Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, July 31

Tertekan

Assalam...

Bila hati sudah tidak suka, ini lah jadinya....



Di sini aku tidak menjadi batu api maupun apa-apa batu. Hehe... Kesian tengok masalah orang kan, aku dah pergi awal-awal tapi mereka-mereka ini tertinggal di sana dengan 1001 masalah yang dikandung.

Syu - dengan masalah nak anak sebab hampir setahun sah dia bernikah. Tapi ini aku tak salahkan dia, kerja di sana memang ada kalanya stress melampau sebab terlalu ramai bos yang berkuasa.

Syazarul - Memang dari dulu lagi berniat nak berhenti tapi di tahan-tahan sebab dia ni fresh graduate. Nak ambil pengalaman yang banyak kemudian baru nak cari kerja lain. 

Pendek kata kerja di mana2 pun selalu tertekan kan....hehe....harap-harap aku mampu mengatasi tekanan bermula dari sekarang. Penat la asyik tukar-tukar kerja ni. :p

Monday, July 30

Kopiah

Assalam...
Cantik kan paten kat atas ni, teringin nak buatkan untuk anak-anak aku. Tapi sampai sekarang belum ada kesempatan masa nak keluar beli benang. Hehe..alasan!

Tapi memang pun, nak keluar masa puasa ni malas yang amat. Jadi mungkin tinggal impian saja rasanya. Tengoklah nanti kalau jadi aku bagitau la. Lagi pun dah lama tak mengait, keras kejung rasanya tangan ni.


 

Nestle 100 Tahun


Assalam...



Minggu lepas masuk lagi 1 peraduan online nestle. Hehe...saja mencuba sekarang ni. Cara nak masuk mudah saja.


Sama ada mahu menulis, menghantar gambar, video atau pun tweet saja. Aku pilih menulis dengan ayat yang ringkas dan mudah di fahami.


 Isikan butiran peridbadi untuk masuk peraduan ini.

Kemudian karanglah ayat yang anda mahu ceritakan. Setakat ini aku ingat kisah-kisah sejak berkahwin saja, kisah-kisah semasa kecil agak tidak menarik nak di kongsikan. Lagi 1 aku tak pandai nak olah ayat jadi lebih menarik sebab terasa macam cerita tu biasa-biasa saja. Bleh ke?


Ok, Ini kisah aku. Hehe....harap-harap mampu menang lah. Tak dapat hadiah besar, dapat hadiah kecil pun aku terima.

Nak join sama? jom pergi sini Nestle 100 Years
Selamat mencuba!

Makanan Basi

Assalam...

Minggu lepas ada singgah 2 kali ke pasar ramadhan. Niat di hati nak makan nasi dagang. Selalu kalau pergi pasar malam tempat yang sama memang aku suka beli nasi dagang. Hehe...tengah kemaruk makan nasi dagang pula.

Aku beli pukul 6 petang selepas balik kerja. Buka puasa pukul 7.30...kawasan shah alam dan Kuala Lumpur aku makan nasi berkongsi dengan dear sebungkus sebab aku tau mesti tak boleh abeskan makan sebungkus seorang.

Pukul 10.30 malam rasa nak makan tapi tak kan nak makan nasi kot, tengok-tengok lauk gulainya dah berbuih. Ya Allah! kalau makan maunya sakit perut. Kenapa begini? mereka masak sejak awal pagi tapi kenapa sudah basi.

Terfikir juga nak tanya orang yang jual nasi dagang tu tapi entah rasa tak terluah pula. Yang pasti aku tak akan beli lagi selepas ini. Mungkin tak terigin lagi rasanya nak singgah ke pasar ramadhan di sebabkan kes ini. Betul-betul membuka mata, orang membeli makanan untuk di makan dan selalu menganggap makanan itu bersih. Tapi bila begini jadinya? salah siapa? takkan salah aku kot? baru berapa jam saja lauk tu ada kat rumah. Lain la kalau masa sahur dah basi, itu memang aku tak kesal.

Tengok muka orang tu pun tak sanggup dah.

 

Friday, July 27

Tips Jimatkan Minyak Kereta

Assalam...

Sejak kerja makin dekat dengan rumah lagi terasa nak berjimat cermat. Konon! hehe...tapi ini impian juga tau. Dulu seminggu ulang alik RM60 termasuk kalau keluar jalan-jalan hari Ahad. Maklum saja kereta lama jadi penggunaan minyak pun lebih banyak berbanding kereta baru. Itu pasal perlu berjimat.

Beberapa hari lepas aku bercerita tentang kad minyak kad-mesra  sekarang nak berkongsi tentang penjimatan minyak pula. Dear pun sekarang pergi kerja naik motor je jimat, seminggu kalau tak silap RM5.00 pun dah cukup. Jadi kalau boleh aku nak jimatkan minyak aku sekarang kepada RM30.00 seminggu. Termasuk keluar jalan-jalan hari Ahad. Boleh ke ek?

Ada 4 laman blog yang aku jumpa.
1. ayuh berjimat blogspot
2. tips penjagaan keretablogspot
3. azril nazli blogspot
4. ciktom com

Antara 4 yang ada aku paling suka blog cik tom dan blog tips penjagaan kereta.

Ini dari tips penjagaan kereta, ada juga tips yang main-main aku baca tapi aku kongsikan juga. Maklum saja golongan perempuan ni bukan ambil tahu sangat tentang kereta.

1. Servis kereta ikut jadual – kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum

2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)

3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK)

4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan…

5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem

6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau

7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race-kejar.. jgn tak kejar (Syukur, tempat baru ni tak payah nak pecut sampai 90, setakat 60 pun dah ok)

8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu) (Tak jem bila pergi cuma bila balik jem tapi tak ada la teruk sangat)

9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin

10. Berkongsi kereta (Tak ada geng yang nak tumpangkan)
11. Naik motor (4 lejang) (Tak pandai bawa motor)

12. Naik Basikal (Penat la kalau dekat tak apa)

13. Naik pengangkutan awam (Tak ada bas lalu di laluan yang aku tuju)

14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)

15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus – ringan maa… macam kereta klasik)

16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog <--- sapa tahu meter analog ni apa ek?

17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa – 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak (Aduh...tak pernah di buat la plak, kalau time puasa atau pergi isi minyak sorang-sorang cam ne?)

19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah

20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric) (Tak mampu nak beli lagi :P)

21. Guna engin Electric (pakai bateri)

22. Gunakan tenaga solar

23. Kurangkan penggunaan air-con, (Memang tak guna air con tak kira pergi atau balik kecuali ketika hujan saja)
24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )

25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar be

26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)

27. Loweredkan kereta anda

28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus

29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise

30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.

31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.

32. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak

33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio – power kereta dah fix, bila berat bertambah -nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu….

34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah ‘panas’ mula la jadi samseng jalan raya

35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking – gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk [ fcp://@fc.ramunia. com,%2318476420/ MailBox/_ blank/home. howstuffworks. com/smart- window.htm

]http://home. howstuffworks. com/smart- window.htm

36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat

37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compress or.com) atau Air Injector (www.air-injector. com)

38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.

39. Perbanyakkan stesen Petronas
40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)

Yang aku kalerkan pink tu kan dah kategori mengarut! :)

Untuk blog cik tom tu korang pergi la jenguk sendiri, bila baca tips yang 40 pun macam ni tips yang 30 entah macam mana pula. Tapi mana yang baik boleh lah diamalkan.
  


Thursday, July 26

Kisah Amar Setelah 2 Tahun 4 Bulan

Assalam...

Lama tak berceloteh kisah Amar. Sekarang sudah banyak cakap, cumaa sebutan tu belum sempurna. Pening juga kami suami isteri nak faham tapi biasanya apa yang dear faham aku tak faham tapi bila apa yang aku faham dear pula tak faham. Adoi...susah juga kan.

Paling suka bila dia bahasa dirinya abang. Kami memang ajar bahasakan diri dia abang sebab nak bagi Ashraf panggil Amar tu abang. Tapi Amar buat pada semua orang termasuk sepupu dia yang ada di rumah nenek. Tapi tak apalah sebab di sini kalau sesama sepupu memang perlu panggil ikut pangkat atau pun ikut ayah siapa lahir dulu. Ish.... sib baik tempat aku tak cam ni.

Pernah sekali aku terjaga kul 6 pagi, Amar terjaga juga mungkin sebab alarm yang aku pasang kot. Bila dia golek-golek aku buat-buat tidur tapi mungkin sebab dia lapar jadi dia kacau ayahnya. (kami ajar Amar tak hisap susu tengah malam) Aku nampak Amar tepuk-tepuk tangan ayahnya sambil panggil "ayah, ayah" hehe...comel! Kesian punya pasal aku bangun buatkan susu untuk dia.

Kalau bab makan Amar lah juara. Tambah-tambah lagi bulan puasa ni, balik rumah je nampak makanan terus minta. Nampak aku pegang yang lain pun dia minta juga. Aduh....kalau masa berbuka memang tak menang tangan nak layan.

Suka sangat main air, ajak mandi tak nak tapi bila dah masuk susah nak keluar. Lagi satu hal nak layan suka gosok gigi sendiri, kumur-kumur lepas tu buang dalam tong air. Geram tau saja nak bagi orang marah. Pernah sekali Amar cuba-cuba nak cebuk sendiri tapi maklum saja lah budak-budakkan boleh pula guna tangan kanan. Adoi....bila tegur dia ingat aku marah plak, sentap kat situ. Ish...anak oh anak.

Kegemaran dia adalah peti ais, suka buka tutup dan tengok kalau-kalau ada air kegemaran dia atau gula-gula. Aku sentiasa masukkan dalam 1 bekas dan simpan tapi mungkin dia tak perasan la tu. Hehe tapi kalau air Vitegen ke, solivate ke apa ke memang dia suka. Pernah sekali tu dia minum sorang sampai 3 botol cuma botol ke 3 tu tak habis la. Wow!

Ok, hampir pukul 6 petang jap lagi nak singgah pasar ramadhan nak cari makanan dan nak pergi ambil anak-anak. Hehe...mungkin kami berbuka bertiga kot malam nanti, dear kerja tempat baru hari ni.

 

Wednesday, July 25

Keputihan dan Jamu

Assalam...

Agak tertanya-tanya pula, sebenarnya kita golongan wanita/perempuan memang ada masalah keputihan. Setakat ini penyelesaian yang aku dapat agak membantu.

Tapi sejak akhir-akhir ni adik ipar aku buat bisnes online jual jamu yang sesuai di makan sama ada anak dara atau pun yang sudah berkahwin. Serius sebenarnya aku belum pernah cuba sebab aku makan jamu jenama lain. Jadi jamu yang berlainan jenama tidak digalakkan untuk di makan bersama serentak. Nanti tak pasal-pasal jadi masalah lain pula.

Ini link entry aku pada awal tahun 2011 ketika mengandungkan Ashraf. masalah-keputihan-ketika-hamil



Entry ini sebenarnya paling banyak mendapat review dari pengguna. Tapi setakat ini belum ada yang meninggalkan jejak mungkin sekadar menjadi bahan rujukan sahaja. Syukur kerana dapat membantu orang lain memudahkan pencarian mereka. 

 

Sentiasa Bersyukur

Assalam...

Syukur pada Allah, dalam keberkatan berpuasa aku meraikan ulang tahun pernikahan kali ke 6. Alhamdulillah.

Lagi satu, bersyukur juga sebab kekal sebulan aku kerja sekarang. Hmmm...rasa macam pantas kan, 3 tahun lepas aku kerja di sana selepas raya puasa dapat surat confirm tapi di sini masih tidak pasti. Ada 2 bulan lagi penantian yang menjerihkan sebenarnya. Hehe...penat tunggu nak confirm ni takut-takut nanti mereka tak nak pula kan susah.
 

Kad Mesra

Assalam...

Malam tadi sempat menonton Buletin Utama, ada keluar kisah kad minyak yang di palsukan. Erk...mula-mula tertanya juga apasal ada orang buat kad palsu? itu kan cuma kad keahlian sahaja.
Rupanya memang ada gunanya, lebih dari sekadar kad keahlian sahaja semata-mata. Point yang dikumpul boleh ditukarkan kepada barangan petronas sama da dari kedai mesra ataupun pembelian minyak petrol atau diesel.

Ok, ini entry jakun sangat sebab sejak minggu lepas aku dapat sms dari petronas bagitau point aku bakal tamat tempohnya hujung bulan julai ni. Ingatkan susah sangat kalau nak tukar point tapi rupanya senang je. Ok, maknanya selepas ini sentiasa berjaga-jaga kalau mendapat resit sila simpan. Kalau tidak rugi sebab point yang kita dapat tapi orang lain pula yang gunakan.

(P/s: jimat duit aku untuk sebab budget minyak kereta 2 minggu ni boleh guna dengan point mesra petronas. Hehe...)
 

Tuesday, July 24

Membeli Buku Secara Online!

Assalam...

Sangat jeles dengan ibu bapa sekarang ni, bukan apa mampu beli buku secara online. Masa aku jadi pelajar dulu langsung tak ada pun mana-mana kedai buku jual secara online. Lagi pun masa tu IT masih belum berkembang pesat seperti sekarang. Memudahkan ibu bapa membeli keperluan anak-anak tanpa perlu keluar dari rumah.

Contohnya MPH Online menyediakan jualan dalam talian. Sambil membeli boleh berjimat sebab mereka ada promosi jika pembelian melebihi RM 80.00 akan mendapat penghantaran percuma.

Kemudahan pembayan melalui perbankan secara dalam talian juga.

Pelbagai pilihan buku tidak kira untuk sekolah rendah maupun sekolah menengah. Untuk rujukan pelajar di IPT pun boleh juga. Sempat juga intai-intai novel tapi sekarang agak tidak ada masa untuk membaca sebab aku bila baca novel lambat sikit. (Menghayati konon!)


Bahan bacaan untuk kanak-kanak pun ada. Wah...nanti boleh lah aku beli buku untuk Amar dan Ashraf tanpa perlu keluar rumah. Hehe....jimat masa.

Jangan ingat buku sahaja tau, tapi mainan pun ada juga.

Kesimpulannya, membeli secara dalam talian menjimatkan masa dan dapat memilih buku atau barangan dengan mudah. Kalau ke kedai buku kadang-kala apa yang di kehendaki mungkin tiada dalam stok. Buat penat je pergi kedai kan...:P

(Rajin-rajin klik iklan di atas kalau senang) :)

Monday, July 23

Sudah 6 Tahun!

Assalam...

Syukur, hari ini sambut ulang tahun ke 6. Semoga Allah memberkati hubungan kami, memberikan kami kebahagiaan berpanjangan dan memurahkan rezeki kami. Hehe...

Bulan puasa ni nak celebrate cam ne ek? tak ada pengalaman pula bab-bab sambut majlis dalam bulan puasa ni. Hmmmm tunggu dan lihat saja lah malam nanti.

 

Saturday, July 21

Masak Kek Di Office

Assalam..

Kisah isnin lepas, kami di office masak-masak kek sponge. Mujur menjadi, tujuan utama untuk test power barangan baru yang ada dipasaran sekarang. Jadi hasilnya memberangsangkan. Sedap kek yang kami buat.
Bahan dan cara pembuatan yang mudah.


Nak resepi ke?hehehe

Inilah barang yang kami uji hari tu, syukur dia berfungsi dengan baik dan sempurna.

Kek span mudah.
Bahan-bahan
4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung kek
2 sudu teh baking power
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
- Pukul 4 biji telur putih dan setengah cawan gula hingga bertanduk (terbalikkan mangkuk telur tak jatuh)
- Tuang telur dan pukul 4 biji kuning telur dan setengah cawan gula hingga telur berwarna keputihan.
- Campurkan telur putih dan gaulkan rata, masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak.
- Masukkan esen vanilla dan gaulkan rata.
- Tuangkan ke dalam acuan kek dan dibakar dengan suhu 150' selama 20 - 25 minit.
- Selepas siap di bakar tunggu 5 minit atau sejukkan kek sebentar supaya kek tidak jatuh (maksudnya masa masak kek tu gebu naik tapi kalau keluarkan dia akan jatuh dan tak nampak gebu lagi la.)

Ok ini kalau nak cuba la, kalau tak nak cuba pun terpulang. Hehe...menu mudah yang boleh di sediakan untuk raya nanti

Friday, July 20

Salam Ramadhan 2012

Assalam...


Yes! puasa datang lagi, tahun ini dengan 2 orang anak sama macam tahun lepas. Hehe...yang penting belum ada isi tambahan lagi ok. (penat nak jawab bila orang usik-usik).

Syukur puasa tahun ini menjadi puasa tahun ke 6 aku dan suami. Kami bakal sambut ulangtahun pernikahan ke 6 Isnin depan. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia pernikahan kami dan di kurniakan kami 2 orang putera yang nakal. hahahhaa...Niat tahun ini nak berpuasa penuh, Insyaallah!

Selamat menunaikan ibadat puasa dan berpada-pada lah membeli makanan di bazar ramadhan ek, jangan membazir itu amalan syaitan.

Solat

Assalam...

Sekarang Amar rajin mengikut apa yang pernah aku tunjukkan dan lakukan. Secara tak sengaja keletah dia mencuit hati aku ok. Teruja juga bila anak sekecil dia tunjuk minat untuk solat. Moga-moga akan datang menjadi anak yang soleh. Amin!


Dibentangkan tuala dia di lantai, mulanya geram sebab nanti tuala tu kotor la tapi bila tengok aksi sujudnya aku diamkan saja. Mesti sebab selalu intai nenek masa solat, yang dia tahu ikut cuma sujud je yang lain belum tau lagi sebab belum pernah nampak dia buat.

Nanti mama belikan sejadah comel untuk Amar bila dah besar. Rajin-rajin solat dan jadi insan berguna untuk membimbing adik tau. :)

Dorayaki

Assalam...

Apa ini?

Hodoh sungguh pula dorayaki aku ni tapi tak apa ini kali pertama mencuba. Resepi dorayaki aku ambil semestinya dari myresepi. Hehehe...mudah kan, tiba-tiba rasa nak makan pula padahal bukan rajin beli pun kalau jumpa. Sekali sekala makan pelik-pelik sikit. eh...pelik ke? :p

Dorayaki inti kacang merah, kalau tak silap kalau beli di Jusco Bukit Tinggi sekeping 1.80. Kalau di kedai bakeri Lavender lagilah mahal. Buat lebih puas hati! Mudah saja nak buat sebab sekarang memang aku rajin mencuba masakan yang baru dan mudah untuk di sediakan. :))

Main Di Taman

Assalam...

Esok mula puasa, duduk rumah diam-diam jawabnya. Ini cerita hujung minggu lalu, minggu ni tak tau lagi mungkin buka puasa ramai-ramai di rumah MIL agaknya.



Suka Ashraf dapat lepas bebas begini, ini masa dia nak meneroka dunia.

Perempuan tu anak mak lang, kami ingat nak bawa anak buah yang sebaya Amar tapi dia dah keluar dengan maknya jadi kami ajak Wawa join sama.


Lengang dan tak ada orang lain, kami datang pukul 4.30. Balik pula sejam kemudian.







Suka dapat stereng, bila dalam kereta kan dia suka main stereng sebab tu sekarang aku bagi dia main stereng puas-puas. :)







Amar paling suka pergi playground ni sebab boleh panjat-panjat dan juga main gelungsur. Sejam pun tak cukup.



Insyaallah, ada masa lagi nanti kami bawa mereka keluar. Tak mampu nak bawa jalan jauh selalu setakat jalan-jalan di taman saja lah ye anak-anakku. :p