Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, September 19

Raya & Rumah Terbuka

Assalam...

Wah!! dah masuk minggu ke 3 raya, aku baru sempat laksanakan baru 2 hari dari 6 hari puasa 6. Ish....nak puasa hari ni cik 'P' datang pula. Sabar je la kan. :)

Jumaat lepas cuti hingga hari ahad so ada masa panjang untuk jalan-jalan beraya dan pergi ke rumah terbuka orang lain. Heh!

Jumaat duduk rumah layan 2 orang hero terbaik yang ada. Sempat masakkan untuk mereka bubur lambuk, kebetulan dear masuk kerja lepas solat jumaat tu yang dapat masak kalau tidak jangan harap la nak masak bagai.

Sabtu tengahari keluar pergi rumah mak cik di Petaling Jaya, Subang Bestari dan Kota Damansara. Tak lupa sebelum nak jejak kaki balik rumah sempat singgah minum air di rumah zura-baharudin yang buat rumah terbuka. Nak lepak lama tak berkesempatan dek kerana 2 hero terbaik aku tidur dalam kereta. Dear duduk tunggu la tak dapat naik, zura sanggup turun semata-mata nak tengok anak-anakku...hehehehe. Sorry la Zura aku tak amik makanan pun pasal memang dah full perut ni. Next time ada apa-apa senang aku dah tau umah ko ok.

Sampai rumah maghrib, bawa mandi Ashraf ingat nak tidurkan lepas maghrib tapi mak kata nak datang so tunggu dulu la kan biar dia main ngan opah dan sepupu. Zikri paling suka bila ada orang datang rumah tapi asyik la nak gigit tangan orang, yang ni memang buat aku pening sampaikan tak tau dah nak larang macam mana. Mak tidur kat umah dan bertolak balik kampung tengahari hari Ahad.

Ahad lepas mak balik singgah umah MIL tapi tak singgah pun rumah terbuka sepupu dear di sebelah rumah MIL. Segan gila nak singgah pasal aku datang umah MIL pakai baju T je. kata nak pergi rumah terbuka kan biar la pakai yang sopan sikit.

Balik rumah tidurkan Ashraf, siap-siap rumah dan barang-barang yang nak dibawa dan siapkan senarai barang yang nak dibeli. Lebih kurang pukul 2 baru gerak pergi rumah Zila, sepatutnya aku datang sabtu coz anaknya sambut birthday tapi tak berkesempatan, mujur zila ada di rumah ahad tu. Ish...sedang counting untuk 2nd baby, hope dia dapat la baby gurl! amin....

Ke Giant Kemuning Utama nak belanja cari barang dapur, padahal aku bagitau dear kata beli di Econsave pun boleh. Tapi dear rajin nak pergi sana aku ikutkan juga la. Ehmmm sayangnya, dear terpaksa tunggu Ashraf tidur dalam kete pasal kami tak bawa stroller, maklum saja la nak pergi shopping pasti bonet penuh kan. Sabar je la. Aku dan Zikri keluar jalan-jalan cari barang, mujur Zikri tak buat perangai walaupun dia mengantuk. Anak-anak aku ni kuat tidur tu yang susah nak keluar jalan-jalan jauh. Hahahah...

Malam duduk rumah je, esoknya kan nak kerja. Tapi aku pula kene sakit kepala, alang-alang nasi semua dah siap masak aku minta izin dear nak tidur sekali ngan Ashraf. Kul 3 pagi pun sama masih terasa lagi sakitnya tapi tak kuasa aku nak telan ubat je kan, baik sambung tidur. Kul 5 pagi bangun susukan Ashraf ingat nak bangun jemurkan kain dan basuh pinggan tapi bila nampak Zikri bangun aku sambung tidur lagi. Kul 6 bangun settlekan kain dan pinggan, sempat pump susu untuk bekal Ashraf. Syukur pagi-pagi dapat 5.5oz sekali perah.

Pendek kata 3 hari cuti memang memenatkan, tapi kalau duduk rumah saja pasti rasa bosan amat kan...hehehehe

No comments: