Hari ni cuti umum so aku tanye dear kot nak kuar g jalan2 ke mane ke.
Tp dear kate baik dok umah je la kan, kalo kuar g ipoh mesti jam coz dulu penah sangkut jam teruk la kat jusco ipoh tu.
Kebetulan dear ajak aku g cari lauk kat pasar, tp mak bgtau nak makan rojak parit.
Aku pandang dear, dear pun suh aku pg siap la pakai tudung sume.
Sampai parit nak parking pun payah gak coz parking area jd tmpat diorg berniaga.
Lama betul rasenyer aku tak sampai pekan isnin kat parit ni.
Orng pun bleh tahan gak la ramainyer, tu pasal nak cari parking pun berpusing2 la 2 3 kali kan.
Dapat parking trus g beli rojak 3 bungkus, pas tu pg cari lauk sket untuk tgahri.
Jumpa ikan tilapia hitam tp kalo bleh nak tilapia merah.
ala bleh la asalkan ada dah la, lgpun aku pg dah lambt cam ne nak dpt ape yg aku nak.
Beli la 5 ekor RM 6.00 je.Besar2 gak tu.
Kalo kat klang ntah brape la harga ikan ni agaknyer.
Tgahri tu mak masakkan ikan tilapia bakar, wat sambal belacan, kerabu umbut dan ikan goreng untuk kak yang.
Habis gak la rojak 3 bungkus tu ingatkan kot beli byak sgt.
Petang lak mak masakkan kek pisang untuk aku bawa blek.huhuhuh..
Sebelum aku blek klang aku amik la ape yg patut untuk aku gunakan kat umah nanti.
Dear cam bese tgok je aku amik barang2 tu sume.
Slalu nyer aku akan amik daun kunyit, serai ngan buah limau nipis.
Kalo kat klang aku ada gak tanam tp tak brape menjadi coz tanah campur ngan pasir/batu.
Lepas maghrib aku ngan dear siap2 nak blek la.
Cian danial, dah tak de la orang nak layan die nanti.
hmmmmm makan dulu sebelum balek.
Mak sempat masak gulai fucuk ngan suhun.
Ape je yg mak masak sume sedap la kan.
Hampir kul 8.30pm aku ngan dear baru kuar umah, sempat la nak mengajak mak ngan bapa aku dtg klang hujung bulan ni sebab Eja nyer kenduri kawen kan.
Insyaallah yang akan datang nak bawa family jalan2 kat klang, lgpun member lame kak yang masih ramai kat sini kan.
Tu je la kisah aku blek kg, tak byak aktivit tp lebih byak masa untuk aku ngan mak meluangkan masa bersama.
Aku bleh tukar2 cita ngan mak dan mendengar nasihat mak ngan bapa.
Mungkin ni sebab aku jarang2 blek kg kan.
Sampai klang kul 11.00pm, aku rase lapo.
Ajak dear singgah mapley klang nak makan roti tisu je la.
Dear makan roti canai banjir, sambil tu sempat la dear nak check email ngan nak bayo 1 2 bil yg tertunggak.
Agak ramai jugak la orang kat sana malam tu.
Maybe sebab hari tu cuti umum.
Roti canai banjir, air teh ais & roti tisu.
Dear tgh online aku layan roti tisu.
No comments:
Post a Comment