Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, July 20

Urut

Assalam...

Beberapa minggu lepas aku bawa anak-anak pergi rumah mertua dan kebetulan pula masa tu Ashraf tak sihat jadi aku minta mak lang (kakak ipar yang jaga Ashraf) tolong urutkan.

Mesti ada yang terkejut juga kan, kenapa budak-budak di urut? hehehe....kata MIL mereka ni kan tengah lasak jadi kan elok kalau di urut. Tapi bukannya tekan kuat sangat, setakat gosok pada tempat yang sesuai dan sepatutnya je la. Ish...itu pun dah meraung-raung inikan kalau di gosok dengan kuat.

Ashraf keletihan selepas di urut dengan mak lang, sekarang giliran Amar pula. Mujur Amar ok saja bila minta baring, sedap agaknya bila diurut sebab diam je tak ada nangis langsung. Lepas siap urut boleh ketawa-ketawa lagi.


Kalau di bandingkan masa umur setahun dulu memang dia tak diam, kata mak lang mesti lah sebab masa tu memang sakit jadi bila diurut tempat yang sakit memanglah meraung-raung. :p

Bestnya kene urut, terasa pulak nak minta diri ini di urut...sesiapa? :)

No comments: