Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, July 3

Kerja Lagi...

assalam...

Sudah masuk minggu ke 2 sku disini...yahoo...masih mampu bertahan lagi. Bertahan ok, mana tidaknya senang je kerja nak dibuat. Setiap pagi printkan laporan jualan untuk semalam dan bagi pada bos yang ada dan simpan dalam fail. Lepas tu dalam pukul 10 ke 11 pagi boleh la baca atau selak-selak surat khabar sambil mencari iklan dari syarikat pesaing. Ini kerja yang perlu buat setiap hari. Mudah dan seronok kan!

Hahaha....kerja lain ada juga tapi jarang-jarang sangat la nak buat, buat bila ada order masuk kalau tak ada order masuk jadinya goyang kaki juga la jawabnya. Anak-anak sekarang masih macam dulu, kalau aku bangun 6.30 pagi tu derang pun sibuk nak bangun awal juga. Ashraf lagi la, pukul 6.30 pagi tu la dia nak hisap susu. Bila cari aku tak ada dia bangun terus keluar bilik tidak pun kalau dia jumpa mainan dia pergi main dulu bila nampak ada orang lain keluar atau masuk bilik baru lah dia ikut. Mujur tidur malam mereka awal, Amar memang terbiasa tidur awal sebab siang hari tidur cuma sekali sehari. Itu pun 2 jam je dan kadang-kala mungkin kurang. Petang jarang sangat nak tidur lebih suka main dan makan dari tidur.

Dear cuti panjang....huhu cemburu tapi nak buat macam mana dear perlukan masa untuk bersendirian dari gangguan dan perlukan masa untuk berehat panjang setelah kerja berhempas pulas. Aku pula baru mula kerja, tak sanggup lagi nak ambil cuti. Paling tak seronok gaji di sini dapat 7hb pada setiap bulan. Aduh...terbiasa dengan company lama dapat 3 hari sebelum hujung bulan. Best kan, bonus ada masa tahun baru cina nanti. Belum cukup setahun takkan bos nak bagi bonus besar kot. Erk...pengsan bos kalau macam tu.

No comments: