Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, February 25

Berdua-Duaan

Assalam...

Ni kisah ntah berapa minggu lepas, baru berkesempatan nak menyebarkan cerita indah2 kami berdua. "kami" ni aku ngan Zikri la. Kami kuar berdua hari sabtu time aku cuti dek kerana jumaat company buat dinner. Hmmm padahal aku bukan dtg pun dinner tu pasal dengan alasan Zikri la, tambah lak dear pun tak mau pegi malas la aku nak join.

Zikri bangun je tido aku bg susu pas tu terus text kat dear bgtau nak kuar g carefour bukit rimau nak cari lauk sket. Kalo pg econsave kene parking area panas plak dah. Tu yg pilih carefour tu, biar la jauh sket tp puas hati tak perlu nak berpanas berdua.

Alhamdulillah sepanjang dlm kereta perjalanan pergi Zikri ok je, kalo ikutkan perjalanan tak jauh mana lbh kurang 10minit je kot termasuk parking semua la. Sampai kat sana aku terus dukung dan mula cari troli pasal mmg tak bawa stroller. Senang sket la kan tinggal masukkan je dok dlm troli tu.

Masuk carefour pilih2 barang sambil mata zikri ni melilau2 tgok perangai org. Ish la budak sorang ni geram je aku tgok. Ehmmm pantang apa yg aku ambil mesti die nak pegang. Bagi jugak la pegang yg kecik2 je la kan kalo yg besar2 leceh plak. Tu pun puting tak lepas dr mulut die pasal kalo lepas maunya digigit semua brg yg aku pas kan kat die. Sabo je la!


Abaikan muka yg berminyak sakan ni, berpeluh2 dukung Zikri ni...kene plak time tu die dah start buat hal. Dpt la pgg roti.


Mau mendapatkan HP mamanya, baik stop amik pic die. Hehehehe

Siap pilih dan bayar time nak blk plak awal2 masih ok, tapi tak lama la..kene bg die main ngan roti la apa la baru la die ok. Hehehheheh nak kata dah lapa tak plak pasal susu tak nak pun time tu. Saja la tu tak puas kot jalan2 pasal hampir sejam je kami kat sana. Dgn org yg tak ramai, parking pun senang nak bayar pun senang gak. Ok la tu kan tak de la menyusahkan kami berdua.

Nampak nya pas ni blh lg la kami berjalan berdua. Heh bukan pe saja nak training zikri ni dok kat kerusi die, kalo ngan ayah asyik naik moto tp ngan mama naik kete ok. Mama mana tau bawa moto, lg pun mak lang yg pandai bawa moto pun takut lg nak bawa Zikri jalan2 naik moto.

Hehehehhehe hujung minggu ni cam ada sales kat Giant barang2 baby, blh la ajak dear jalan2 g sana la. Tak pun nak g jusco!...shopping lg selagi bby blm kuar ni kan. :)

No comments: