Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, February 15

Sup Kambing Kegemaran Sekeluarga

Assalamualaikum...

Sempat mama curi masa lepas tidurkan Nur Aisyah dan Amsyar. Mama rasa seronok tengok anak-anak mama makan dengan seleranya hari ini. Alhamdulillah mama cuba masak mengikut selera anak-anak dan ayah. Mama pernah ajak ayah pergi makan sup kambing kegemaran mama dan ayah di kampung Jawa. Tapi ayah menolak sebab kalau makan di sana memang sah ayah akan keluarkan hampir rm60.00 untuk kami 5 orang makan. Anak-anak pun memang suka daging tak kira lembu, kerbau maupun kambing. Alhamdulillah tak ajar sangat anak-anak mama memilih makanan tapi mana yang mama mampu mama buatkan.

Mama minta ayah belikan rusuk atau daging kambing, teringin sangat rasa nak makan sup kambing. Ayah beli di Segi berdekatan rumah cuma 1kilo bahagian paha. Alhamdulillah dapat daging dan tulang walaupun tak banyak. Mama cuba masak ikut resepi dalam facebook. Sedap juga walaupun bahan tak cukup. Main hentam masak sebab malas nak pergi kedai, kalau mama singgah kedai tak sah lebih rm10.00 campur dengan jajan atau pun ais krim. Aduh..sabar je la kan

Amsyar yang sakit mulut sebelum ni dek kerana ulser teruk cuma makan yogurt je 3 hari kasihan sangat mama tengok dia. Perut makin kempis mungkin sebab susu pun tak nak minum, makan nasi apa tah lagi memang tolak tepi. Tapi bila mama masak sup dia tiba-tiba minta nak makan. Bertambah-tambah pula tu makannya.

Ini entah kali ke berapa tambah, mama ikutkan je sebab dah lebih 3 hari awak tak makan nasi. Syukur dah baik dari ulser teruk. Minggu depan tamat cuti sekolah bolehlah ayah hantar sekolah Pasti ye.

Ok, mama nak kongsikan resepi yang mama dapat tu buat anak-anak mama kalau nanti nak cuba masak ye.

Bahan-bahan
1kg daging/tulang kambing, lembu, kerbau atau apa sahaja daging yang penting halal
3 biji bawang merah di kisar halus
Setengah labu bawang putih dan 2 inci halia di kisar
5 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
Sebatang kulit kayu manis
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa.
Sesudu minyak sapi dan sesudu minyak kelapa

Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih kisar bersama halia.
2. Panaskan air, bila air dah mendidih baru masukkan daging yang dah dicuci bersih.
3. Agak-agak daging dah mendidih boleh mula tumis rempah sup, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis dengan minyak sapi dan minyak kelapa hingga naik bau dan ke masukkan bawang merah di kisar berserta halia dan bawang putih.
4. Jintan manis, ketumbar dan jintan putih disangai kemudian ditumbuk lumat. Di masukkan dalam periuk daging.
5. Bawang tumis yang dah naik bau bolehlah dimasukkan dalam periuk daging.
6. Kacau biar sebati semua rempah dan bawang yang dah di kisar tadi.
7. Masak dengan api sederhana, masa yang lama lebih kurang 2 ke 3 jam supaya daging empuk mudah nak di makan.
8. Dah agak-agak daging lebut bolehlah masukkan garam sebagai perasa dan masukkan daun sup ikut suka.
9. Siap masak dan boleh dihidang sama ada dengan nasi atau pun makan bersama bihun/mee/ketiew.

Senang je kan. Mama tak pernah guna rempah sup serbuk jadi tak tau la tang mana bezanya. Kalau ada nzk letak sayur pun boleh. Lobak merah, kentang, maupun tomato ikut selera sendiri la.

Sedap yang mama masak tak sama dengan kedai. Mama masak dengan kasih sayang untuk anak-anak mama makan dengan seleranya. Makan di kedai tak sama sebab di kedai letak lebih banyak lemak mungkin sebab nak jimat kan, mama masak tak masukkan lemak sebab anak-anak bising cakap bila makan liat. Sayang je kalau di masak tapi tak di makan walupun ada yang kata lemak tu menambah lagi perisa dalam sup. Tapi pada mama biar mama masak tanpa lemak supaya anak-anak mama tak termakan lemak tu sekali.

No comments: