Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, March 4

Selesai Sudah Majlis Perkahwinan

Sejak dari hari khamis lagi aku dah berkampung kat umah MIL. Untuk ape? mestilah untuk 2 majlis kenduri yg bakal dijalankan hujung minggu ni. Persiapan MIL simple coz arwah bapa baru sebulan meninggal kan so tak de ape yg MIL kena buat la. Semua anak2 siapkan, kalo untuk berkat tu pandai2 la eja beli kat mane2. Tp rasenyer die dah siap tempah bahulu pecah lapan la 2 3 minggu sebelum kenduri.

Ni aksi dear mase bace paper, time rehat lepas penat jalan2 cari barang.



Untuk majlis pertama, majlis kenduri kawen eja ngan boy. Meriah juga walaupun tak de band/karaoke, kompang, pengantin berarak & juga pelamin nan indah impian setiap pengantin. Betul2 simple dimple la kan, tp majlis tetap meriah ngan kedatangan orang ramai. Malam hari minggu tu plak hujan turun mencurah2 la plak. Tak pe la asal ada yg mampu aku payungkan akan aku payungkan mereka semua. Ni kerana tugas aku untuk jadi penyambut tetamu yg ditemani oleh ipar aku gak la. Sampai kan ada yg tanya kami ni adik beradik ke? huhu payah tul nak jawab, aku ngan ayu cume senyum je la. Ni mesti gara2 kami berdua ni tembam kot?



Walaupun hujan tp orang yg dtg tetap ramai jugak, kalo tak silap malam tu ada 3 majlis jugak la. So tak heran la kalo ada yg nak dtg hari ahad. Malam tu tak de majlis berinai tp pengantin tetap di make up & pakai baju pengantin kaler kuning. Yg ni cume untuk aktiviti bergambar je. Kebetulan ramai juga kawan eja yg dtg tu yg lagi meriah jadi nyer aktiviti bergambar ni. Aku lak just sempat tgok jap2 je la, kita ni ada tugas lain yg lebih penting lagi kan.



Malam tu tido kat umah coz penuh dah umah MIL mlam tu. Tinggal je la ape yg blum settle tu kan. Lg pun blek umah ni nak kemas umah coz dear td ptg blek umah amik tikar nak bawa g umah MIL. Mesti byak habuk yg tinggal bile tikar dah diambil. Dah tu plak mak nak dtg ngan yang ptg ni. So lagi bagus tido umah pas tu tinggal kemas je la sket2 kan.



Hari ahad aku tak jadi penyambut tetamu tp aku jd org dapo lak, tolong watkan gubahan untuk meja pengantin. Memang la hampeh keje aku ngan ipar aku sume. Kitorng ni main belasah je la asalkan nampak cantik bleh la. hahahah nasib baik tang masak udang ngan telur tu mak cik - mak cik yg tolong. Kalo tak maunyer kitorng ni blur nak masak ape la. Tinggal nak siapkan untuk buah tembikai ngan settle kan tomato untuk isikan paprik daging pun kitorng ni pening nak pikir. Sib baik jadi jugak la kan sume tu.



Tak sempat nak snap gambar coz hp aku asyik je dipegang dek org lain. Kalo kat aku pun aku tak sempat nak snap gak, tangan mane nak wat keje lg, nak snap lg. hmmm baik aku wat je keje aku, dear pun busy kat luar umah tolong masak2 ngan tolong gi kedai cari ape yg kurang.



Pengantin tetap di make up gak coz nak amik gambar lg untuk hari ke dua ngan tema kaler gold. Cantik2 je baju yg eja pakai. Nanti kalo dpt aku tempek kat sini la. Siap amik gambar, rombongan belah laki sampai terus g makan beradap la. Lepas makan ada lak majlis potong kek lak, kek pun kaler coklat ala2 gold.



Alhamdulillah! majlis ni berlangsung dengan lancar. Sekarang dpat la rehat tp esok masih ada kenduri yg nak dijalankan lg. Mak tido kat umah aku ngan yg tp bapa aku tak ikut same lak. Orang dah tua ni kan tak suka jalan2, tu yg mak tak kesah nak tinggalkan bapa tu sorang2. Kecoh umah aku petg tu, yg lak beli mentarang. Mak rebus dan watkan air asam, mak aiiiii makan time panas2 dah tu cuaca tgh berangin lak nak ujan kan. Fuhhhhhhh sedap tul la walaupun ni 1st time aku makan mentarang ni. Cian dear kat umah MIL kene wat keje, aku kat umah sedap2 makan.



2 org anak buah aku lak abes sume yg comel2 kat umah aku ni dikejekan diorng. Takpe la asalkan diorang tak nangis dah la kan. Tp yg tak bestnyer anak yang aku tak pandai nak berkawan ngan anak abg. Hahah asyik nak buli je kejenyer. Nasib baik la sket2 je die buli tu pun nangis gak jd nyer.



Malam tu aku lepak jap kat umah MIL coz nak amik dear la kan, kete aku bawa blek lgpun kalo dear blik naik moto mesti ada yg nak guna moto tu. Malam tu hujan lebat lg so aku ngan dear tolong2 MIL je la, kalo blek pun ujan kan. Dekat kul 11.00pm gak la baru kitorg blek. Sampai umah dear layan bola ngan yang aku lak terus tido depan lappy. Ngantuk sgt la plak, tak sempat nak update pape pun.



Next aku update majlis tahlil untuk arwah FIL.

Wassalam... :)

No comments: