Sedang mendengar radio Era.FM. Dengar-dengar ada info tentang isteri siapa ntah la tengah bertarung nyawa mahu bersalin. Ouh…tiba-tiba teringat kisah aku bersalin 2 orang anak lelaki yang boleh dikatakan “mudah” dan “pantas”. Syukur pada Allah kerana aku diberikan kemudah untuk melahirkan setelah diberikan dugaan bertahun untuk mendapatkan zuriat.
Dengar kata isteri orang itu sudah diberikan epidural dan sekarang sedang berehat. Ehmmm epidural? Aku belum pernah merasa lagi. Alhamdulillah Allah bagi aku peluang untuk merasakan segala kesakitan dengan penuh kesabaran. Semasa bersalinkan AShraf di pusat bersalin swasta pernah juga ditawarkan oleh SN disana tapi aku tolak dengan baik kerana aku masih mampu menahan segala kesakitan pada masa itu.
Allah berikan aku kekuatan untuk bertahan dan bila tiba masa untuk “mengeluarkan” baby barulah kesakitan sebenar dapat aku rasa. Allah maha kaya, maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Mujur aku diberikan kesabaran dan kekuatan yang tinggi kalau tidak maunya aku dah rasa epidural tu.
Kawan berbangsa Cina 1 office aku ni pernah ambil epidural untuk 2 orang anaknya. Tapi sayang sekarang selalu mengalami sakit pinggang yang agak teruk. Ini diakui oleh dia sendiri dan Dr pernah bagitahu itu adalah kesan jangka panjang epidural. Aduh…
Tak tahu kenapa perlunya aku keluarkan entri ini….aku sendiri tertanya kenapa ye….tapi yang pasti aku adalah antara insan bertuah dapat merasa pahitnya bila tiada anak apabila 3 tahun berkahwin dan manisnya bila dikurniakan 2 orang anak lelaki dalam masa yang agak pantas berbanding dengan orang lain. Apa yang mampu aku katakan hanyalah SYUKUR padaMU Ya Allah!
Update 14/9/2011 @ 9.20 pagi...
Baru je dengar merisik kabar di radio Era, rupanya Hanif yang nak dapat baby. Oh terharunya kan bila dengar Hanif bagitau isterinya kuat bila tiba masa nak bersalin. Isterinya tidak mengalirkan air mata tetapi dia mengalirkan air mata bila melihat dan mencium babynya sendiri. Kuasa Allah kan, wanita akan lebih kuat bila tiba masanya. :)
Counting for 2! muka senyum tapi dalam hati berdebar-debar sangat tapi cover je la |
No comments:
Post a Comment