Assalam...
Dalam kepenatan, lelah bekerja masih mahu tinggalkan sedikit coretan hati. huahahaha...:p
Serius penat pasal sekarang masuk 4 tender terpaksa aku jaga sendirian kerana kawan lain ada tender yang perlu di jaga. Ehm...menguji kesabaran? ini la masanya la kan nak tengok aku sabar atau tidak!!!
Tinggal 2 hari lagi bulan syawal dan tinggal 2 hari lagi untuk aku puasa 6. Ish...sudah hujung-hujung waktu rasanya kan tapi InsyaAllah aku mohon pada yang Esa semoga aku dipermudahkan untuk menamatkan puasa 6 namun jika takdir tidak berpihak aku tetap redha kerana Allah tahu apa yang lebih baik. Oiitt ni kes puasa 6 je...kecoh betul la pulak aku ni kan! hehehehe
Dah 2 tahun tak buat so tahun ni teringin sangat nak buat tapi kekangan masa dan kesihatan telah membatasi untuk tamatkan dengan lebih awal. (dek kerana period dan pening kepala yang agak teruk)
Ok lebih baik tamatkan di sini dan lebih baik berkemas-kemas barang-barang untuk aku balik, mahu bergembira dengan 2 jejaka kesayangan dan jika seorang lagi jejaka pulang kerja awal boleh la bertambah bergembira berempat! :)
No comments:
Post a Comment