk 3 bulan setelah disahkan oleh DR, aku kehilangan bapa. Orang yang paling suka bermain dengan cucu tapi sayang tak sempat nak melihat anak aku lahir dan membesar. Insyallah...arwah baik-baik saja di sana. Ini la doa aku sebagai anak dari kejauhan..... :(

Bila berita tersebar luas lagi la aku dan dear gembira bagaikan seluruh alam menantikan berita baik dari kami. Ucapan tahniah...sentiasa bergema tatkala datang beraya dirumah saudara mara. MIL juga yang excited nak cerita pada semua ok.

Hampir 4 tahun berkahwin akhirnya dapat zuriat pertama. Kalau orang lain 4 tahun kawen anak dah 2 dan dah besar pun. Tapi ada kami kesah, asalkan kami dapat dari hasil benih kami berdua dan berkat kesabaran kami dengan dugaan yang maha Esa.

Insyallah tahun ni bakal menyambut ulang tahun ke 5 perkahwinan kami....bakal menimang seorang lagi cahaya mata penghujung bulan ni. Semoga hubungan kami berdua kekal sehingga ke akhir hayat kami. Tak sanggup rasanya nak bergaduh lagi bila dah ada anak ni, jadi dewasa la kami sekarang ni.hahahaha...orang lain dah lama dewasa kami ni terlewat je.

Buat kalian yang masih menanti zuriat bersabar la, doa banyak-banyak dan sentiasa sabar maupun tawakal dengan dugaan Allah. Allah mahu menguji kita supaya kita lebih dekat dengannya. Rajin-rajin la membaca Alquran atau surah yassin untuk menenangkan hati dan emosi. Allah tahu kita mampu hadapi dugaanNya, Allah tahu kita kuat cuma kita terkadang terlupa dengan kasih sayang Allah.

Berharap

Assalam...

Semalam mak call dari kampung bawa khabaran mengejut untuk kami sekeluarga. Ish...apsal pulak derang set kan time nak meeting pasal hal ni sekarang? Rasa macam nak marah pun ada geram pun ada gak tapi paling terasa adalah seram. Kerana apa?buatnya la kan masa ni aku tetiba bersalin awal...habis la kami semua dan aku pasti akan dipersalahkan.

Hua....ye ye je tu hari aku berharap aku nak bersalin lebih awal tapi sekarang aku minta-minta sangat biar la selepas settle semua hal kami sekeluarga ni. Kalau tidak kami semua terpaksa menunggu lebih lama lagi.

Bukan apa ni hal yang agak penting juga la kan, mak aku beriya-iya nak selesaikan hal ni secepat mungkin pasal dia tak mau kami adik beradik akan datang bergaduh sesama sendiri dek kerana harta yang tidak seberapa. Kami pun relakan la juga kan, lagi pun kalau tak dibahagikan harta tu nanti susah pula bila ada yang nak tanah kat sini ada pula yang nak tapak rumah la....pendek kata biar la selesaikan awal-awal ni.

Cuma sekarang tengah blur tak tau nak balik kampung dengan siapa...nak balik dengan dear cian pulak nak paksa dear minta cuti. Nak join abang aku je la lagi elok daripada aku drive sendirian balik kg dengan keadaan macam sekarang ni. Lagipun pasti dear dan mak tak setuju. Tapi mungkin akan jadi terpaksa kalau terdapat hal-hal yang tak boleh nak dielakkan. Hehehehehe

Check Up 9 Bulan, Makan-Makan dan Melawat Saudara

Assalam...

Adoi la sibuk sesangat pulak sekarang ni tambah-tambah dah dekat masanya untuk aku bercuti panjang. Huh! cuti...rasa cam nak berhenti pun ada la pulak bila masa kesibukkan melanda sangat-sangat. hehehehhe tapi surat masih belum prepare lagi bermakna aku cuma bercuti panjang 2 bulan sahaja. :p ok la kan.

Hujung minggu lepas amat sibuk tambah-tambah lagi dengan nak balik kampungnya la kan minggu ni. Preparation sikit sebelum gerak balik kampung dengan abang dan kakak sayang.... hehehhehe dear dan Zikri terpaksa aku tinggalkan untuk sehari semalam...sadis! tak pernah berenggang selama ini kan.

Terpaksa juga la kan, kalau nak bawa tu boleh tapi rasa macam tak sesuai pulak lagi pun dear dah bagi izin untuk aku balik sorang diri biar Zikri MIL jaga siang hari dan malam dear pulak yang handle. Ehmmm sob sob...juga la kan.

Ahad aku pergi check up pasal dah cukup 9 bulan ni kena la datang klinik 2 minggu sekali. Oh yang malasnya lepas ni perlu datang setiap minggu...ehmmm malas ok. kebetulan hari ahad tu memang ramai pulak yang datang nasib la pasal aku sampai pun dah pukul 10 pagi kan, tu yang ramai. Nurse inform bagitau aku nombor 15 ke 16. Huh? baik keluar pergi sarapan dulu. Dapat la makan nasi goreng. Hasil check up pulak DR kata baby dah 3.4kg sekarang! wah....terkejut pun ada aku rasa. So DR kata kalau lepas ni bertambah dengan pantas beratnya maka aku akan di paksa bersalin juga la dengan tempoh masa yang akan ditetapkan nanti. Tunggu next week macam mana pulak la kan. Hmmm paksa? dah seriau dah ni bila fikir bab-bab nak bersalin walaupun masa aku bersalin dulu dear langsung tak ada di sisi aku. Huaaaaaaaaaaaaa

Lunch kami makan soto Sg. Serdang di Kapar sana. Jauh ok! tapi dapat makan apa yang dicita oh.....syurga la kan. Makan soto + tapai pulut dan tapai ubi. Kedai ni cuma jual soto je, ada soto bihun dengan soto mee. Tapi kalau dulu buka siang je tapi sekarang dah buka sampai malam. Nampak kedai pun dah upgrade sekarang ni.

Balik umah, dear dengan Zikri tertidur dek kerana keletihan melampau. Dear letih jadi driver dan Zikri letih kerana kerenahnya....dah makin nakal. Belum dapat kaki lagi tapi huhu....sabar je la.

Malam pula bawa MIL pergi jenguk mak cik sedara dear AKA adik kepada arwah FIL. Last kami jumpa masa raya tahun lepas. Masa tu Zikri sibuk nak tidur so kami tinggalkan dia tidur dalam kereta. Semalam bila dia tengok je huh! terkejut pula bila sekali jumpa dah nak mengerjakan seluruh rumah dia. Budak ni memang pantang jumpa TV yang boleh tekan-tekan dekat monitor. Lagi satu hal nak bagitau remote astro dah rosak tapi mujur dear boleh repair...so tak payah nak beli yang baru.

Singgah rumah anaknya pulak dia kata kami ni sekali dapat anak rapat-rapat la pulak. Heh...lama kan kami tunggu nak anak, tu yang terima je rezeki yang ada ni walaupun dalam hati rasa macam agak rapat la kan. Zikri membuas bukan main tapi suka bila anak akak tu ajak main sama-sama. Pantang jumpa dengan kawan memang la pandai nak berkawan tapi semua mainan kalau boleh dia nak rebut ok.

Malam masa untuk tidur, sampai rumah dah hampir pukul 11 malam. Tapi sempat juga la nak goreng ikan bawal untuk aku masak esok petang. Maknanya tak perlu la kelam kabut sangat nak memasak bila lepas balik dari kerja. Hehehe...

Friday, April 8

Kesayangan Kami Demam Lagi...

Assalam...

Buat kali ke 2 sejak lahir Zikri demam, terkadang risau juga hati aku ni kan tapi aku tahan-tahankan juga. Bila jarang-jarang sakit tapi bila sekali sakit jadi macam teruk pulak. Kesian....tu je la yang mampu aku luahkan.

Sejak 2 3 malam ni tidur dear asyik terganggu tapi berkat kesabaran kami malam tadi kami bertiga tidur lena sampai la ke pagi.

2 malam lepas Zikri kerap diserang selsema walaupun dah ditukarkan baju lengan panjang, berstokin dan siap kipas diperlahankan atau pun di halakan ke arah lain. Tapi masih juga selsema. Tidur 10-15 minit lepas tu bangun lagi siap nangis-nangis pulak tu. Susu jangan cakap la, langsung tak nak sentuh! geram je rasa nak cubit-cubit tapi biasa la kan tengah sakit. Kalau kita sendiri sakit pun mesti la tak selesa kan.

Last aku fikir nak bawa Zikri pergi klinik malam lepas aku balik kerja. Kebetulan dear kata masa dekat rumah MIL akak ipar yang bakal jaga adik Zikri nanti urutkan. Lega sikit la kot lepas kene urut-urut tu.

Gerak pergi klinik sampai lebih kurang pukul 7 malam, masa tu pun dapat no 11 padahal klinik buka kul 6.30 petang. Ramai pula la kanak-kanak yang tak sihat sekarang ni, pendek kata kebanyakkannya demam maupun selsema. Ehmm....musim tak.

Settle jumpa DR hampir pukul 8.30 malam, lama tak?hmmmm naik keras bontot aku tunggu giliran tapi bila time jumpa DR tak sampai 10 minit je pun. Geram ni..geram pasal tunggu lama. Hahahahha

Dr kata ok demam tak ada la tinggi sangat, dapat la 5 jenis ubat. Ubat demam, ubat kahak, ubat selsema & batuk, ubat titis di hidung dan juga antibiotik yang paling penting untuk kita semua kan. :p

Sebelum balik singgah makan dekat gerai area klinik. Settle makan terus zass balik umah lagi pun kesian tengok Zikri nampak letih je. Maklum la dah 2 3 malam tidur dia tak lena. Dalam kereta sempat juga dia tertidur tapi bila letak je kat atas tilam boleh tersenyum-senyum tengok kami. Ish la budak sorang ni...

Bagi susu tak nak, kami dah bagi makan nasi...lastnya dear kata tak payah bagi susu la terus bagi ubat je la. 2 ubat yg pertama ok lagi tapi bila masuk ke 3 huh! macam nak roboh rumah dia jerit. Kebetulan akak ipar datang rumah hantarkan lauk asam pedas! heh belum sempat makan lagi...so malam ni la baru nak rasa.

Siap bagi ubat biar dia main-main sekejap dan sempat la lap-lapkan badan dia. Ye la dah keluar malam-malam, pas tu dah siap makan-makan lagi, air yang tumpah kena baju lagi...dengan suhu badan yang tak tinggi baik la lap-lapkan. Boleh la die tido dengan lena.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Akhirnya dia nak juga minum susu walaupun setakat 10oz je untuk malam tadi. Kalau selalu 15oz boleh habis, tapi lebih baik ada minum dari langsung tak nak minum kan.

Moga-moga ikhtiar kami berhasil untuk hilangkan demamnya, aku nak cuti hari ni tapi dear kata tak apa la pasal next week aku nak cuti lagi. Tak mau la asyik ambil cuti je kan.

Ok la, nak settlekan kerja sebelum bos kejar...hahhahaha da....

Thursday, April 7

Merungutkah Aku?Cey!!!

Assalam...

Kesibukan melanda sejak 2 hari kebelakangan ni. Dek kerana sorang-sorang kawan kat office ni bercuti maupun ber"MC" heh!

Tapi kes yang berlaku tengahari ni amat-amat sakit buat aku, bukan aku nak berkira sangat tapi tolong la sekali sekala tu faham dengan alasan yang aku bagi. Pernah ke selama 6 bulan aku kerja jaga kaunter depan tu aku merengek-rengek mengadu domba? tak pernah ok!

Alkisah aku tengah mengejar due date tender sorang engineer yang nak hantar hari ni. Kalau ikutkan hati aku nak je cepuk pasal engineer ni pun satu, ye ye la aku kejar buat tender dia sekali bukannya dia nak hantar hari ni dia boleh fikir dulu plak dah. Free je nak kene marah dengan aku.

Budak yang jaga kaunter depan sorang tu dah keluar balik umah pasal rumah dia dekat kan, kalau aku pun baik balik rumah makan lagi jimat dan sedap. Yang sorang lagi pulak baru la terkedek-kedek nak keluar, siap intercom dan aku pun inform dengan cara baik aku tengah kejar 1 tender nak submit hari ni juga.

Paling sakit boleh mengadu dekat anak bos tu, kata tak ada sapa nak jaga kaunter...cey...pasal ni pun nak ngadu ke?sakit jiwa aku tengok amoi-amoi kat sini. Tu yang kekadang rasa macam nak keluar makan awal-awal. Biar derang tau macam mana rasanya kami ni asyik keluar makan lewat dengan lauk yang tak banyak pilihannya. Korang boleh la hari-hari makan "bak kut teh"!

Geram sangat la kan bunyinye aku ni, tapi ini la hakikat yang terpaksa aku terima setiap hari. Pernah rasa nak mengadu pada bos tapi dah derang ni semua sama kaum mesti dia minta aku bekerja sama. Eh...aku jaga kaunter ada ke dapat gaji lebih eh? Jaga telephone pun dah cukup buat aku bengang. Macam mana aku nak kira tender sambil kejap-kejap telephone berbunyi. Kalau tender takat bawah ratus ribu ok lagi...tapi macam mana kalau tender makan harga juta-juta? salah kira aku jugak yang disalahkan nanti.

Uih......geram sangat la pulak aku hari ni! ehmmmm mari redakan kegeraman dengan layan picture comel Zikri...dan air nescafe ais!!! :p
Jom kita pukul-pukul orang tu dengan bantal mama...

Lebih baik makan lolipop!!!

Ugh!...no camera please! :)

Tuesday, April 5

Balik Kampung - Makan Durian

Assalam...

Hari sabtu lepas aku, dear, zikri ngan mak bergerak balik ke kampung sebelum tengahari. Sempat singgah makan di R&R Tapah. Dek kerana kelaparan tempuh perjalanan selama 2-3 jam je. Heh...panas bontot ok kalau duduk aje kat dalam kereta, nak pulak aku ni tengah sarat-sarat begini.

Di kampung sampai-sampai terus melayan perasaan memakan durian. Huh berpesta kami tambah-tambah pulak bila Yang balik dari kebun bawa buah yang lagi fresh! huuh heaven sungguh. Makan berdua pasal mak tak nak join tu pun zikri kacau kalau tidak maunya lama lagi kami berdua lepak-lepak sambil makan-makan berdua.

Aktiviti dikampung terhad amat la kali ni pasal masa pun terhad. Balik kampung dengan tujuan nak hantar mak dan nak ambil seberapa banyak buah durian yang mampu. Alhamdulillah hampir pernuh setengah bonet kereta Iswara dear. So tak perlu lah kami bersesak-sesak dengan beg-beg baju di belakang.

Balik Klang petang ahad, tu pun kalau ikutkan plan nak balik sebelum tengahari sebab ada banyak umah nak singgah pasal nak pass-pass kan buah durian ni la. Ehmmm kami ambil dari kampung pun sebab nak pass kan pada keluarga je. Kami dapat makan puas-puas kat kampung pun dah kira ok la.


Dalam perjalanan balik klang mujur Zikri tidur je, tu pun dah masuk highway boleh la pulak dia bangun dan langsung tak nak tidur lagi. Ish...budak ni kalau dah bangun dapat gula-gula ke, vitagen ke memang tak boleh nak layan. Mengada-ada tul la pulak, so nak tak nak terpaksa la aku bawa dia duduk kat belakang ngan aku. Ish....kalau dah lepas tu faham-faham je la kan, mula la nak buat itu ini dengan aku. Penat gak walaupun tak payah nak kejar-kejar tapi nak handle dia pun dah buat aku letih. Pasal sibuk jugak nak tendang perut aku ni.

Sampai rumah malam, huh tu pun kami dah singgah dua buah rumah. Kalau ikutkan nak singgah sebuah rumah lagi tapi nasib kami baik pasal akak aku kerja malam pulak. Heh terus la balik umah nak berehat-rehatan la.

Pendek kata la kan, cuti yang pendek ini memang memenatkan. Sampai la pagi isnin tu aku ambil MC. Tapi bukan sengaja ok tapi dek kerana kejang kaki malam tu sampai rasa tak lena nak tidur. Menangis menahan sakit. Pegh!!! sakit sangat-sangat pasal sampai kat atas tapak kaki pun leh terasa kejang sekali.

Jumpa DR katanya kurang kalsium, hahahahhaha...memang dasar malas nak minum susu la aku ni. Dah tu kipas kalau tidur tu kalau boleh memang nak mengadap kat aku je....so ini la hasilnya dapat la kejang-kejang kaki. Padan muka aku!!!

Friday, April 1

Zikri Sudah Setahun

Assalam...

"Setahun sudah berlalu, bulan march muncul kembali.....oh oh......"

Heh! senang hati kan kala ini, padahal tahun lepas masa ni la aku berhempas pulas nak keluarkan seorang anak...hmmmm nak kata berhempas pulas sangat tu tak ada la kan, pasal aku punya sakit sekejap je kalau nak compare dengan orang lain.

Ni kisah penuh pada tahun lepas alhamdulillah

Nak story lagi sekali aku pun dah malas dah, tambah pulak dah siap ada 1 entry kan...tinggal korang-korang yang baca tu rajin ke tidak je la nak tengok eh.

Tak ada celebrate apa-apa pun, nak kata aku belikan Zikri present lagi la. Tunggu je la nanti-nanti dah besar dah pandai minta....time tu nak tak nak terpaksa juga la dilaksanakan. Buat masa ni aku persiapkan diri je dengan 2nd baby yang bakal tiba hujung bulan ni...insyaallah.

Setakat masakkan bubur merah tanda ingat tarikh lahirnya dan dihulurkan pada sedara mara dan jiran tetangga. Alhamdulillah doa-doa dari mereka yang aku inginkan.

Kalau diizinkan Allah, mungkin minggu ni aku nak hantar mak balik kampung...dapat la aku tinggalkan duit sikit untuk minta mak tolong serahkan pada orang katering dan boleh buat makan-makan doa selamat di masjid. Kala masa susah begini siapa lagi yang akan aku rindui? of coz arwah bapa aku.....Tak mau la cerita panjang...air mata dah bergenang sayu je...lama tak jenguk kubur arwah hanya Alfatihah yang mampu aku hadiahkan. Semoga arwah tenang di sana.