Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, July 6

Kenduri Doa Selamat Semperna Ramadhan Akan Datang

Assalam...

Hampir masuk ke bulan ramadan lagi kita. Ish.... semalam MIL buat kenduri bagi jemaah surau makan-makan dan juga pada jiran-jiran sebelah rumah.

MIL tempah nasi lemak yang disyorkan oleh kakak ipar aku. Nasi lemak RM 1 sebungkus tapi kecil. erk...sabar je la kan. Dah la setiap kali aku balik kerja aku nak mengunyah je. Paling tidak nak kunyah keropok ikan ke kira ok la kan. Beberapa hari lepas dek kerana kelaparan aku buat roti telur terus lagi pun itu anak-anak boleh makan. Kalau nasi mereka lebih suka main.

Berbalik pada kisah kenduri yang MIL anjurkan, kerja kami mudah tinggal bungkuskan nasi lemak, air kotak dan roti. Nyum nyum...Tapi ini yang buat MIL dan 2 orang kakak ipar dan juga adik ipar aku yang tinggal sekali dengan MIL. Masa aku sampai rumah MIL tengok mereka dah siap jadi aku tolong makankan nasi lemak yang dah sedia menanti. Tambah-tambah lagi bila MIL sibuk suruh makan dan dear pun nak makan sama sebab nanti nak pergi jemaah di masjid sekali.

Kami yang perempuan di rumah membacakan surah Yassin beramai-ramai selepas maghrib. MIL join tapi entah siapa pula call sejak dari awal kami baca Al-fatihah sampailah ke doa penutup. Belum sudah-sudah boraknya. Ini ada kisah lain pula, tapi tak pasti nak di dedahkan ke tidak. Oh ye, ketua bacaan kami ialah abang ipar aku. Dia balik kerja lewat jadi tertinggal rombongan untuk ke surau. Tapi masa bacaan ini sangat mencabar, walaupun tak lama tapi dek kerana ramai sangat kanak-kanak terseksa aku rasa sekejap.

Nak tidur di rumah MIL tapi hari ini kerja jadi nanti-nantilah lagi pun rumah kami dekat saja. Tiap-tiap hari kami datang rumah MIL. Dear rajin ke sana bawa anak-anak sambil tu dear boleh tidur dengan lena. :p

Ini aktiviti setiap tahun, aku tak pasti ini tradisi orang jawa atau memang cara orang di tempat dear. Nak tanya banyak-banyak tak kuasa. Baik join sahaja kalau itu perkara yang membawa kepada kebaikan.

No comments: