Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, October 1

Kenangan 2 Tahun Lalu

Assalam…

(entry kali ini adalah entry khas untuk memperingati 2 tahun aku kehilangan arwah bapa tersayang jadi sila jangan emosi ketika membaca)

2 tahun telah berlalu, dari Zikri masih baru beberapa bulan di dalam rahimku dia telah meninggalkan aku dan keluarga dalam keadaan yang teramat menyayukan hati kami. Bila ku ingatkan cara arwah meninggal itu agak amat menyayatkan hati aku.

Luluh jiwa bila dikejutkan dengan berita itu namun aku tak mampu bertahan, air mata jatuh berderaian bila aku teringatkan arwah! Kasih sayangnya tidak pernah berkurang walau sedikit sekali pun. Mungkin ada benar apa yang orang kata, bila orang yang kita sayang tiada barulah kita tahu betapa kita sangat beruntung. Ya aku dan keluarga antara orang yang beruntung dapat bapa yang baik, suka bergurau senda dan suka membantu di kala kami dalam kesusahan.

Tak perlu berniat mahu menghantar arwah dan mak naik haji, tak perlu sediakan arwah tempat tinggal yang selesa dan tak perlu menyediakan makan minum yang mewah dan lazat. Arwah telah berusaha sendiri untuk miliki semua itu tanpa bantuan kami adik beradik.

Arwah naik haji dengan hasil wang persaraan dari KWSP ketika aku dalam darjah 5. Aku ingat ketika itu aku dapat merasa keseronokan menaiki kapal terbang untuk pertama kalinya. Dari 5 orang anak aku dipilih! Mungkin ketika itu aku masih kecil di hati mereka.

Rumah kami adalah rumah pusaka arwah atuk yang memang tidak pernah kami adik beradik dapat berjumpa. Arwah atuk meninggal ketika arwah bapa masih kecil lagi. Arwah bapa renovate rumah pusaka sebelum arwah pergi menunaikan haji menggunakan baki wang persaraan yang diterima. Syukur sangat-sangat walaupun kini rumah pusak arwah sudah mula rosak di sana sini. Kami adik beradik sudahpun meletakkan kepercayaan dengan memberikan rumah pusaka kepada Yang atau anak ke3 arwah. Kebetulan Yang tinggal di kampong. Lebih mudah untuk menguruskan rumah pusaka ini.

Arwah jarang mahu ikut kami adik beradik makan di luar. Arwah lebih selesa makan apa yang mak masak. Arwah cerewet tentang makanan kalau selain mak yang masakkan. Tapi emak suka masak-masak jadi tak ada hal la untuk arwah makan-makan.

Arwah rajin ke masjid sejak aku jejak kaki masuk kesekolah menengah. Sampai ke akhir hayatnya arwah sangat rajin kemasjid hampir setiap waktu solat. Arwah akan bangun pukul 5.30 pagi untuk bersiap-siap ke masjid, balik rumah pukul 7.00 pagi..kadang kala arwah singgah belikan mak nasi lemak dan kuih muih.

Arwah seorang yang suka bergurau senda. Ini paling aku suka! Tapi bila tiba masa kami buat salah arwah akan marahkan kami.

1 perkara tak sempat aku nak laksanakan, aku teringin nak bawa arwah jalan-jalan bercuti. Pernah aku dan dear merancang selepas kami berkahwin mahu bawa arwah dan mak ikut kami honeymoon bersama tapi ketika itu mak demam dan selang 2 hari kemudian arwah pula demam. Perancangan tinggal begitu saja, maklum saja bila sudah jadi milik orang masa untuk keluarga jadi terhad.

Semua tentang arwah buat aku rindu sangat-sangat! Masa berlalu terlalu pantas, banyak perkara dapat kami berikan pada arwah. Bila tiba hari raya arwah pasti dapat lebih banyak baju dari emak. Arwah tidak lokek dengan senyuman…..mau pun kata perangsang menaikkan semangat.

Kini arwah tiada lagi, semoga arwah berada dalam lindungan Allah SWT.


No comments: