Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, August 9

Aku Merindui Dia

Assalam…

Aduh bila tiba masa untuk meraikan hari raya satu perkara yang pasti aku takkan mampu lupakan sepanjang masa ini. Kehilangan orang yang aku sayang, yang aku selalu permainkan, yang selalu bergurau senda dengan aku, yang selalu memberikan aku kata-kata semangat, yang sentiasa mendoakan kami anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa membantu aku dikala susah maupun senang. Oh tak mampu untuk aku coretkan di sini lagi begitu banyak pengorbanan dan jasa arwah buat kami sekeluarga dan adik beradik maupun dengan jiran-jiran dan saudara mara.

Kehilangan orang tersayang semasa semua orang sedang seronok meraikan hari raya amat-amat menyukarkan aku. Tiada kata mampu aku luahkan. Pernah terfikir nak keluarkan 1 entry khas menceritakan kisah kami sekeluarga kehilangan arwah tapi apakan daya jika menaip pasti ada air mata yang mengalir di pipi. Kala itu akan aku tinggalkan saja post tanpa di publishkan.

2 tahun meraikan hari raya tanpa arwah, kami semakin pasrah dan kuat menghadapi dugaan Allah yang maha kaya. Sudah tiba ajalnya dan masanya untuk meninggalkan kami Cuma kebetulan jatuh pada bulan syawal.

Tak perlu la aku coretkan lagi bagaimana aku kehilangan arwah tapi biarlah aku nyatakan aku amat-amat merindui arwah ketika ini. Mood sentiasa down bila teringatkan arwah, gelak tawanya maupun gurau sendanya itu pasti akan aku rindui.

Kalau nak tau sedikit sebanyak kisah sedih ini dulu sila la baca di sini ok.

Semoga roh bapa aku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!

Monday, August 8

Dia Sudah Sihat!

Assalam...

Masih ingat lagi entry tentang Ashraf diserang demam di sini, oh kala itu hati aku gundah gulana tetapi terpaksa datang berkerja seperti biasa.

Alhamdulillah setelah pelbagai cara kami akhirnya Ashraf sembuh sepenuhnya dari demam. Heh! baru la aku mampu untuk tersenyum lebar di office.

Nenek cadangkan bawa pergi urut dengan orang lain pulak, so aku inform kat dear. Dear call akak yang mengurut aku masa dalam pantang Ashraf hari tu. Kenapa dear pilih akak tu? ehmmm pasal tak ada sapa nak bawa Ashraf keluar rumah, mak lang pandai bawa motor je kesian pulak kalau nak susahkan adik ipar yang ada anak kecil juga. Ringkasnya call aje akak tu dia akan datang selepas ambil anaknya dari sekolah.

2 hari berturut-turut Ashraf kene urut. Pegh dalam hati aku ntah macam mana la bila Ashraf kene urut eh, masa aku bawa last tu pun dah jerit2 sakan inikan hari ni dengan akak Umie tu masih muda lagi. Huh!

Mak lang bagitau hari pertama urut memang jerit kuat sampai ke rumah mak lang boleh dengar. Ish...touching terus aku dengar tapi hasilnya memang berbaloi, kata kak Umie Ashraf salah urat pasal nak pandai menirap. Aduh la anak, sabar je la.

Masa Zikri tu hari tak pula dia demam kan, tu yang risau sangat kecil-kecil lagi demam panas. Zikri demam pun dah masuk 10bulan dalan entry di sini.

Hari ke 2 jerit pun dah kurang pasal tempat yang sakit dah kembali seperti biasa. Ingat nak minta urut sampai 3 hari tapi kak Umie kata tak payah la pasal dah ok dah urat-uratnya tu. Oh senang hati mama dengar.

Sekarang tidurnya memang melasak, asyik tidur tinggalkan bantal dan hampir-hampir nak meninggalkan tilam. Hehe...tapi comel bila masa dia tidur, sweet je aku tgok.

Semoga Ashraf akan sihat hendaknya, harap-harap tidak merisaukan hati mama lagi. :)

Thursday, August 4

Aku Nak Taufu Fa

Assalam...




Rindu dengan 2 hero ni, cepat la sabtu...bole kita main bertiga puas-puas ye anak-anakku.

Puasa ke 3 semalam agak menduga aku juga kerana dear balik kerja lambat dan macam-macam hal la yang terjadi.

Tiba-tiba dalam minggu ni teringin nak makan taufu fa..ish kalau sebelum-sebelum ni asyik buat tak tau je tapi bila nak makan susah pula nak dapat. Sabo je la kan, semalam jalan-jalan tengok di pasar ramadhan kota kemuning. Rasanya last year pernah singgah dan ada ramai yang jual. Kecewa! tak ada satu gerai pun yang jual, dan yang aku perhatikan gerai yang ada makin susut dari tahun-tahun sebelumnya.

Nak tak nak beli apa-apa je la makanan yang patut aku makan, sementelah dear balik lewat pastinya dear akan berbuka di luar. Aku beli murtabak 4 keping, air limau asam boi, ikan bakar dan jagung buat Zikri makan. Hehe sejak jadi mak ni kan pergi mana-mana pun pasti ingat anak kan?

Ambil anak-anak kat rumah MIL, dah sampai dekat parking rumah baru perasan kunci rumah lupa nak minta ngan MIL. Aduh! patah balik nak ambil kunci.

Masuk waktu berbuka kebetulan Ashraf nak tidur so aku tidurkan juga la, lagi pun dia tak nak buai ke apa letak je kat tilam tidur la dia. Mujur juga abangnya tak kacau pasal ralit makan jagung setongkol. Senang sikit hati ni kan, sempat la nak mandi dan siap-siap kan makanan kat meja. Nanti tinggal makan je.

Biasa 3 hari ni aku makan apa yang orang lain bagi dulu sebelum aku makan apa yang aku beli. Heh! ni kes rindu ngan masakan mak tau. Oh kalau lah mak tinggal dekat dah lama aku balik berbuka sama-sama tapi sayang kampung  ku terlalu jauh. Makanan yang aku beli aku akan makan lepas solat maghrib atau pun lepas tidurkan anak-anak, maknanya aku boleh makan dengan aman dan tenang..hahahha

Malam tadi aku berbuka berdua dengan Zikri tapi tau aja la budak ni kan bukannya nak makan sangat, nak main je lebih. Aku malas nak marah-marah aku layankan aja la apa yang dia buat as long apa yang dia buat bukan yang merbahaya. Makan slow-slow kat dapur berdua sambil Zikri tung tang main tutup periuk, mujur Ashraf tak terkejut. Siap makan solat maghrib dan bersihkan Zikri dari sisa makanan yang ada. Faham-faham je la budak-budak makan macam mana kan....

Bagi susu dia tunjuk buai, so buaikan sekejap tapi tidur macam tak berapa nak lena pulak. Pindah masuk bilik baru lena sampai waktu nak bersahur, dia pun sibuk nak join juga.

Dear balik tak de la lewat sangat, kul 9 dah ada kat umah. Dah boleh temankan aku makan-makan untuk 2nd round.

Kesimpulannya kan, seronok juga berbuka dengan anak-anak ni eh..kecuali kalau time buka tu mereka meragam nak itu ini. Tergendala la nak makan dengan seleranya. :p

Wednesday, August 3

Tidak Sahur

Assalam..

Ouh...pg ni tak bangun sahur. Pasal apa?heh malam tadi dah la tidur lewat, konon nak sangat lipat kain dah sebakul besar siap tak muat-muat nak isi lagi sampai ku longgokkan aja di atas lantai. Ish.... teruknya aku ni. kelmarin balik dari bawa Ashraf pergi klinik aku layan tidur sama, padan muka.

Siap susun kemas-kemas baju anak-anak dalam drawer derang berdua, baju aku dan dear pun siap susun kemas dalam almari kami. Ehmm...nak nak pulak malam tadi Ashraf bangun sejam sekali. Tapi kul 5 tak pulak dia bangun minta susu...ish...jangan salahkan anak pula ok. Aku yang tak sedar bunyi jam kul 5 pagi.

Malam tadi sebelum tidur sempat la aku layan makan roti, kuih dan minum air masak nak habis sebotol besar. Dapat makan sebiji kurma 'chocodate' tu pun rasanya tersangat la manis, cam lagi ok kalau makan kurma biasa je kan. :)

Pagi ni try pump kul 10 pagi tadi siap doa-doa sebelum pump mengharapkan masih ada sisa-sisa air susu lagi. Seriau ok, takut juga bila time tak sahur ni susu kurang dah la susu perlu ada sentiasa stok nya. Ni kes tertangguh-tangguh nak beli peti ais baru la ni, bila dah cukup duit dear plak nak servis kereta...uwa....sabo je la kan, harap-harap pas raya boleh la beli peti ais baru.


Alhamdulillah dapat la 4oz lebih pagi ni.

Menanti masa untuk tengahari dan petang nanti. Harap-harap sentiasa banyak begini. :p

*Update*
Tengahari tak dpt nak pump pasal busy ngan kerja yg ada, bila macam ni sentiasa berharap bila la aku blh pump di cubile kerja aku ni eh...ehehhehe tak brani lg la nak buat.



Dapat 3oz je..huaaaa sadis. Tapi tak pe, think +ve ok. Jadinya semua akan berjalan lancar. Insyaallah Allah akan memberikan rezeki yg lbh banyak akan datang. :)

Tuesday, August 2

Bila Si Kecilku Sakit

Assalam…

Selamat berpuasa buat semua umat Islam. Semoga hari ke2 berpuasa ini mendatangkan keberkatan buat kita semua. Insyaallah….

Tahun ini tahun ke 5 berpuasa sebagai isteri dan tahun ke2 berpuasa sebagai seorang mama. Heh 2 tahun lepas berturut-turut mengandung kan dapat juga tahun lepas puasa penuh, harap-harap tahun ni masih ada rezeki. Bukan nak berpuasa penuh tapi penuhkan cik ‘B’ dengan susu ok. :p

Kesian anak mama, Ashraf. Demam panas sejak dari hari jumaat lagi sampai pagi tadi masih belum kebah lagi demamnya. Sorry sayang mama terpaksa juga kerja pasal minggu lepas mama dah balik awal dan hujung bulan nanti mama nak ambil cuti raya. Mujur juga yang menjaga Ashraf kakak ipar atau kami sekeluarga biasa panggil ‘mak lang’.

Jumaat lepas mak lang call bagi tau badan Ashraf panas. Ish rasa nak luruh jantung pun ada (ni baru kes demam belum kes lain lg) aku memang pantang sikit kalau bab-bab anak tak sihat ni. Risau melebihi segalanya.



Pagi sabtu kami bawa Ashraf pergi Klink Shaik di Kota Kemuning. Dr cadangkan bagi dia minum air masak untuk lawaskan perut. Ish…kan air masak tak sesuai untuk Ashraf lagi buat masa ni? Persoalan yang besar datang terjah aku tapi aku elakkan nak berfikir panjang yang penting Ashraf sembuh. Malam minggu suhu mendadak naik selepas aku bedungkan, mulanya aku bedung dek kerana kesian tengok tidurnya yang tak lena tapi begitu pula jadinya. Sorry sayang….

Kami dah siap prepare kalau suhu badan Ashraf tak turun kami nak pergi ke hospital juga. Kali ni memang nekad pasal tak nak tengok Ashraf maupun abangnya atau adik-adiknya nanti sakit. Bila sakit hisap susu pun kurang, ajak main pun tak berapa nak dan paling sadis tak nak senyum langsung! Mama rindu senyuman Ashraf yang comel tu ok…

Ahad suhu badan Ashraf turun dan tak sepanas malam tadi, harapan kami biar lah panasnya makin menurun. Salah kami pasal asyik tangguh nak beli thermometer untuk cek suhu badan. Ish….rasa macam nak lari sekejap pergi beli tapi sabar…

2 pagi ni Ashraf bangun tidur lewat sampaikan abang kacau dan buat bising pun Ashraf boleh lena lagi. Bila mam tukarkan pamper dan pakaikan baju baru la Ashraf terjaga. Sorry sayang mama sempat susukan sayang sekejap je bila sayang bangun lewat. (bila time-time macam ni mula la terpikir kan indah kalau aku tak kerja… touching jap)

Malam tadi kali ke 2 kami bawa ashraf pergi klinik yang sama, Alhamdulillah penerangan Dr kali ni lebih jelas.

Pagi ni bila aku raba-raba rasa suhunya dah mula turun, sepanjang malam Ashraf tidur dilapik dengan sapu tangan lembab di kepala. Demam panas memang buat aku risau sangat-sangat kerana kesannya yang memang selalu mak aku bising-bisingkan.

Harap-harap hari ni suhu badan Ashraf kembali normal seperti sediakala. Time-time macam ni Ashraf susah sangat nak senyum geram sangat jadinya aku nak buat bagi dia senyum. Yang pasti mata mama tetap nampak Ashraf sentiasa comel…. :)