Assalam...
Ni kes dah lama tak drive pergi kerja maupun kemana juga la kan, bukan la lama sangat padahal 2 bulan je. Tapi 2 bulan tu langsung tak sentuh stereng tu agak janggal juga aku rasa. Bukan apa sekarang ni sekarang jalan cepat berubah termasuk juga dengan perubahan sikap pemandu lain.
1st time selepas 2 bulan tak drive adalah masa aku kene balik rumah jaga ashraf bila zikri ditahan di wad. Zikri duduk bermalam di wad dengan ayah pasal aku senang nak bagi susu kat ashraf bila malam tiba. Itu pun aku dah rasa seriau jugak, maklum la drive senja dengan kereta banyak kat area depan hospital klang yang sememangnya terkenal dengan laluan yang jammed!
Alhamdulillah slow-slow selamat juga sampai di rumah. Tapi yang kelakarnya time nak balik rumah aku dari rumah MIL tu aku tak hidupkan lampu padahal time tu dah pukul 8.30 malam. Nasib baik la sempat perasan kalau tidak maunya dah kene langgar kami berdua.
Hehe...hari ni baru masuk hari ke 3 aku drive sendiri. Masih takut tapi bawa laju juga...hahahahaha jom kita sama-sama ketawa!
No comments:
Post a Comment