(Orang lain dah lama publish story pasal raya ni aku baru je baru nak publish).
Raya pertama pergi rumah mertua pukul 10 lebih, ingatkan semua yang lain dah sampai tapi rupanya langsung tak ada siapa-siapa kecuali MIL ngan adik ipar je. Aduh! bosan menunggu la jawabnya. Nak mengumpulkan adik beradik pun susah betul. Maklum saja la kan adik bradik ipar ni ramai.
Zakat untuk 4 orang |
Susu dan tidurkan Ashraf dalam kereta sehari sebelum hari raya, berjalan mencari baju melayu sedondon untuk anak-anak. |
Semua kuih ni saya yang punya tau! |
Tengahari baru bermula sesi salam bermaaf-maafan, tiap tahun kalau beraya di Klang mesti akan ada sesi mengangis. Ish...yg ni lagi tak best ok, tapi nak buat macam mana abang ipar & akak ipar semua touching gile bila raya sejak arwah bapa mertua meninggal. Tingat arwah bapa aku juga, tanggal 10 syawal lepas sudah 2 tahun meninggalkan kami adik beradik.
Petang raya jalan-jalan pergi rumah jiran-jiran sehingga pukul 6 petang. Tema kami berempat kaler peach. Anak 2 berbaju melayu dan ayahnya. Malam raya pakai kaler ungu dan anak-anak pakai baju melayu tak berapa nak dondon. Ahaks! Kami beraya di Sungai Udang tempat mak cik sebelah MIL.
Raya ke 2 sambung beraya di Sg Udang, Kg. Delek dan sebuah rumah nenek sedara di kg je. Tema kami 2 org coklat, anak-anak pulak kaler biru. Hish apa salahnya kan, sekali sekala berbeza warna. Malam pula rehat pasal petang tu abes beraya kul 7 malam jugak la.
Pagi raya ke 3 baru nak kemas-kemaskan barang nak balik Perak. Uish....aku mmg suka buat kerja last minute cam ni, mana tidaknya dengan anak dan suami sibuk tolong sekali mesti la cepat siapnya dari biasa. Hahahha... Pukul 12 tengahari gerak pergi rumah akak ipar di Sg. Kandis. Dia buat rumah terbuka so datang sana untuk acara makan-makan, paling terbaik kami adalah family pertama yang tiba sebab acara sepatutnya bermula selepas Zuhur. Kami bertolak balik kampung selepas zuhur dan sampai kampung pukul 5 lebih. Tiada jem dan sebarang kesesakan lalu lintas yang kami tempuhi. Alhamdulillah :)
Malam di kampung plan nak pergi jalan-jalan ke rumah opah tapi anak-anak pula tak izinkan nak jalan-jalan. Duduk rumah layan tamu yang datang je la. Raya ke 4 kami 2 kereta pergi beraya di Ipoh rumah mak cik dan pak cik adik-adik mak. Derang balik tapi masa raya pertama je jadi tak dapat nak jumpa itu yang kami pergi beraya kerumah mereka pula. Hari jumaat kan makanya terpaksa beraya lama sikit dari biasa. Hahahah..mak cik pun boleh layan kitorang adik bradik kan.
Malam keluar beraya rumah abang sekali dah sampai sana tak ada orang pula. Ish...derang keluar pergi Changkat Lada beraya rumah kawan. Kami singgah kedai beli apa yang patut buat mak dan balik rumah pasal Ashraf pun dah tidur kesian pula kalau nak singgah beraya lagi.
Raya ke 5 aku diserang demam! huh ini paling tidak menahan. Kami sepatutnya balik hari ini tapi dear tunda pasal mak nak masak lemang. Hahahha hantu lemang juga dear ni. Plan nak pergi rumah kawan yang berkahwin hari tu tapi asyik baring-baring je memang 1 benda pun tak jadi. Dear pun bising-bising, sorry la sayang....dah demam apa lagi yang nak dibuat kan... (alasan semata).
Pagi raya ke 6 siap-siap barang untuk balik ke Klang semula, esok dear kerja. Tapi bertolak lewat sikit pasal mak nak masakkan rendang kerana rendang semalam dah abes bagi kat abang-abang aku. Tunggu juga la, kul 10 lebih baru bertolak, mujur mak tang masak-masak ni memang hebat! :)
Kami plan nak keluar awal pagi sebab takut jalan jem, mak cik balik petang sabtu raya ke 5 tu pun SMS bagitau derang tersangkut dalam jem teruk di PLUS. Abang yang balik dari Kedah raya ke 4 tu pun alami jem di PLUS. Ehmmm itu yang kami ambil keputusan ikut PLUS juga tapi bertolak awal pagi. Mujur tiada jem kecuali di susur keluar ke Bidor jem sedikit dek kerana kemalangan yang melibatkan 3 buah kereta. Jem sebab kereta slow driver sibuk nak tengok keadaan kemalangan. (Sibuk je la derang ni kan?)
Isnin aku masih bercuti kerana ada appoiment bawa Ashraf pergi klinik desa. Alang-alang appoiment tu pukul 11.30 pagi lebih baik aku ambil cuti, silap-silap derang suh aku datang petang pula. Kata nurse tu dia akan call kalau dr boleh stay sampai petang. Selasa aku ambil MC pasal serangan batuk bertubi-tubi. Dr bagi ubat batuk yang light atas permintaan aku kerana aku masih menyusukan Ashraf, takut kesannya teruk pula pada Ashraf. Mujur Ashraf baik-baik saja. :)
Pendek kata memang beraya sakan, maklum saja la kan dah anak 2. Beraya 2 tahun berturut-turut sebagai seorang mama, tahun ke 5 beraya sebagai isteri dan paling sadis puasa tahun ini tidak penuh. huaaaaa...10 hari tu, tension je kan bila fikir perlu mengganti puasa. Sabar je la kan, paling suka baju-baju 5 tahun lalu aku masih boleh pakai lagi. :p
Selamat Hari Raya! Baju tunang 6 tahun lepas masih boleh pakai lagi..yahooo |
2 comments:
hui dah kurus..ni yg jelous nie..anak ko bape bulan cepat gak ko period yek..aku lps bsalin dulu lps 4 bulan baru period.
hehehe...kurus ke? selera makan tgh menjadi2 jugak ni, tambah plak raya2 ni kan.. 2 2 anak bulan ke 3 bersalin aku dah period....pantas kan
Post a Comment