Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, February 13

Kusut

Ape la punye tajuk entry kali ni, bukan ape aku skrg memang tgah kusut nak pikir cam ne. Kalo bleh pas masalah ni kat orang lain dah lame aku paskan je. Biar aku tenang & happy macam hari2 biasa. This morning aku decide nak g kuar amik angin, jalan2 la kemana2 pun.

Aku g jalan2 kat Jusco bukit tinggi, bayangkan aku datang pagi jumaat. Parking lot byak la yg masih kosong, kalo ada isi pun kat area pintu masuk je. Aku parking, turun bawah tgok punya la lengang gile la kat sini. Cube kalo time hari minggu ke mesti berasak2 la. Tu pasal aku g pagi hari ni.

G cari atm nak bank in duit sket pas tu aku g la jalan2. Kebanyak kan kedai tengah siap2 nak mula berniaga la katakan. Aku penah gak ada pengalaman datang jusco awal2 ni tp aku lepak je la kat luar dulu. Segan nak masuk coz kedai blum buka lg da masa tu.

Hasilnya dapat la kemeja t untuk aku ngan dear, kaler "lime green". Aku amik kat tmpat yg same je la, asalkan dapat untuk aku lengan panjang & saiz besar. Trus bayar then pusing2 kat market lak aku amik la 2 brang je, nampak sushi tingin lak nak makan. Amik la satu yg bese2 je la, janji leh lepaskan gian kan.

Bayar parking pas tu blek la. Kalo ikutkan cam boring je kan, tp ntah la aku selesa kalo cam ni. Aku leh jalan2 sorang2 pas tu ape aku nak aku beli je. Aku tak yah cakap byak ngan orang coz aku kalo tgah kusut ni kadang2 ayat yg kuar mau skit hati.

Sebenarnyer bukan hari ni aku kusut tp sejak semalam lagi. Sebabnyer? huh tak yah bgtau la kan. Malam td sempat gak la layan ngaji, baca surah yassin bleh la kurangkan kusut aku ni. So untuk hari ni aku g kuar nak release tension yg tgah bersarang kat kepala aku.
:)

No comments: