Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, September 30

Hilang Seorang Lagi Kawan

Assalam…

Sudah masuk hari Jumaat untuk minggu yang agak memenatkan aku dan rakan-rakan lain yang ada di sini. Maklum saja sekarang telah melalui fasa ‘peak season’ untuk tender. Oh…sila jangan merungut kerana ini kerja anda dan ini punca rezeki anda, jika anda tidak sedia melakukannya sila hantarkan surat yang sepatutnya kepada pihak HR! ahaks!

Tengahari semalam dapat juga meluangkan masa makan tengahari bersama teman-teman sebangsa makan beramai-ramai di medan. Bukan medan di Indonesia sana tau tapi di medan makan. :P jarang-jarang dapat makan beramai-ramai selalunya makan bertiga je hari-hari. Agak-agak la kan 3 tu tak ramai ke eh? :)

Kebetulan pagi semalam aku Cuma bawa roti sandwich untuk sarapan, dapat pula dengar cerita panas pagi hari mula lah tak keruan. Teman meja sebelah berbesar hati nak belanja makan jadi rezeki jangan di tolak, maut jangan di tempah! Kami keluar dari office berempat menaiki 2 kereta menuju ke medan makan. Di sana menanti seorang lagi teman untuk dibelanja makannya. Menu biasa kami nasi ayam, tapi hari ini mungkin hari terakhir kami makan bersama. Insyaallah seorang teman telah membuat keputusan untuk meninggalkan company ini. Sedih ok!

Hilang lagi seorang rakan melayu di sini walaupun dia tidak selalu ada di office tapi kami agak rapat bila berjumpa. Aku dan dia masuk kerja di company ini dalam bulan yang sama, selalu berjumpa bila dia ada urusan di office. Pernah meluahkan masalah tetapi setakat manalah yang mampu nak menolong aku pun berjawatan kecil disini. Maka inilah pengakhirannya bila hati sudah tidak mampu bertahan dan bersabar.

Moga-moga apa juga yang dilakukannya selepas ini Berjaya hendaknya. Harap-harap permohonannya untuk bercuti sebulan tanpa gaji di luluskan dan dalam tempoh itu dapatlah hendaknya dia pekerjaan yang baru. Pelik kan? Cuti sebulan tanpa gaji dan berhenti kerja. Hmmmm jangan di Tanya lebih-lebih jika orang sudah tawar hati.

Ok, semoga hujung minggu anda ceria sentiasa. :)


Orang bakal meninggalkan kami semua dalam bulatan.

No comments: