Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, September 13

Sikap Orang Malaysia Kot

Assalam…

Gambar lukisan tangan oleh ku... :)
Pagi tadi masa tengah drive datang office ada kemalangan melibatkan 3 buah kereta. Ish…tak tau la nak kata apa, ingatkan kenapa jalan nampak jem je rupanya ada kemalangan.

Berpandukan gambar lukisan aku di atas aku datang dari arah 'A' nak ke arah 'B'. Tak perlu nak redah jem maupun kereta yang terlibat dengan kemalangan. Tapi tiap kali petang masa aku balik memang kereta dari arah 'C' tu tak pandai nak slowkan kereta. Malah makin laju lagi ada la, tapi itu bukan salah mereka so untuk yang dari 'A' yang lebih menjadi penyebab kepada kemalangan bila mereka sentiasa mahu keluar cepat.
Keadaan orang yang terlibat aku tak tau la pulak kan, aku malas nak ambil tahu pasal aku dah lewat nak pergi office. Lebih baik aku buat hal aku sendiri daripada perhatikan kemalangan tu.

Tapi kan rasanya rata-rata rakyat Malaysia ni pantang nampak ada kemalangan. Tak kira kemalangan besar apalagi kemalangan kecil. Walhal nampak orang jatuh motor pun sibuk nak tengok juga kan. Terkadang dah nampak macam menyibuk je.

Tapi pagi ni tak ramai kot orang yang tengok pasal time tu orang tengah sibuk nak pergi kerja takkan pula derang rajin nak tengok orang kemalangan ni. Cuma jalan jadi jem sebab kereta yang terlibat blok laluan kereta lain nak lalu.

Pernah aku dengan kawan-kawan 1 office tengok kemalangan jadi betul-betul depan mata kami. Aku tak rasa pula nak tengok keadaan orang yang terlibat, cukup la aku tengok macam mana dia jatuh atas jalan raya tu ok. Kesian bila teringat aksi derang jatuh!

Masa balik Klang raya lepas pun kami tempuhi jem di Plus highway dek kerana orang ramai perlahankan kereta nak tengok keadaan kereta yang terlibat. Aduh!!! Sabar je la kan. Padahal lepas je kami lalu kawasan kemalangan trafik pun terus lancar. Nampak sangat la mereka-mereka sibuk nak ambil tahu kan. Untungnya aku duduk dibelakang dapat la aku tengok keadaan kereta yang berlanggar dan dear cuma dapat dengar je cerita dari mulut aku. Ish…kira ok la tu kan? :)

Pendek kata jangan la perlahan kereta semata-mata nak tengok kemalangan nanti silap-silap anda pula yang terlibat dengan kemalangan tanpa sengaja.

No comments: