Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, June 27

Beranak 2 Itu Mudah?

Assalam…

Bersiaran sekali lagi dari ofis, oh ya Allah…..maha kuasaMu hari aku masuk kerja la hari gaji aku keluar. Ish…tak sempat nak berpoya-poya la kan dengan anak-anak.

Terkadang rasa malu pun ada, sekejapan je dah bergelar ibu pada 2 orang anak lelaki. (nak baby gurl!!!) Abaikan aja nota yang mengidam tu ok, yang 2 orang hero ni pun dah tak terjaga tau. Bila zikri tidur ok la kan aku boleh la nak buat kerja sambil tidokan ashraf. Tapi kalau zikri jaga aku pun perlu la berjaga-jaga pasal dia akan kacau adiknya tidur. Pernah sekali masa tu aku didapur nak minum air tetiba dengar ashraf nangis. Rupanya zikri dah tarik bantal dia dan letak kat atas muka ashraf. Mujur tak tutup hidung dan mulut…oh seriau ok kalau diingatkan. Seksa la juga bila nak berhati-hati nak jaga derang ni tapi tak apa la kan akan datang ada senangnya.

Ahad lepas sempat keluar pergi rumah mak cik sedara sebelah aku pasal sepupu sebaya aku naik pelamin. Ish…bestnya kalau diingatkan masa-masa manis majlis perkahwinan aku…hahahaha maybe semua orang pun begitu juga kan?

Kami gerak dari rumah pukul 1.00 petang, tunggu zikri bangun tidur sambil-sambil tu sempat la aku buat apa yang patut. Sampai kat sana rupanya abg-abg dan akak aku baru je sampai ingatkan kami la yang terakhir tiba. Tugas kami dibahagi 2, dear dengan zikri dan aku pula dengan ashraf. Terkadang aku rasa macam ada anak kembar la pulak. Sememangnya tugas dear untuk jaga zikri dan aku pula jaga ashraf walau dirumah maupun diluar rumah ketika kami berempat. Dulu berdua hampir 4 tahun tapi sekarang berempat bila nak masuk ulang tahun ke 5. :p

Hahaha bukan apa 2 2 perlukan perhatian yang lebih. Tapi penyudahnya apa yang kami lalui semalam amat la mengujakan. Best pasal masih mampu enjoy walaupun anak rapat ni.

Ok la walaupun kerja tak melambak seperti masa aku mengandung dulu tapi jangan ingat aku masih bersenang-senang. Hmmmmm kerja tempat aku sentiasa datang tak mengira masa.

(nota kaki: Alhamdulillah pagi ni Allah berikan aku “bekalan” buat ashraf. Sekali pump dapat 5oz. harap-harap pump selepas ni masih dalam kuantiti yang sama malahan berlebihan. Pagi ni aku tinggalkan 10oz dan tambahan 5oz susu beku. Rasa-rasanya cukup tak eh, pasal ashraf jenis yang tak kuat susu tapi dia kerap menyusu)

1 comment:

Yaati Nor said...

demi nak menjamin stok bulan puasa nnt. pastikan berpa yang ko keluarkan..cth 15 oz..byk tu juga ko kena perah hari tu..klu lebih tu blh buat stok..aku miss la pumping session kat opis..nak beranak lagi tapi en asben plak nak tgu2...aduh2 dah tak sabar...ko yan gap la 2 thn demi capai 2 thn penyusuan asyraf..sian dia..xpuas isap susu ibu nnt..