Salam…
Begitu pantas masa berlalu, usia kandungan aku dah masuk 14 minggu. Hari ni genap seminggu arwah ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Kejutan yang teramat menyakitkan untuk dihadapi tetapi mesti aku tempuh dengan redha.
Berkisah tentang kematian ayah, tengahari khamis lepas aku call mak kat kg saje nak Tanya khabar tambahan pulak mak call aku semalam nya time aku keje so tak banyak yang leh aku cite kan. Agak menghairan kan sebab kul 2ptg aku call mak ayah aku masih blm blik dari kebun. Kebiasaannya tak pernah selewat ini kalo kuar pg kebun. Tambahan pula sebelum keluar arwah ada mengadu pening2 tp masih bersemangat nak abeskan kerja di kebun.
Lepas aku call mak mula rase tak sedap hati, akak ipar dah blik dr sekolah so die yg msg kat abg mintak g tgok kat kebun. Ajal dah sampai kan, arwah pergi sendirian di kebun getah yg baru beberapa bulan ditanam semula. Menjadi kes polis sebab tempat kematian tu agak mencurigakan, tp kami sekeluarga tak ambil pusing pasal tu seab arwah sememangnya tak ada musuh, ajalnya sudah tiba tika itu. Sempat melihat gambar dari hp abg tp rase sayu melihat arwah terbaring ditepi semak dengan cuaca terik tengahari tanpa ada sebarang bantuan.
Mak tahu bila diminta dtg kebalai polis untuk buat pengesahan, masa ini aku tak dpt bayangkan macam mana perasaan mak. Walhal kitorng yg dengar melalui telepon pun dah cukup sedih. Arwah diminta izin untuk dibuat post mortem untuk mengetahui punca kematian, mujur mayat arwah tidak diganggu dek binatang berbisa maupun binatang buas yg ada dikawasan berhampiran hutan.
Sejam selepas aku call mak aku dpt call dr akak ipar kat sri kembangan bgtau arwah dah tak de. Dengan perasaan yg tak dpt aku gambarkan tika itu masih sempat bgtau HR aku nak blik awal. Mujur dpt pelepasan walaupun bulan ni terlalu banyak cuti yg dah aku ambil. Dlm keta sempat call akak kat puchong, dear yg keje kat poli shah alam time tu. Terus start enjin, drive dan menangis sepuas2nye. Alhamdulillah pemanduan aku selamat sampai dirumah, tak sempat nak mandi trus siap2 kemas baju aku ngan baju dear. Sempat call pak cik kat ampang nak bgtau pasal arwah. Ingat nak amik dear tp selang 10 minit pas aku sampai umah dear pun sampai dengan motor kawan keje. Mujur kawan keje dear dtg keje naik motor pg tu, kalo tak aku kene amik dear dl baru blik kg. tunggu dear siap aku masukkan brg dan siap2 nak blk kg.
Kami ikut highway coz lebih cepat sampai pasal kalo ikut jalan kuala selangor teluk intan terlalu bnyak lampu isyarat. Di highway bertembung dengan abg yg duduk di bukit beruntung dan dear hanya follow abg je la. Aku dok risau takut2 tak pat tgok arwah lg.
Kami 4 bradik sampai kg dalam masa yg hampir sama, abg sulung sampai dulu kemudian aku dan yg last abg ngan akak aku. Kebetulan masa kami semua tiba arwah baru sahaja tiba dari hospital. Nasib kami baik dan dpt melihat arwah buat kali terakhir malam tu. Raungan mak yg membuatkan kami bertambah sedih tp kami kuatkan semangat juga.
Malam semestinya tak blh tido, mengenangkan kesedihan mak. Aku dan pak cik mak cik sempat la membacakan bergilir-gilir membaca yassin dan mengaji quran untuk arwah sepanjang malam. Hilang letih bila melihatkan arwah terbaring kaku. Mak langsung tak pat tido hanya mampu baring sahaja.
Pagi jumaat tu arwah selamat dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan sempurna oleh rakan2 masjid. Majlis pengkebumian memang dihadiri dengan begitu ramai kenalan mungkin kerana arwah rajin ke masjid sembahyang jemaah. Malam jumaat penuh rumah dihadiri rakan2 masjid yg dtg membacakan surah yassin buat arwah, sangt terharu dengan nilai persahabatan arwah.
Aku, mak dan akak ipar tak pegi ke tanah perkuburan. Aku dan akak ipar tengah mengandung so orang tak galakkan pergi. Insyaallah aku akan singgah menjenguk kubur arwah hari raya haji nanti. Mak memang blm ada kekuatan nak pergi walaupun hari ke3 arwah selamat dikebumikan.
Hari khamis mlm jumaat mertua abg yg dok kat kg dtg dari kedah sempat tido kat umah, mertua aku dtg hari jumaat malam sebab sesat dan mertua abg aku yg kat teluk intan dtg hr ahad sebab ada hal di perlis. Mertua aku dan mak sama status la ni. Arwah ayah mertua meninggal awal tahun, 23 januari 2009. masa aku nak blk kg ptg tu singgah kat umah MIL memang die pun terkejut so nak kata apa lagi kalo dah tiba ajalnya kan.
Kenduri tahlil dibuat di rumah selama 3 hari berturut turut. Insyaallah malam ni akan diadakan kenduri tahlil malam ke 7 di masjid. Aku pesan kat mak jangan masak kat umah mintak org masakkan pasal tak de sapa yg nak tolong mak masak.
“Tiada kata mampu diungkap, Tiada sentuhan mampu dirasa lagi, Hanya kenangan yang kekal abadi”

No comments:
Post a Comment