Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, February 19

Kemalangan

Assalam...

Tiba-tiba teringat pula, ye la sekarang setiap hari ada macam-macam kes kemalangan membabitkan kereta, motorsikal, lori mau pun orang yang berjalan kaki. Cuak juga sebab sangat takut kalau membayangkan bila diri terlibat dengan kemalangan. Tapi kalau sudah ditentukan kita mahu atau tidak tak mampu melawan takdir.

Ini pengalaman tidak seberapa dari aku setahun lebih yang lalu. Bulan April 2011 masa ni aku di kira tengah sarat mengandungkan Ashraf. Ouh...memang diduga sangat-sangat dan mujur kami semua tidak cedera hanya kereta abang aku sahaja yang kemek.

Aku, kakak dan abang balik kampung untuk menyelesaikan urusan pembahagian tanah arwah bapa aku yang tak seberapa banyak tu. Mak lah orang yang meminta kami supaya menyelesaikan segala masalah berkaitan harta pusaka arwah ni. Syukur sekarang semuanya sudah selesai cuma ada 1 bahagian belum di selesaikan dengan rasminya lagi. Kami 5 beradik bukan tamak tapi kata mak ini sahaja harta yang ada jadi gunakanlah dengan sebaiknya. Pada aku harta yang di tinggalkan arwah memang tidak banyak tapi kenangan memang tersangat banyak termasuk juga harta ilmu pengetahuan yang aku miliki. Haih....rindu pada arwah pula.

Selesai urusan sebelah pagi, kami bertiga terus balik Klang selepas Asar. Kata orang perjalanan petang atau senja ni agak bahaya tapi kalau nak jadi memang jadi juga kan. Kami balik juga petang tu sebab esok hari Jumaat mahu bekerja. Lastnya aku ambil cuti sakit sebab memang menyakitkan kesan dari pelanggaran tu.

Ok, aku langsung tak ingat dimana tempat kejadian ini berlaku. Langsung sampai sekarang lalu 10 ke 20 kali aku masih belum ingat lagi tempatnya. Yang pasti selepas tol keluar ke Bukit Beruntung mahu menghala ke Rawang di PLUS Highway.

Kami tiba di sini ketika hampir pukul 6.30 petang dan tinggal kurang sejam lagi untuk sampai rumah aku. Abang aku mahu hantar aku terus ke rumah kemudian hantar kakak aku pula di Puchong dan abang balik rumah dia di Seri Kembangan. Kiranya mereka sehaluan tapi aku tersasar sedikit tapi janji abang aku dengan dear mahu hantar balik jadi tetap dia akan hantar balik kan. Mana tahu pula jadi hal lain pula.

Cuaca petang tu hujan agak lebat, kami tiba di tempat kejadian hujan sudah reda dan ada sedikit renyai-renyai. Ouh....aku duduk di kerusi belakang sebelah penumpang. Sebelah belakang pemandu ada beg baju aku dan akak aku. Aku baru je terjaga dari tidur masa tu, angkat kepala tengok kenapa lori treller tu masuk lorong tengah ek sebab masa tu abang aku tengah drive di lorong paling kanan. Lori dari lorong paling tepi (kiri terus ke tengah dan ke kanan.) ish....belum sempat nak kata apa, tiba-tiba nampak kepala lori di sebelah. Dengar abang aku melaung Allahuakar

Kejutan sangat masa tu, yup aku mengaku memang aku tak pakai tali pinggang keledar masa tu. Jadi masa selepas di langgar kereta abang aku berpusing juga atas jalan raya. Aku tak pasti berapa kali tapi kalau ikutkan kata saksi mungkin sekali. Syukur abang aku mampu mengawal kereta dengan baik dari pada melanggar tiang jambatan di tengah-tengah jalan atau ke arah bawah jambatan yang mana ada ramai orang berkumpul berteduh dari hujan. Saksi yang ada tu kebetulan orang tempat kami, orang kawasan Perak Tengah juga jadi senang nak berbahasa.

Abang keluarkan kakak aku dan kemudian cuba keluarkan aku pula tapi pintu sebelah aku memang tak boleh buka. Jadi terpaksa keluar ikut pintu sebelah kanan. Hehe....kene alihkan barang dahulu baru aku dapat keluar. Terkejut sangat masa ni, tangan pun terketar-ketar. Tau je la masa tu baru je sms dengan dear bagitau lebih kurang sejam kami akan sampai rumah. Dear dah pun ada di rumah dengan Amar masa tu.

Kemalangan ini melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori barangan lebih 5 tan kalau tak silap aku. Selepas kejadian jalan jem tapi tak lama sebab peronda lebuh raya datang dengan pantas untuk mengelakkan jem. Masa ni aku dan kakak duduk di bawah jambatan berbual-bual dengan saksi. Huhu....terkejut mereka bila tengok aku yang tengah bawa perut tu  terlibat sama. Erk...nak buat macam mana kan, terima je la.



Lori hijau ni punca utama kemalangan kami

Pintu belakang memang 100% langsung tak boleh buka, kebetulan aku duduk di situ masa tu.

Lori barang warna putih tu kenderaan ke 3 yang terlibat sama.

Malang kami bila abang tak bawa kamera jadi gambar yang di ambil guna kamera HP nokia aku je. Aih...jadi gambar kurang jelas berbanding dengan gambar dari kamera. Peronda lebuh raya ada ambil gambar juga tapi tak pasti boleh minta ke gambar dari mereka tu ya?

Polis datang dan kes bersambung ke balai polis. kejadian bermula pukul 6.30 petang, bawa ke waktu maghrib dan masuk hampir ke isyak baru selesai. Dari tempat kejadian mahu ke Balai Polis pun terasa sangat jauh. Kereta abang aku tak boleh naik ramai sebab tayar belakang bergesel dengan bumper. Jadi kami minta tolong abang aku yang tinggal di Bukit Beruntung bawa aku dan kakak ke Balai Polis Rawang.

Di sana masa menunggu memang lama, kalau tahu yang akan di soal siasat cuma abang aku sahaja dah lama aku minta dear ambil aku dan kakak bawa balik rumah. Tapi dek kerana tidak tahu apa-apa prosedur jadi kami menunggu sehingga selesai. Kereta abang akan di baiki di bengkel terletak di Rawang dan akan claim insurance kemudian. Kami semua di hantar oleh abang aku yang sulung terus ke rumah abang aku di Seri Kembangan. Hampir pukul 12.00 malam kami tiba di rumah abang aku dan abang sulung aku terus balik Bukit Beruntung sebab esok mahu kerja.

Mahu atau tidak aku perlu ambil cuti sakit hari Jumaat. Pagi-pagi Jumaat dear datang ambil, Amar dear tinggalkan dengan MIL dan kami terus ke klinik sebab semua orang risau. Bahkan MIL pun risau juga bila tahu aku kemalangan. Eh....kami berempat tak bagitau mak di kampung, walaupun masa mak call masa kami tersadai tepi jalan dan juga balai polis kami tetap tak bagitahu mak. Kami tak nak mak terkejut dan terus-terus risaukan kami bertiga. Yang pasti semua adik beradik tahu hal ini termasuk abang di kampung, abang yang cadangkan supaya tidak bagitau mak takut mak terlebih risau pula. Setelah seminggu baru abang di kampung bagitau mak dan mak call kami bertiga untuk dapatkan kisah sebenar. Aku bagitau kat mak kami tak nak mak risau, sekurang-kurangnya selepas seminggu baru mak tahu dan kes sudah pun selesai. Kereta sudah masuk bengkel dan kandungan aku pun selamat.

Dari Seri Kembangan terus ke klinik berdekatan rumah, dapat cuti sakit dan beritahu office. Semua terkejut di sana tapi mujur bukan bos yang terkejut...hehe... Dear ajak pergi klinik Barakah tapi aku rasa tak perlu sebab masa tu appoiment seminggu sekali. Jadi aku tunggu hari Rabu minggu depan dan hasilnya syukur semuanya selamat cuma kejutan sahaja.

MIL orang yang paling risau, bila aku sampai terus tanya itu ini...hehe...sama la kan perangai mak-mak ni tak kira anak mau pun menantu walau pun ada masa aku ni menantu hantu juga. :p MIL minta dear jumpa seorang atok ni agar aku tak terkejut. Atok tu doakan air masak yang dear bawa dan aku perlu minum je. Ini bukan keperluan sangat tapi MIL yang minta jadi dear turutkan juga. Takut apa-apa berlaku pada kandungan kata MIL. Fine!

Kesan kemalangan tu memang teruk pada kereta abang aku. Haha...sebulan juga tiada kenderaan pergi kerja, terpaksa ulang alik naik motorsikal. Kereta lagi satu memang kegunaan akak ipar aku ulang alik pergi sekolah.


 

No comments: