Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, February 27

Rutin Harian Bila Jadi Suri Rumah

Assalam...

Alhamdulillah pejam celik sudah lebih 2 minggu menjadi suri rumah. Memang masa tersangat terhad untuk diri sendiri bahkan nak catatkan sesuatu dalam blog pun akan ambil masa yang panjang. Ye la kalau masa bekerja dulu boleh draft banyak-banyak entry bila masa lapang. Sekarang ni ambil masa juga untuk menaip, muat naik gambar lagi dan nak edit-edit ejaan sebab lappy ada masalah sikit. Sabar je la kan.

Pagi
Seawal pukul 7.00 pagi mesti dah bangun...ini kalau ikutkan dah terlewat sangat tapi bila masa tak solat boleh la. Haha... mesti lah bangun seawal pukul 6.30 atau pun 6.45 pagi. Kalau tidak tak dapat nak siapkan sarapan dear walaupun dear jenis yang tak berapa nak sangat makan sarapan ni. Aku paksa juga dia makan, sebab kerja dia berat...kalau tak ada tenaga macam mana mahu buat kerja. :p

Dear pergi kerja pukul lagi 5 minit pukul 8.00 pagi sebab tempat kerja dekat sangat dengan rumah. Aku pula terus siap-siap mandikan anak-anak, jemur kain, lipat kain atau pun basuh pinggan mangkuk yang ada. Tapi sejak duduk rumah ni kain jarang nak berlonggok tunggu di basuh maupun di lipat.....bagusnya la kan.

Anak-anak biasanya akan tonton upin ipin tak kira dari lappy atau pun dari TV. Tiap-tiap hari pukul 8.30 pagi sudah ada Upin ipin di TV9. (ha....dah boleh hafal rancangan TV untuk anak-anak dan juga aku). Sambil melayan mereka aku keluarkan bahan untuk masak tengahari nanti. Dear sentiasa balik makan kalau tidak ada kerja luar.

Kalau malas nak masak sarapan aku keluar beli nasi lemak, kuih dengan anak-anak. :)

Mula memasak seawal jam 10.30 pagi atau pun 11.00 pagi. Awal kan, ye la pukul 12.00 tengahari dear sudah balik rumah makan. Yang penting masak nasi dahulu, lauk tu kemudian baru masak. Biasanya dear yang akan belikan lauk setiap 2 atau 3 hari sekali. Senang kalau dear yang pergi sebab kalau aku yang pergi leceh sebab nak usung 2 orang ni pergi sama.

Tengahari
Biasanya lepas dear balik makan tengahari aku akan mandikan lagi anak-anak kemudian akan tidurkan mereka. Syukur Amar pun sudah pandai tidur siang tanpa diapers lagi. Setakat ni sudah seminggu aku ajar cuma sekali dia terkencing semasa tidur siang.

Bila anak-anak sudah tidur aku akan buat kerja aku pula. Solat dan kemaskan dapur atau pun tonton TV/online. Masa ni je la boleh nak online sebab kalau  mereka nampak aku buka lappy mesti sibuk minta bajak atau upin ipin. Haih...

Petang
Jarang-jarang sangat nak bawa mereka keluar, jadi pergi jalan-jalan rumah kakak ipar je senang. Tak pun main depan rumah dengan anak-anak jiran. Sesekali kalau rajin aku bawa mereka pergi main di taman. Balik rumah mesti kepenatan bermain... hahhahah.

Sesekali keluar juga beli pisang goreng dan keropok lekor. Huhu....mujur boleh pandu kereta kalau tidak memang mati kutu hari-hari fikir nak masak apa.

Malam
Biasanya dear balik sebelum maghrib, jadi selepas maghrib kami bersiap-siap untuk makan malam. Kami memang sentiasa makan awal sejak ada anak ni. Sudah terbiasa pula. Lagi pun lepas makan boleh rehat-rehat tonton tv, main atau pun melayan kerenah anak-anak. Pukul 9.00 atau 9.30 malam kami sudah masuk tidur kalau tiada aktiviti.

Anak-anak tidur terkadang kami suami isteri pun tertidur sama. Sebelum tidurkan anak-anak aku hidupkan mesin untuk basuk uniform kerja dear. Jadi  kalau tertidur pun tak rugi sebab kain dah siap di basuh. Kadang-kadang kami bangun tonton tv lagi tak pun kami suami isteri bual-bual kosong...ini la masa nak bercerita perkembangan anak-anak selepas seharian melayan mereka.

Mesti ada orang kata bosan duduk rumah jaga anak, tapi setakat ini aku tak menyesal dengan keputusan yang sudah aku ambil. Lebih baik melayan kerenah anak-anak di rumah dari melayan peel bos yang menggila setiap hari.

 

2 comments:

nurbijen said...

rasa mcm baru jer baca post yg last day tempat kerja, tak sangkan dah dua minggu berlalu... cepat nyer masa skrang ni :)

Alhamdulillah, seronok juga duduk rumah... banyak pahala tu.... jaga anak, masak utk keluarga :)

Azian & Zaini said...

haah kan..memang seronok rasa terurus sikit rumah ni