Rajin nak mengupdatekan diri pasal story mory last week selepas seminggu bercuti panjang. Huhhu....sakan ok cuti CNY setiap tahun bila kerja kat sini. Maklum saja la company yg berboskan golongan cina rata2nya.
Heh...acara dimulakan ngan sembang2 sambil tunggu derang siapkan meja derang nak sembahyang la kan. Sambil2 tu jugak merajinkan diri melayan supplier yg dtg untuk meramaikan majlis. Kalo nak tau, time sampai2 je kat ofis pg tu dah blur nak parking kat mana, last2 pusing2 tgok kat hujung blok ada kosong. Dah la time tu big bos dah siap pasang meja...huahhhhhhh selamat bos tak tegur apsal lambt!
Hari tu kalo ikutkan kerja mmg la berlambak2 tp dek kerana ada company event terpaksa la abaikan kerja yg bersusun2 tu. Alhamdulillah ptgnya siap gak pasal bos tak bg balik awal. Ceh!
Ni barisan bos2 dan staff nak memulakan acara sembahyang.
Ok pg tu pas derang sembahyang, kami yg lain ni lepak kat meja layan air tin ngan kotak je la. Kalo nak air tin hijau pun derang tak larang ok (air carlsberg doh). Heh sabo je la tau pasal air yg ada cume air teh bunga ngan 100 plus je. Mak aiiiiiii tak de pilihan lain dah ke.... huih! geram ni. Lastnya bedal gak la teh bunga sambil tunggu acara dimulakan.
Pling menarik dapat berbual mesra dan eratkan silaturahim antara kami sesama melayu yg ada kerja under company ni. Sabo je la kan, keje 1 bumbung tp bese jrg2 nak bertegur sapa maklum la bila time kerja semua kusyuk buat kerja tak de makna nak bermesra2 ni. Time2 ni la luangkan masa yg ada, baru la dpt kenal hati masing2...hehehehehe.
Ni dok lepak ngan budak2 ofis yg kerja kat site, jarang la dpt jumpa derang...bila time cam ni baru la dpt lepak lama2.
Makanan sgt la byak pg tu, sampaikan rasa nak muntah pun ada gak. Ada sate, kambing panggang, nasi goreng, mee goreng dan macam2 lg la makanan yg ada. Paling aku suke ialah buah tembikai merah, tembikai susu ngan nenas. hahahahha lawak tul kan...dalam byak2 makanan tu la yg paling best aku rasa. Tang sate lak mmg sedap tp ntah nape bila tambah2 rasanya berubah jadi masam la plak. Maybe terlebih perap kot...hahaahhaha bukannya nak kata dah kenyang nye pasal kan.
Semua ni barisan staff kat ofis ni, nampak ramai bukan?macam dah tak muat je nak masukkan semua org kat dlm pic...hehehhee sbnrnya salah susun pun ada gak aku rasa, maklum la main hentam je time2 ni pasal semua dah lapo nak makan2...
Selesai semua g solat Zuhur pas tu sambung buat kerja ngan org lain dok ke hulu kehilir kat dpn partition keje lak. Sabo je la, ingatkan bos bg la permission nak balik awal tp juz dpt kul 5.30 je...heheheh tak pe la kan, dpt gak la. Dah tu hari jumaat tu plak kerja sampai kul 5 pasal mlm sabtu ada dinner plak.
Rajin tul company aku ni buat makan2 kan, tp aku tak join pasal blh malam ni leceh sket tambah2 ngan Zikri yg suke tido awal. Jamu mata tgok apa je la yg derang makan pun cukup la.
No comments:
Post a Comment