Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, August 3

Persiapan Raya 2012

Assalam...

Hujung minggu tiba kembali, duduk rumah diam diam jangan bising-bising nak pergi jalan-jalan pula. Lagi pun sekarang aku masih belum gaji lagi. Hehe...kan seronok kalau sama macam office lama, bagi gaji 2 3 hari sebelum akhir bulan. Erk...terasa pula rindu pada kerja di sana yang langsung tak sama dengan kerja sekarang. Tak apa itu sejarah yang sekarang ini kita lalui dengan penuh semangat baru! :)

Persiapan raya 10% je kot yang dah siap. Rumah masih tonggang langgang bersepah dengan mainan. Langsir memang tak merancang nak tukar baru sebab duduk rumah sewa. Basuh saja lah langsir yang ada tu bukannya susah pun kan. Memang la rumah kecil tapi kalau ada 2 orang yang membantu "mengemaskan" memang jadi payah. Setiap kali nak kemas rumah terpaksa tunggu anak-anak tidur atau keluar dengan ayah. Kalau tidak jangan harap dapat pengang penyapu dengan aman.

Setakat ini baju raya untuk aku, dear dan anak-anak dah ada tapi itu untuk yang rasmi (baju melayu dan baju kurung). Mungkin seminggu sebelum balik kampung kami pergi beli sebab kalau beli awal-awal Amar sibuk nak pakai baju yang cantik-cantik. Pandai buka almari dan minta baju dan seluar mana dia nak pakai. Adoi! mama dan ayah tak bergaya orangnya tapi anak plak suka bergaya.

Ok lah tentang biskut raya terasa tahun ni nak buat sendiri. Sedang mencari resepi yang senang. Mungkin nak buat 3 jenis dan selebihnya beli kacang atau pun kerepek. Senang cerita, sebabnya takut Amar yang habiskan dia jenis pantang nampak makanan mula lah nak makan. Entah berapa kilo dah sekarang dia ni, last timbang 16kg dah. Letih nak dukung kalau time dia merajuk atau mengamuk.

Isnin depan cuti Nuzul Quran tapi aku kerja sebab cuti bos gantikan dengan cuti raya sampai rabu. Wah...

 

No comments: