Dah selesai dah majlis kenduri yang amat memenatkan aku & semua yg terlibat untuk aktiviti masak-memasak.
Start dari pg bgun awal nak kene beli brang2 untuk kenduri.
Ikan keli, ayam, sayur, buah-buahan & barang-barang kering untuk memasak.
Mujur la sehari sebelum tu kak ton yang masak-masak untuk bawa kesurau.
Kalo tak, sure aku ngan Dear terbongkang letih gile.
Lauk ada la 3 4 jenis, ada sambal udang, ikan keli masak lemak kencur, sayur lodeh, ayam masak merah, ada ulam timun, buah tembikai & kuih muih sket.
Semua tu hasil air tangan kak ton ngan kak mas.
Tu la 2 orang tukang masak kalo kat umah MIL ni.
Aku? hmmm sempat tolong masak untuk makan tengahari je. Lauk sup ayam & sambal pedal ngan hati, tu je la yg aku masak untuk makan tgahri.
Dear tolong masak sayur lodeh.
Rumah MIL terang gile lak aku tgok, bukan ape tema kaler yg Eja pilih kaler kuning.
Mak oiiiii terangnyer!!!
Haha kalo mase Ayang kawen tema kaler ijau pucuk pisang tu ok gak la, lembut sket ni kaler kuning, terang gitu.
Aku ngan dear sempat la nak tolong susunkan meja untuk jemputan, tema kuning gak untuk khemah ni.
Dear tgh susun meja sambil sempat curi tulang baca paper.
Malam tu aku ngan dear pakai baju kaler kuning jugak la, baru la kene ngan majlis.haha
Aku baju kurung kaler kuning ngan hijau sket la, ok la tu kan.
Dear ngan tema kuning.
Majlis akad nikah bermula lepas solat isyak, tapi macam bese la tok kadi kat area ni memang amik mase yg lame la.
Rasenyer nak terangkan apa kot pasal nikah kawen ni.
Aku tak tau nak cakap ape sebab aku ni dok sibuk kat dapo. Cume nampak dari jauh blum akad ke dah akad.
Sekali lafaz je Eja & Boy sah jadi suami isteri.
Ehmm Tahniah wat Eja & Boy!
Letihnyer aku ngan dear sampaikan aku sambung tido lepas subuh tadi bangun kul 9.00am.
alamak dear nak keje lak tu. haha lambat2 tapi kene masak nasi goreng jugak.
Kalo tak sian tgok dear tak sarapan.
No comments:
Post a Comment