Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, February 24

Nak Berkongsi

Assalam...

Nak berkongsi jugak prasaan time dah masuk trimester ke 3 ni, bukan pe nak kongsi pengalaman skrg dan time mengandungkan Zikri taun lepas.

Anda sudah memasuki trimester ke 3 dan sekarang terdapat cuma tinggal beberapa minggu lagi untuk anda melangkah ke alam seterusnya. Anda sudah mula merasa cemas dan berdebar berbaur dengan rasa gembira kerana penantian anda akan berakhir tidak lama lagi. Dalam masa yang sama anda juga mungkin mengalami perlbagai masalah baru yang sebelum ini tidak anda alami semasa awal kehamilan. Jangan takut kerana kebanyakkan terjadi dari fisiolgi kehamilan yang normal.


Sakit belakang


Berat berlebihan dari awal kehamilan memberikan tekanan pada tulang belakang menyebabkan ia sakit dan tidak selesa. Anda juga akan merasa sengal dan tidak selesa pada pelvis dan bahagian paha kerana tekanan dari kepala bayi yang semakin membesar.


Untuk elakan sakit belakang, amalkan kedudukan yang betul. Duduk secara tegak dan gunakan kerusi yang boleh memberi sokongan pada belakang. Pada malam hari pula anda boleh amalkan tidur mengiring dengan meletakan bantal dicelah paha anda. Gunakan sandal yang selesa semasa keluar rumah dan elakkan memakai kasut tumit tinggi. Untuk mengurangkan sengal pada belakang, letakan pad suam tpada empat yang sakit dan anda boleh memakan panadol ( ubat tahan sakit ) sekiranya perlu.


Buat masa ni aku mmg selalu sgt la alami sakit pinggang ni, tambah2 plak kerja kat ofis ni bila asyik duduk tu terpaksa jugak la duduk. Tapi terkadang perlu gak la berjalan2 pasal bilik2 bos2 aku ni bukanya dekat ngan area kerja aku. Itu masa untuk aku excercise padahal excersice dlm aircond je...hehehehe
Kontraksi Braxton Hick.


Anda mungkin merasa perut tegang sepanjang masa dan selepas beberap minit atau setengah jam, kemudian ia berhenti dengan sendiri. Kontraksi Braxton hick kerap terjadi tetapi ia tidak sesakit sakit bersalin sebenar. Kontraksi bersalin sebenar lebih kuat, menyakitkan dan menjadi semakin kerap. Sekiranya keadaan ini berlaku, jumpalah doktor anda secepat mungkin.


Ni kerap berlaku time tido malam ngan time drive. Ntah nape baby kali ni kerap sgt la plak mengeras eh. Harap2 semuanya selamat la.


Buah dada bengkak


Jangan terkejut kerana perubahan ini kerana ia terjadi sebagai persediaan untuk pengeluaran susu selepas bayi lahir. Buah dada mengembang dengan banyaknya akibat dari perubahan hormon yang menyebabkan peningkatan bilangan kelenjar susu dalam buah dada. Sekiranya kelihatan cecair kekuningan keluar dari puting, jangan cemas, ia adalah colostrum, susu dengan khasiat penting untuk khusus bayi baru lahir.


Tak tau la nak kata pasal dah mmg miliki yg bersaiz besar. Hhahaahhaha sabo je la kan.


Lendir dari faraj.


Anda mungkin perasan lendir yang jernih yang keluar berlebihan semasa trimester ke 3. Sekiranya ia berlebihan dan membasahi seluar dalam anda dengan banyaknya, anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk pastikan anda tidak pecah ketuban. Sekiranya lendir yang keluar bercampur darah dan anda dalam lewat kehamilan, ia mungkin tanda bersalin. Lendir berdarah atau show adalah disebabkan oleh serviks yang terbuka secara beransur ansur.


Ada jugak tp tak de la terlampau banyak, macam time mengandungkan Zikri taun lepas pun sama la jugak.


Keletihan.


Anda mungkin mengalami keletihan berpanjangan semasa trimester ini. Ini mungkin berpunca dari keletihan mental juga disebabkan terlalu banyak berfikir atau juga disebabkan terlalu kerap terjaga malam kerana kencing yang kerap. Kurangkan penggunaan tenaga disiang hari dan jangan mengangkat benda yang berat-berat. Amalkan makanan berzat dan tidur disiang hari sekiranya ada masa terluang. Minta suami untuk menolong kerja kerja seperti membasuh baju, menyiram dan kerja kerja dapur yang lain.


Terjaga malam mmg kerap tp pasal Zikri nak susu je la, bangun pasal kerap nak g toilet tu blm sgt la kot aku rasa, tp time mengandungkan Zikri taun lepas mmg kerap sampaikan aku rasa mls nak kuar g blik air.


Kerap ke tandas.


Sekarang bayi anda lebih tembam dan kepala bayi yang membesar akan memberikan tekanan pada pundi kencing menyebabkan anda akan lebih kerap ke tandas termasuklah di malam hari. Anda juga dapati senang terkencing semasa bersin atau batuk. Untuk mengurangkan masalah ini, amalkan ke tandas dengan lebih kerap atau setiap kali membuang air kecil dan buanglah sepuas puasnya. Elakan sebarang minuman satu jam sebelum tidur dan pastikan pundi kencing kosong. Sekiranya perlu, anda boleh memakai pantiliner sekiranya ia tidak terkawal. Kalau kencing kerap disertai dengan sakit dan pedih semasa membuang, eloklah jumpa dengan doktor, ia mungkin tanda jangkitan kuman.


Kerap pegi toilet belah siang kot, belah malam ni kurang sket. Tapi tak tau la kan, kot2 akan dtg ntah cam ne.


Rasa pedih ulu hati dan sembelit.


Gejala berkaitan dengan usus kerap terjadi kerana semasa hamil berlaku rembesan hormon progesteron yang banyak menyebabkan otot usus menjadi lembut, kurang aktif dan tidak berfungsi dengan sepatutnya. Ia termasuklah salur pemakanan iaitu salur esophagus yang longgar yang mengalakan peruapan asid menyebabkan anda kerap pedih diulu hati.


Usus yang tidak aktif menyebabkan isi perut sukar dirembes dengan efektif dan anda akan kerap mengalami sembelit. Untuk mengurangkan pedih perut, cuba makan dengan kuantiti sedikit tetapi lebih kerap. Elakkan makanan pedas, berkari dan air bergas. Untuk mengurang sembelit, pastikan pengambilan air yang cukup dan makan lebih fiber seperti sayuran dan buahan. Sekiranya ia semakin teruk, jumpa doktor untuk preskripsi ubat selamat semasa hamil.


Hmmmm baru la aku tau, time2 ni mmg akan terjadi ke perkara ni. Ingatkan aku kurang makan buah2an ke. So maknanya yg ni lumrah la kot. Tp aku sayur kurang nak makan kalo buah tu blh aje, mmg laju2 akan aku makan.


Buasir


Buasir adalah sebahagian dari vena varikos, satu keadaan dimana salur darah vena membengkak di sekitar lubang dubur atau anus. Ia juga akibat dari perut yang semakin membesar dan berat berlebihan pada pelvis anda. Ia sebenarnya sangat kerap terjadi dan dan anda janganlah cemas kerana anda bukan kesorangan. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, cuba rendam punggung anda dalam besen berisi air suam 10-20 minit. Jumpa doktor kalau bengkak menjadi lebih sakit atau berdarah semasa membuang air besar.


Oppsss...setakat ni blm ada lg tanda2 ni, oh tak mau la.


Sukar bernafas.


Semasa rahim membesar, ia mengembang ke abdomen atas dan menghimpit toraks anda menyebabkan paru-paru sukar mengembang. Ini memberikan tekanan pada paru paru menyebabkan pernafasan menjadi sukar. Baring pada posisi yang selesa dan kalau perlu tinggikan bantal anda semasa tidur supaya kedudukan kepala dan badan atas lebih tinggi.


Bila time baring2 nak tido mula la kan, nak selesakan badan lg ngan tekanan nafas lg. Huh kekadang rasa cam nak tido duduk je kot. Tp nanti dlm pantang terpaksa jugak tido duduk depan MIL. :p
Vena Varikos.


Volum darah anda akan meningkat dengan banyak semasa hamil untuk memberikan sokongan pada bayi yang membesar. Aliran darah yang berlebihan menyebabkan urat darah biru timbul pada paha dan betis. Urat urat besar juga mungkin timbul pada persekitaran paha dan sekitar faraj dan ini boleh merisaukan anda. Memang sukar untuk mengubati masalah ini tetapi untuk mengurangkan ia menjadi semakin bengkak, elakkan dari berdiri atau duduk berterusan dan cubalah buat senaman kaki. Selalunya Vena varikos akan hilang sendiri selepas beberapa bulan bersalin.


Tak de lagi buat masa ni.


Bengkak dimana mana.


Mungkin anda sudah tidak lagi memakai cincin kahwin anda kerana ia ketat, anda juga mungkin perasan yang pergelangan kaki menjadi bengkak dan muka menjadi sedikit bulat. Ini adalah disebabkan oleh bendalir tubuh yang berlebihan berpunca dari fisiologi kehamilan. Untuk kurangkannya, elakkan dari berdiri terlalu lama dan tinggikan kaki anda semasa tidur. Sekirnya anda mendapati berat badan naik mendadak atau pembengkakan nampak keterlaluan, eloklah jumpa doktor dengan segera. Ia mungkin tanda darah tinggi semasa hamil. (Pre-eclampsia )


Bengkak tu tak de la ketara sgt tp kejang tu kerap jugak la menyerang. Huh ke tiap2 malam blh kene, sakit jgn cite la kan rasa cam kaki ni nak kene potong kot. Sib baik dear ada blh la urut2 kan kaki bila kejang menyerang.


Pertambahan berat badan.


Pertambahan berat yang normal ialah 200-500 g seminggu pada trimester ke 3. Pada masa hampir bersalin, anda sepatutnya sudah bertambah 10-15 kg dari berat sebelum hamil. Pertambahan berat ini disebabkan oleh berat bayi, uri, buah dada dan peningkatan bendalir badan dan pertambahan volum darah. Bergantung kepada saiz badan anda sebelumnya, doktor mungkin akan menasihati anda menambah berat badan sekiranya anda terlalu kurus begitulah sebaliknya. Sekiranya penigkatan berat badan anda tidak sebagaimana yang dijangka, anda mungkin akan dirujuk untuk ujian US bagi mengetahui berat badan bayi anda.


Skrg dah naik 10kg, sama la time mengandungkan Zikri.


Tanda Tanda Serius


Sekirnya anda mengalami tanda tanda serius seperti dibawah, jangan tunggu sehingga temujanji doktor seterusnya. Jumpa doktor secepat mungkin.


Sakit perut berpanjangan


1. Muntah dan loya berterusan


2. Pendarahan faraj


3. Sakit atau pening kepala berpanjangan


4. Sakit semasa kencing


5. Berat badan naik keterlaluan atau terlalu bengkak

Setakat ni blm ada lagi tanda2 yg merbahaya ni. Harap2 sgt mengandung kali ni pun selamat macam melahirkan Zikri kedunia ni.

No comments: