Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, August 6

Mengadu Domba

Assalam...

Selamat bekerja pada yang bekerja hari ini termasuklah aku. :p

Malam jumaat lepas terkejut juga aku sebab dear bagitau jiran belakang rumah akak ipar aku mengadu pada tuan rumah sebab tidak puas hati dengan akak ipar aku. Erk...terkedu sekejap. Bila tanya dia apa yang di adukan dear kata hal kecil pada kita tapi mungkin pada dia hal besar kot, takkan kecil pun nak mengadu terus pada tuan rumah. Tuan rumah kami ni pula sensitif hal-hal begini, pantang bila dapat aduan dia pun terus la telefon akak ipar aku. (rumah sewa ni sebenarnya 1 rumah di bahagikan kepada 2, akak ipar aku duduk bahagian depan dan jiran yang mengadu duduk bahagian belakang)

Aduan yang dibuat berkenaan :-

1. Longkang rumah berbau busuk
Ya Allah....ini memang aku akui. Akak ipar aku rajin bersihkan longkang rumah dia, kecuali longkang kawasan rumah jiran dia. Air dari sinki mengalir ke kawasan longkang rumah dia, adunya akak ipar aku tak bersihkan longkang tapi kalau longkang sudah masuk ke kawasan rumah dia takkan akak ipar aku masih nak cuci? ish...sendiri kene jaga kebersihan la.

2. Bising selepas pukul 12 tengah malam.
Ini memang akak ipar aku akui sebab anak dia bersuara nyaring kadang kala pukul 2 pagi pun jerit-jerit tapi kan budak-budak. Anaknya baru seorang, anak akak ipar aku sudah 3 mana boleh nak di bandingkan. Ya Allah memang aku tak faham sikap orang yang mengadu ini.

3. Bau busuk najis kucing.
Memang diakui akak ipar aku ada membela kucing, tapi takkan la dia nak bersihkan najis kucing kalau ada di kawasan rumah jiran ni. Eh...sendiri pandai-pandai bersihkan la. Ada pula nak komplen orang banyak-banyak.

Ini 3 perkara yang tuan rumah bagitau. Memang sakit hati masa dapat tau sebabnya jiran yang mengadu ni bukan jenis nak bergaul dengan jiran. Maksud aku tak ada nak bertegur sapa, tak kira walaupun aku ada depan mata dia mesti buat tak tau je. Sakit hati kan dengan perangainya. Mereka pun ada bela kucing tapi simpan dalam rumah. Bersih sungguh la rumah mereka tu agaknya.

Ish...puasa-puasa ni rasa nak marah pun ada dengan perangai orang yang macam ni tapi sabar je la. Akak ipar aku kata kalau nanti duduk rumah teres dapat jiran anaknya bising-bising nak mengadu pada siapa? Polis kot. Hehe...

Pada aku janganlah mengadu kalau tak puas hati pun ceritalah pada jiran mana tau boleh berbincang. Mesti masalah dapat di selesaikan. Jiran sebelah rumah aku ni pun sama, pernah mengadu dengan akak ipar aku katanya longkang rumah aku busuk sampai nak muntah dia hidu. Erk...kebetulan masa tu awal mengandung tapi aku buat tak tau je sebab memang dear yang akan bersihkan seminggu sekali sebab aku tak berani nak keluar ke belakang rumah takut ada ular tedung! belakang rumah ada kebun sawit yang semak. Hehe...


 

No comments: