Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, December 30

Transpoter 3

Baru dapat gune tenet pg ni.semalam sehari suntuk dear gune.Bese la tu kalo org tgh gian nak main game.

Semalam dear tak keje.
Tgahari blek umah bawa buah tembikai kuning, tembikai susu & buah anggur hijau.Nyum nyum...
Buah tembikai kuning nyer manis tul la, pandai tul dear pilih."Kebetulan kot" katenyer.
Macam bese la kalo beli byk tu mesti nak bg MIL nyer la sket kan.
Ingatkan dear nak pg keje blek kat umah MIL tp rupe2nyer dear call adik suh dtg amik kat umah.
Tgah mlas sgt la tu.

Tgahri semalam aku masak sambal kicap ikan keli, dah lame tak masak ikan keli ni.
Bukan ape kalo nak goreng2 tu memang la aku malas, sebab asyik letup2 je minyak tu.
Tp smlam memang dah plan nak buatkan untuk dear, aku kuarkan awal2 pas tu toskan lame2 sket biar kering sket air kat ikan tu.
Nasib baik menjadi, tak de la letup2 sgat.

Pas makan dear ajak g tgok wayang, nak tgok "Transpoter 3".
Aku decide nak g Jusco Bukit Tinggi je la coz dekat & senang nak pg.
Dear plan ajak ucu, adik bongsu dear join skali.
Aku tak kesah pun nak tgok ngan sape, lg ramai mesti lagi best kan.
Ajak MIL skali kalo bleh tp bese la, kalo mak aku sendiri pun tak nak jejak kaki kat panggung ni kan MIL aku.
MIL gelak2 je bila aku ajak join tgok movie.

Aku kuar lepas asar dlam kul 5, ingatkan masih penuh parking. mane la tau kan smalam hari cuti umum.
Rupe2nyer masih byak parking kosong, dear kate org dah dtg sini semalam.
Hmmmm mcm betul je ape yg dear kate tu, bukan ape kat area panggung je ramai org tp kat Jusco ngan area lain tak ramai sgt.
Nasib baik dapat gak tiket, tu pun dok seat tgh dari depan.
Kalo tak td nak gak tgok "Cicakman 2" tp dear kate kalo bleh nak tgok "Transpoter gak".
Ucu blum cukup 18 lg ni, tp kitorg main bawa je die tgok cite ni.
Aksi panas nyer cume cium2 je tak de lebih2 la.cume aksi ganas dier memang dasyat.
So untk ucu memang kitorng tak kesah la, lgpun tinggal brape minggu je cukup 18 tahun.


Ramai juga yg dtg tgok cite ni walaupun dah lame tayang, kalo tak silap hampir sebulan rasenyer.
Dear request no pop corn coz pas tgok movie kitorng nak makan.
Ceh! mcm tu la plak.teruk kan dapat hubby cam ni nyer control makan. hahahha
Tak de pop corn pun bleh enjoy la tgok movie tu tp pening sket coz jrg2 tgok movie dok seat tgah.
Sgt menarik cite ni, hero pun smart je sebab time die keje die akan pakai kot.
Sgt kemas penampilan nyer hingga kan heroin tu pun tertarik.hahha lakonan la tu.

Kuar dari cinema trus g cari toilet disebabkan terlalu sejuk kat dalam panggung tu.
Dear decide nak mkan kat chicken rice shop lak, aku ikut je la.
Time makan bese la kitorg jrang2 nak bercite time ni, just tgok suasana keliling je la kan.
Area kedai makan ni manpak sempit tp mujur die bg cermin besar ade la nampak luas sket.
Ramai gak yg dtg mkan kat sini, aku pun 1st time mkan kat chicken rice shop kat sini.
Slalu makan kat ofis lame je la.

Abes makan nasi ayam sume, aku lak request kat dear nak mkan sushi.
Mase lalu nak g ke chicken rice shop tu ader 1 kedai namenyer "Sakae Sushi" klako gak name kedai tu (Sakai).
Aku lebih suke makan sushi kat jusco je la coz memang dari dulu suke beli kalo jenjalan kat jusco.
Dear pun dari tak pandai makan pun dah pandai la skrg ni.hahaha

Dah hampir kul 9 mlm, sok aku tak keje tp ucu ngan dear keje.
Malas dah nak pusing lg dear pun dah tunggu kat kete sementara aku ngan ucu pilih2 roti untuk BF hari ni.
Dalam kul 9 lebih sampai umah MIL,MIL tgh solat so tunggu dulu la.
MIL bekal kan kitorng ngan bubur isi keladi, wow nampak sedap je mase dear masukan dlam plastik td.
Sampai kat umah ingat nak panaskan tp dear kate kenyang maknanye baik aku simpan je untuk BF pg ni.


Ok chow coz nak prepare makanan untuk tghari ni, lg pun cuaca tgh baik ni. Kalo jemur kain mesti cepat kering.haha byak keje umah blum buat lg da... :)

Monday, December 29

Salam Maal Hijrah

:)

Andaiku tahu

Andai ku tahu

kapan tiba ajalku

ku akan memohon

tuhan tolong panjang kan umurku

Andai ku tahu

kapan tiba masaku

ku akan memohon

tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa dosaku

aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai ku tahu malaikatmu kan menjemputku

izinkan aku megucap kata taubat padamu

Ampuni aku

dari segala dosa dosaku

Ampuni aku

menangisku bertaubat padamu

Aku manusia yang takut neraka

namun aku juga tak pantas di surga

Andai ku tahu kapan tiba ajalku

izinkan aku mengucap kata taubat padamu



Salam Maal hijrah 1430H.cuaca ujan kat sini rase cam nak sambung tido lg je.

Pas dear kuar g keje td aku pun bermalas2an nak basuh kain bagai.

Setakat kemas yg mane patut je la, dok berdua ni bukan ader byak semak pun.

Nasib baik umah comel kalo umah banglo tu mau nyer shari suntuk nak mengemas.



Tak de ape untuk hari maal hijrah ni juz lepak2 kat umah & harapan untuk tahun depan lebih baik dari taun lepas.

Azam untuk tahun baru masih same ngan azam tahun lepas yg blum tercapai lg.
Berharap sgt kalo2 tahun ni 2 2 azam aku bleh terlaksana.
Dan sebagai tambahan aku nak plan dapat baby la plak.Walaupun tu hanya azam dan impian aku ngan dear, so kalo ader rezeki aku ngan dear akan terima dgn berbesar hati rasenyer.



Kalo ikutkan kami ni dah patut pun ader anak, bukan plan ok.
Ni sebab rezeki blum tiba lg untuk kitorng so tunggu je la.
Dear ni jenis yg suka budak2 so kekadang tu cian tgok dear main ngan anak org je, kalo main ngan anak sendiri mesti lain feel dier kan.
Ntah la, skrg dah try mcm2.Cume nak tunggu result nyer cam ne.
off topic pasal baby la.



Memang aku dah duga, memang aku dah jangka & memang aku yg undi!hahha
Akhirnya Lisda & Fauzi menang besar mlm minggu lalu.
Aku lebih suke diorg ni menang dari lg 1 couple tu coz diorg ni nyer tarian memang interesting sgt buat aku ketagih nak tgok tiap2 minggu.
Untuk pertama kali dalam 10 minggu berlangsung "Sehati Berdansa" ni la kali pertama aku undi.
Dah tu plak skali aku undi 10 trus!hahha dasyat tul la aku ni.
Dear tak tau ni, kalo tau bising la nanti.
(eh ni mak yg syer kredit kat ayg tau :))




Hari ahad plan nak g mandi air terjun tp tak jd lak coz aku tkut kan skrg ni cuaca tak menentu la.

Lgpun kete dear tu nak kene masuk bengkel lak.ala tak de chance la nak g langkawi cam ni.
So kalo tak dapat g langkawi nak g pangkor je la.
Huhuh yg ni dekat la ngan kg aku.bile2 mase bleh pegi kalo dari kg.
Arghhhh berharap sgt jgn cancel lg plan aku kali ni.



Tgahri masak nasi, lauk ketam masak lemak, pucuk ubi rebus ngan sambal belacan.
Makan sambil tgok Mawi ngan Ikin sanding.
Mak oiiiii ramai tul org nyer.dah tu plak ader mcm2 rancangan untuk diorg tu dari tghr sampai ke petang.
Naik muak gak tgok muke diorg je.So aku ngan dear decide nak kuar jenjalan g tasik kota ke.
Tp time nak kuar member dear bgtau nak pinjam kete.
Punah harapan nak jenjalan tgok org kat tasik.



Chow!

Saturday, December 27

Tart Telur



Hari ni ada sedikit rajin nak masak2 lelebih lak.Dear dah request nak tart telur ni sejak dari last week lg, tp aku je yg mls nak buat.
Setelah ade angin2 rajin ni aku pun buat la.
Di die resepinyer kalo rase nak mencuba tp tak sesedap mcm beli kat kedai la, ni home made with love tau.



Bahan-bahannya
- untuk kulit pastri
*500 gm tepung gandum
*1 1/2 cawan majerin
*1 sudu besar lemak sayur (crisco)
*2 sudu besar gula
*1 biji telur

- untuk kastard
*1 cawan susu cair / susu rendah lemak
*4 biji telur
*1 cawan gula
*1 cawan air biasa
*1 sudu besar tepung kastard
*1/2 sudu teh vanilla
*sedikit pewarna kuning

Cara-cara untuk membuat pastri :
1 - Gaulkan semua bahan kecuali telur seperti serbuk roti.
2 - Masukkan telur pas tu gaul sampai rata.
3 - Canaikan tebal 1/2 inci atau kurang kemudian acukan dalam petty tin yg telah disapukan majerin.
(kalo nipis lg bagus coz nanti bile dah masak die akan jd tebal jugak)

Cara-cara membuat kastard :
1 - Gaulkan semua bahan hingga sebati.

Cara-cara memasak :
1 - Kulit pastri yg dah dimasukkan dalam petty tin tu kenelah dicucuk2 ngan garfu coz nak hilangkan gelembung udara.
2 - Bakar 10 minit, suhu 180 darjah celcius.
3 - Keluarkan & tuangkan adunan kastard ke dalam tart.
4 - Bakar lagi selama 5 minit.
5 - Sejukkan & siap untuk dihidang.


Langkah2 awal masa penyediaan
Tara!!!! dah siap

Resepi ni aku jumpa kat dalam paper, tapi dah lupa la ape nama paper tu.
Kira bleh tahan gak la kan.Kalo asyik nak beli je tak best lak ni pun aku try modified sket resepi tu.
Kalo rase nak modified tu terpulang la kan.

Tapi semalam thap kerajinan tu tak bape tinggi so aku juz buat separuh dari resepi tu la.
Akhirnya dapat la dalam 24 biji tart telur.
8 biji dah hantar ke umah MIL, balance lg 16 tu aku ngan dear yg makan la.
Tu pun aku tgok pg ni dah tinggal sebiji je.
Alamak! nampak gaya kene buat lg la ni.
Tak pe la next week baru la buat lg, kalo buat selalu nanti cepat jemu lak.

Penah la skali tu aku buat banyak, ikut mcm dalam resepi la kan.
So aku hantar kat umah MIL, semua dok kate sedap. (Bukan nak puji diri sendiri tau)
Nak aje aku paskan resepi ni kat akak ipar aku, tp diorg blum nak lg la.
Sampai kan ader yg bgtau aku leh buka kedai pastri la coz aku suka try wat roti.
Kenkadang aku try gak wat garlic bread tu tp tak jadi la, keras semacam je.
Nak kene tambah ilmu lg la kalo nak buka kedai pastri ni.

Ok...enjoy my egg tart with my dear :-)

Thursday, December 25

Selamat Hari Natal


Salam Hari Krismass!

Semalam mak, nyah ngan abg & family dtg serbu umah aku yg comel "lote" ni.haha
Bukan ape abg dtg nak hantar mak kesini ngan nyah coz esok aku nak hantar mak ngan nyah tu blek kg.
So untuk meraikan tetamu yg dtg aku masakkan la 2 3 jenis lauk pauk untuk mkan mlm beramai2.
Aku masak lauk asam pedas ikan pari, kari telur ikan ngan sayur tumis campur.
Ader gak sesikit balance sup ayam tgahri td, tp tinggal seketul je.
Tu pun tak de yg nak sentuh pun.

Aktiviti lpas makan ape lg, dok tgok Herman anak abg aku tu main pusing kat depan kitorg ni.
Orang yg tgok die plak yg nampak penat, die langsung tak nak stop.
Sebenar nyer die ni baru je "dpt" kaki.
Bukan pe die ni baru je pandai berjalan.kalo tgok die jalan tgan dok kepak2 je coz nak balance kan badan kot.
Mak ngan abah die pun dah penat nak layan so dear la yg dok melayan, nampak sgt budak2 serasi tul la ngan dear.
(So sad blum ader rezeki lg la ni)





Herman ngan pak usu



Hari Khamis lepas sarapan nyah trus siap2 mak pun dok siap2 gak.
Tak sabo nak blek coz dah 2 minggu dok umah anak sane sini je katakan.
Mak ajak singgah umah MIL pg tu coz nak tgok FIL. Sebelum tu singgah econsave g cari buah2an sesikit untuk mak bawakan blek kg ngan nak bawa ke umah MIL.
Kat umah MIL kitorng minum2, makan pisang goreng dan sembang2 jugak la kan.Bukan slalu MIL ngan mak nak berjumpa.



Kat Klang trus tunggu kat bus stand. kalo nak ikutkan kitorg ni sampai awal la dlm stgah jam.
Ingat kalo awal lg nak ajak mak g mkn kat mane2 dulu tp mak tak nak lak coz dah kenyang mkn sarapan td, lg pun nyah dah siap beli macam2 kat econsave td.
Pg check no plat bus timbul lak 1 masalh.aku memang tak nak ader masalah time nak hantar mak ni.
Tp tak leh nak elak gak, salah budak kaunter tu la.aku dah bgtau nak g Lumut die bg g ipoh lak.
So trime je la, nasib baik ader tiket lain leh tukar.
Tp kene tambah duit sket la, ok la dari kene tunggu 2 3 jam lg kan.




Dear ngan majalah, mak lak sibuk tepon kg


Mak ngan nyah naik je bus tu lega btul aku rase tinggal tunggu mak call je bile dah sampai nanti.

Maybe yang dtg amik la dah umah die yg pling dekat dan hanya die lak adik bradik aku yg ade kat kg.

Kul 1 bertolak kul 5 ptg td mak sampai kat umah yang.rasenyer mungkin esok baru blek umah kot, mesti yang ajak tido umah die dulu.

Tu pun nyah kate mak dah sonok sgt dah jejak kaki kat umah yang sebabnyer dah selangkah lg dari umah la.



Pas hantar mak ngan nyah, aku ngan dear g jenjalan kat Jusco Bukit Raja. saje2 jalan2 abeskan duit yg ade.
Malas lak nak tgok wayang, aku decide juz nak pusing2 je.
Masuk kat Jusco aku ngan dear sempat la beli 2 brg.Aku beli selipar 1 yg murah2 je la.
Dear mcm bese la slalu nak cuci mate tgok kasut bola kat kedai Royal Sporting House.
Aku ni tukang follow bontot dear je la.Last2 bukan dear nak beli pun nak tgok je.
Alasan kasut kat umah masih elok, saje nak tgok patern baru cam ne.
adoiyai!! cam ni pun bleh ke.sabo je la, dah tu minat dear kan.


Malam lak mls tul la rasenyer nak masak, lauk balance mlm tadi ader lg.
Dear dah mkan nasi petang td, tp aku dah minta awal2 lg nak mkan kat luar coz dah lame tak g mkan kat kedai member sekampung dear tu.
Order nasi goreng paprik untuk aku, pas tu dear order char kuey tiew goreng.
Kebetulan dear ingatkan FIL so dear order kan char kuey tiew lg 1 untuk ucu ngan mee goreng basah untuk FIL.
Aku tinggal sorang2 coz dear g hantar umah MIL makanan tu, nasib baik la tak ramai org so bleh la aku dok sensorang.



Tu je la aktiviti kitorg time hari natal ni. :-)

Tuesday, December 23

2 tahun 5 bulan

Wah....hari ni genap 2 tahun 5 bulan aku kawen ngan dear kesayangan aku tu
Kebetulan hari ni dear stanby keje, so BIL lak mintak lauk ikan pari.
So untuk tidak membuang mase aku ngan dear jenjalan kat pasar di Pandamaran.
Ada macam2 pilihan, untung nyer la kalo umah aku dekat gile ngan pasar macam ni.
Nak tau sebab ape? sebabnyer pasar ni memang banyak pilihan, dah tu pasar ni sepanjang jalan kat lorong belakang kawasan perumahan tu.
Memang jauh kalo pusing dari pangkal nak ke hujung.tp jualan nyer semua lebih kurang je.

Punyer la payah nak jumpa ikan pari tu, ntah cam ne aku leh nampak lak ader sekor ikan pari ni agak besar gak la.
Tunjuk kat dear, dear kate nak yg mcm tu la kan, so ape lg alang2 dah jumpa & kitorg pun dah penat "tawaf" kat pasar ni dear beli je la.
bila timbang je aku dah bleh agak dah mesti berat ikan ni, tup tup apek tu kata 5 kg lebih.
Aku memang tgok timbang die mase tu takut2 kes kene tipu lak nanti.
So alang2 dah jumpa dear kata ok, so trus bayar & tunggu la ikan tu untuk dipotong.

Sementara tunggu sempat la jenjalan cari sayur2an coz esok mak nak lepak umah aku lg.
Hari Krismass nanti mak ngan nyah nak blek kg.
Sempat la sambar udang galah as favourite dear, sayur yg MIL kirimkan ngan dear.
Aku lak juz nak jenjalan je, coz jemu la dok umah terperap je kan.

Kebetulan malam tadi aku ngan dear kuar tgok wayang cite "Histeria".
Huh! memang nampak agak seram la, sampaikan org kat sebelah aku duduk tu bleh main sepak2 kaki aku.
Bengang je kalo ader org cam ni dok kat sebelah aku.
Mcam la die sorang je takut, aku pun takut gak tp pandai la cover.
Kat luar aku tgok couple ni mcm blum kawen je.

Cadangan asal kuar mlm td cume nak cari DVD pirate.hahaha
Aku nak tgk "Qurantine".DVD tu ader tp org yg jual tu bgtau kater tak clear lak.
Tu pasal la aku ngan dear g tgok gak citer Histeria tu.
Kalo ikutkan dear nak tgok citer "Transporter", tp setelah aku pujuk2 ajak tgok cite tu next time la.

Orang yg datang tgok mlm td pun ramai gak la, bleh dikatakan ramai couple la.
Aku ngan dear tak sah kalo tak amik tempat duduk blkng, so mlm td setelah sekian lame tak duduk seat tgah kitorg try la seat tgh tu.
Bleh la, tp aku lebih slesa dok kat seat area tepi dinding.
Tak de nak pikir masalah kene sepak2 kaki, juz aku je yg sepak dinding tu.
hahaha..

Untuk sambutan 2 tahun 5 bulan ni aku masak kan dear nasi goreng cili padi + belacan, as her favourite food.
Bile aku try mkan memang pedas, ntah cam ne dear kate bleh la.
Slalu kalo dear kate bleh la tu maknanye tak pedas sgt la tu pada tekak dear.
Aku lak memang leh je masuk mkan pedas2 ni tp kenkadang perut ni tak leh nak tahan.
Siap aku ngulang ke toilet tu 5 6 kali la nanti.

For dear, ayang need you so much to make my life happier. Semoga cinta dan sayang sentiasa milik kita berdua agar dapat merealisasikan impian kita bersama2 :)

Monday, December 22

Ceria menghadiri jemputan perkahwinan

Untuk sekian kali nyer lg minggu ni akan sibuk nak menghadiri ke majlis perkahwinan dan juga pernikahan.
Start ngan hari sabtu, pg2 lg mak minta aku hantarkan ke umah mak cik coz mak nak tolong masak kan lauk2 pengantin.
Ehmm rasenyer dah lame mak tak tolong masak2 gini.
So pepagi tu dalam kul 8.30 pg aku hantar mak ngan nyah ke Puchong.
Kalo nak ikutkan umah mak cik ngan umah aku ni tak de la jauh sgt.
Cume jalan nyer la tak bape cantek sgt la.
Pas hantar mak aku blek umah trus kemas2 umah, dear g keje so kene tunggu dear blek baru la bleh pg Puchong tu.
Segan la kalo nak pg sensorang ni.kang ada yg asyik tanye lak.
Zeni mane? aku lak yg tak tau nak jawab kalo asyik ditanye.
Sebelum pg umah knduri sementara tunggu dear blek keje aku sempat la tgok mawi ngan ekin nikah.
Fulamak majlis nikah! ehmm langsung tak same la ngan majlis aku dulu.
Yg same juz akad tu je la..hahha tp aku dulu bapa aku yg nikahkan.
Mungkin begini lebih afdal pada pandangan mak aku.
Lgpun penat2 aku dibesarkan bapa aku tibe2 time nikah nak pas kat org lain lak.
Aku pun memang mintak bapa aku sendiri yg nikahkan.
Tingat lak mase bapa aku nikahkan tu ade la 2 kali tersalah sebut, mungkin takut kot tp akhirnyer berjaya gak la.
aku ngan dear dtg lewat tp blek awal.

Berbalik pada cite kenduri kawen aku pg dlm kul 1 ptg, sampai trus makan tgok2 pengantin bersanding.

siap ader yg bersilat lg..best nyer kale purple lak tu.dear lak tak heran nak tgok pengantin bersanding tu...
kalo aku nak gak la tgok, memang sepadan la pengantin tu.sweet je tgok pape pun tahniah buat Aini ngan Halim...welcome to this club! :)

lepas makan n tgok pengantin mak lak ajak blek coz mak dah dtg awal2 lg...dah rimas la tu.

Malam lak nyah ajak pg makan2 kat Port Klang...tp tak tau kedai makan yg mane...so dear bawa la kitorng g ke Chandayu. tempt nyer agak tersorok sket coz betul2 kat muara la..jalan nak g ke restoran tu laluan titi tanpa pemegang..
aku agak takut gak coz titi tu bergoyang2 bila ramai2 naik skali gus..tgok kan kayu pun aku dah seram rase cam nak tunggu mase je terjatuh..ingatkan aku sorang je yg takut rupernyer mak lg la tkut sampai kan nak tgok kebawah je mase jalan.

Kat restoran tu walaupun agak simple tp sronok la coz memang makan kat area jeti la kiranyer.tp nyamuk lak banyak, mak siap "curik" ubat nyamuk org tu coz nak letak kat bawah meja kitorang.hahha mak mak..

sampai2 je cam bese la abg aku tu la yg tukang order nak mkn ape..hmmm kitorg ikut je la abg oiiii...mcm2 la yg diorder nyer...

nasib baik bleh gak kitorg abeskan haha tu pun aku ngan dear la org last yg basuh tangan, maknanyer kitorng ni la tukang ratah2 sume lauk tu coz kalo ngan mak sayang la kalo makanan tu tak abes...tu pasal kot aku ni tak turun2 lemak nyer..hahha



Untuk hari Ahad lak, nak bawa MIL ngan family g jemputan pernikahan kat Sg Kandis Klang..umah bakal mertua Eja, my SIL...sampai sane tolong potong2 ape yg patut, lgpun mase tu memang dah tinggal sket je lagi keje..tp bleh la kalo nak tolong la kan, dear dok lepak kat umah K Ton coz nak tgok2 kan FIL kat sane.


dalam kul 12 tghari aku ngan dear kuar g Klang nak cari tiket untuk mak ngan nyah nak blek hari Khamis ni @ Krismass Day!

ehmm windu la nanti aku ngan mak kalo mak dah blek kg..so pas beli tiket aku ngan dear g makan rojak ngan cendol, singgah kedai kek g cari kek untuk birthday party Hazira anak K Nab.
then singgah lak kat 99 Speetmart coz nak cari jajan tambahan untuk party tu nanti.
So blah petang lepas zuhur K Nab mula la kuarkan kek ngan jajan sume.ehmmm nyum2 nampak sedap je kek tu..

ni la birthay cake buat Hazira


Me and dear with blue theme


Thursday, December 18

Bergembira bersama2 :)

Untuk sepanjang minggu ni aku ngan mak asyik kuar bersama2...kuar g mane?ehmmm setelah beberapa hari mak terperuk kat umah tiba la masenyer aku ngan mak kuar jenjalan...ala setakat g ke PKNS,tu pun sebab nak beli manik.bawa mak skali senang la kalo nak pilih..hmm ade la beli sesikit, ader 2 jenis 1 labuci 1 lg manik kaler oren..canteknyer tgok kaler oren ni.mak bg kain kaler oren...kebetulan lak theme colour eja kawen kaler oren ni..ok la tu bleh la aku pkai nanti.



ni la die 3 jenis dan lain kaler manik yg aku gunakan.


So kat PKNS tu sempat la cuci mate tgok tudung yg cantik2, baju2 tp mlas tul la nak beli...lgpun raya kan dah lepas..kang dear bising lak kalo asyik beli baju je.tu hari dah g shopping kat j card day pun dah byak gak la yg abes..walaupun org ramai tp aku masih sempt nak memilih baju t yg sesuai untuk aku ngan dear..dpt la 3 helai.blek umah tunjuk kat dear, dear kate ok je..aku pg beli lak kaler oren coz tu hari mase jenjalan kat ioi mall dear berkenan ngan baju t tu..so tu pasal la aku beli gak.





Mak masuk sume kedai hari tu..kalo ikutkan hati nak cari sandal, tp masalah sket la ngan saiz kaki aku ni..ade gak la slipar yg aku dah berkenan kat kedai Bata tp tak pe la next time nak cari ngan dear lak la..hmmm tp dear akan suke tak ngan pilihan aku tu?payah gak nak fikir ni.so dah alang2 mak nak tgok kasut ngan handbag aku pun join skali la.kalo cite kat bapa aku ni mesti dier bising lak nanti...mak aku lately ni asyik cari kasut ngan handbag je, last yg belikan handbag mak tu abg aku la..aku penah beli tp tak berkenan lak..so aku kene pakai la.




Dah tgahari tu aku ngan mak singgah makan kat kedai makan ape ntah namenyer, aku dah lupe coz dulu mase blajo kat poli slalu la mkan kat sini..makanan bleh than la tp kekadang aku rase cam harganyer agak mahal la.mak belanja kali ni, segan lak mak yg blanja..hehehe tak pe la kan..bukan slalu.kitorng mkn nasi campur...dan mak cam bese air favourite mesti air sirap.hmmm ni pilihan sejak dari dulu lagi kalo tak silap aku la.




Lepas makan kitrong gerak blek umah,on our way blek umah mak sempat cite nak suh aku beli umah sendiri...tp tu la aku memang dah ader umah pilihan hati, cume duit nyer je blum cukup lg..aku bawa mak tgok umah tu, mak pun kate cantik...haha tu la pasal kalo tak cam ne anak mak ni bleh berkenan ngan umah tu..nak kate dekat tak dekat la ngan umah mertua aku..so ok la kan...umah nyer 2 tingkat, kekadang cam rase pyah la kalo time2 nak kemaskan umah tu...umah 1 tingkat pun kadang2 mls nak sapu sampah ni kan kalo 2 tingkat..hahaha agaknye mase tu nanti kene la rajin2 sket la kan, kalo kotor umah sendiri pun tak leh jadi la cam tu..




Esok nyer hari Khamis aku bawa mak g cari barang2 jahit lak..memula saje je ajak mak jenjalan lg, pas tu mak kate kalo jenjalan ader pekdah ok la..so aku ajak la mak g Mydin kat Subang Jaya.tak jauh pun, dlm stgah jam dah sampai..nak cari parking kat area bawah tak de so parking kat area lapang jauh sket la..cian lak mak nak jalan kaki jejauh.sampai sane trus amik troli pg tingkat atas pg trus ke area brg2 jahitan...ader mcm2 pilihan, mak pilih zip kain, benang, getah pinggang ngan kain keras.tu pun bleh dikatakan stok untuk brape lame ntah.mak dah la hari2 gune brg2 tu.kira ok la dapat beli ngan harga yg murah sket.




Tgahari tu skali lg aku ngan mak mkan kat luar...kitorng mkn nasi briyani!huh tu pun aku yg suggest mak..mak ikut je, tup2 bile kene time bayo mak bg duit lak...ehmm mak blanja lg la nampak gayanyer..nasi nyer byak sampaikan aku pun tak terabeskan nasi tu...kire bleh than gak la nasi dier walaupun tu la 1st time aku try makan kat sane..kalo ngan dear jrg la dear nak mkn kat sane, slalu kitorng suker mkn kat umah...cume sesekali best gak kalo mkn kat luar ni.mak pun berselera gak la mkan.




blek umah dekat kul 3 ptg, rilex jap pas tu solat zohor...mak letih kot jalan2 2 hari ni sbb aku tgok mak tertido dpan tv tu lepas solat...ehmm cian lak, kalo dok umah je kat bleh...tp tak pe la dah lepas pun.sampai kat umah sibuk tgok ape yg beli td..yg pling best tang mkn tu ttp tak lupe.aku beli ayam separuh nak wat lauk kot2 ader abg yg nak dtg umah lak ke ader la lauk tak la malu sgt nanti..hehehe




So hari ni aku kuar g umah MIL nak tgok kan mesin jahit tepi, dear ngan kak ju yg bgtau mesin MIL tu tak leh jalan..aku g sane aku tgok ok je, benang pun tak de yg putus..so aku try kat perca nak tgok jahitan tu cantik ke tak..just tu je la yg aku bleh tolong tengok2kan.yg lain mintak maaf la, mesti aku tak pandai.pg puchong amik akak petang tdi..ajak mak, mak lak tak nak ikut so aku tinggal kan mak sensorang la..tak pe la, papehal kunci umah aku dah bg dah kat mak td.




pas amik, die lak ajak g KFC. nak beli makan pape yg patut la,so agak byak la yg kitorg dpt hari ni..coz y?akak bleli 9 ketul nyer..memula budget kat dlm hati,9 ketul ni cukup la kan...org yg nak mkan ader la 3 4 org je.sampai umah terus makan KFC.aktivti aku ngan fmly aku minggu ni nak hadiri kenduri kawen.aku ade la 3 buah umah, penat nak pikir nak g yg mane dulu la..




ape da aku merepek pepanjang ni...:)





Monday, December 15

Meraikan jemputan perkahwinan :)

Minggu ni sibuk ngan mak nak dtg.
Mcm2 la yg dah aku siapkan kat umah, tp sayang nyer mlm pertama tu mak trus g kat umah abg aku kat rawang.
Coz lebih dekat ngan highway lgpun ader cucu nak main kat sane.

Petang sabtu abg call bgtau nak dtg sini mlm ni, tp dah sampai masenyer abg call lg skali bgtau mak nak lepak umah abg yg kat rawang lak.
Ala mane2 pun same kan mak, kali ni mak dtg ngan mak tok.
Bapa aku tak nak ikut lak..dah la lame nak lepak sini, kalo dtg skejap je ok gak la..
Org tua ni kalo dok umah pun bosan giler gak dier.

driver yg excited nak g kenduri kawen ngan nak jumpa MIL

alamak skali dear jelir lidah la plak..

gembira coz nak pegi jumpe mak...:)


my lovely driver..

Mlm ahad tu mak sampai trus g umah abg.aku ngan dear dpt jumpe mak esok nye..hari minggu kitorg jumpe kat umah mak cik kat taman medan.
Ramai gak la yg dtg kenduri kawen tu walaupun cuaca agak mendung dan gerimis halus kejap2.tp pengantin tetap bersanding dlm majlid yg meriah.

Colour theme? biru laut, how sweet!!!chantek la bile tgok ader yg gune kaler ni.huhu jeles tau.
Mase kenduri cam ni la semua sedara mara nak bertukar citer.K
alo bulan lepas aku pg umah pak cik kat hulu klang tu byk blah ayah.

hari ni kebyakan blh mak lak, blah mak memang lg ramai.semua memang suke berkumpul ramai2 la..kebetulan lak minggu depan ader majlis kahwen mak sdara aku.pe lg memang amik kesemptan ajak semua sedara yg ader dtg umah minggu depan.

tgahri lepas mkn dan majlis pun dah selesai mak ajak lepak umah mak cik kat area blakng umah pengantin je.
pg sane jln kaki je bukan jauh sgt.kat sane minum2 pas solat baru gerak blek umah, abg lak blek umah dier la coz esok kan nak keje dah.aku ngan dear hantar akak kat puchong pas tu blek umah.

baru sejam 2 kat umah dear bgtau lapar coz dear tak mkn td..hahha aku dok sibuk ngan akak aku so tinggal la dear ngan abg je.so nak tak nak usahakan gak mskkan mee greng kuah.mujur bhan2 ader so senang la..aku main campak2 je, kbetulan mak pun tido coz letih sgt kot.so lepas asar aku ngan abg mkn dulu, pas tu baru mak mkn lak..huhu tak sangka mak kate sedap! yahoo..
so sepanjang minggu ni ngan minggu depan maybe mak akan lepak umah aku..haha puas hati walaupun tak dapat blek kg

Friday, December 12

Minggu shopping

This week aku pg banyak hypermarket, start dari minggu lepas cari brg2 dapor sampai la semalam pg cari baju untuk ipar aku yg sorng tu
shopping kat tesco nak cari brg dapo sambil survey cari brg2 lain.

ok la, byak gak la brg kitorng beli.
pas tu mase raya haji lepas aku ngan dear g mid valley lak.
ingat nak tgok movie tp sesak gile, mane la tau kot2 musim raye ni ramai yg dok kat umah.
padahal meleset lak...ramai gile!

pas tu jenjalan lak ke Giants puchong nak cari brg sket, singgah umah akak aku.

lepak2 jap pas tu blek umah..pas tu lak ader jcard day kat aeon bukit tinggi.
mak oiiii rmai gile org nyer sampai nak cari parking pun berpusing2 la 2 3 kali.
tu yg leceh kalo g sorng kalo g ngan dear ok gak la kan, aku leh trus pg jalan tinggal dier lepak jg kete je..hahhah
so dah dapat parking aku trus pg jusco nak sambar brg2 mane2 yg berkenan.
dapt la baju t 3 helai ngan comforter.
tu pun dah abes dekat 200 gak la.

dan semalam MIL lak ajak kuar cari baju adik ipar aku.

sibuk je nak baju untuk ipar aku yg sornag tu nak kawen, mcm dier lak yg nak kawen.
MIL aku ngan dear dok ikutkan je la.
aku?huh kalo ikutkan aku cam mls je nak ikut tp nak jg hati MIL la kan.
dah la kalo bab memilih kain tu mcm2 hal.
aku naik mls dah nak follow die tu,cerewet sgt.
bergaya no 1 la kalo kat dier.
dah penat ikut dier kedepan keblkg kat nagoya tu aku masuk tesco lak nak cari lg sket brg2 dapo...ader yg dah abes, nanti kalo mak dtg pyah lak kalo ader yg tak cukup brg.

so dlm minggu ni merata hypermarket aku pg.

semua nya sbb nak cari brg, time tak keje ni lak la ader mcm2 nak beli lak.
adoi la

Wednesday, December 10

Full housewife

Full housewife?..ehm memang tak penah plan la nak jd cam ni..
tp dah nasib ketentuan kot, stakat ni life kire ok la.
dear pun jenis yg tak kisah sgt aku ni keje ke tidak.
keje ok tak keje pun ok gak.
tau2 je la skrg ni kan sume nyer nak gune duit je,kalo sorng je keje tak brasap kot dapo tu..
mkan tu dear tak kisah sgt tp kalo bleh bab kesihatan ngan keselesaan tu memang la diutamakan,
tingat pesan mak dulu..kalo boleh keje tu keje la, kang mane la tau kan ajal maut, jodoh pertemuan tu ditangan yg maha esa..sekelip mata je bleh ditarik blek.
mak kate kalo bleh keje tu keje la, tp syg nyer stakat ni impian mak nak tgok aku ni keje gomen tak dpt laksanakan lg.
bukan ape, susah sgt nak dpt la.
bukan tak try pg interview tp blum ader rezeki lg la org kate kan.

so now on maybe jd full housewife & ader sket planning nak wat small business la.
tp tgh dok fikir nak wat bisnes ape la ek.
kalo tanye kat dear confirm dear kate jd tukang jahit, tu pun coz mak ngan keturunan mak tu memang tukang jahit.
mak dulu penah gak cite kat org kg maybe aku lak yg akan sambung keturunan aku tu.
adoi la
aku ni skill pun msih terkapai2 lagi..usahkan nak jahit baju org lain, baju sendiri pun mintak mak yg tolong jahitkan.hahaha thanks mak :)

kebetulan MIL aku pun bleh menjahit gak, tiap kali nak raye, nak buka skola MIL la yg sibuk nak siap kan baju org.
same cam mak aku gak, dulu mase bujang kalo cuti semester tu ader gak la aku jd tukang tolong2 mak jahit bju org lain.
skrg ni nak sentuh mesin pun tak bg.
tak adil betul la mak ni, mcm sygkan mesin lbh lak dr anak nyer ni..hahaha

so as full housewife skrg ni kene la wat keje umah.
tp dah seminggu tak keje ni aku asyik jd driver SIL je.
ader yg nak g klinik la, nak kene hantar g pekse laa.
mcm2 ragam kan kalo ader ramai SIL ngan BIL ni.
tp tu la yg meriah kan mase raye.

wat dear, ayg nak cari keje gak ek.
kot2 ader keje senang sket la wat modal nak wat business kite nanti,

Tuesday, December 9

SALAM AIDILADHA

Salam aildiladha buat semua..
semalam raya tp sedey sket la coz kalo nak ikutkan taun ni blek kg..tp aku yg tolak offer abg bulat2 bukan sebab pe..mak nak dtg sini lg bulan ni, maybe hujung minggu ni kot
kang kalo blek kg mak lak dtg susah lak..
alang2 aku tunggu je la mak dtg pastu bulan 12 nanti baru la blek kg

nak cite pasal raye korban kat sini pun tak meriah sgt la mcm kat kg kan..memang la sini pun kire kg gak tp kalo kat kg ader ramai yg dtg umah.
kebetulan lak mase raye tahun ni, dari pagi sampai ke mlm hujan je.
org yg nak sembelih korban tu terpkasa la bermandi air hujan untuk laksanakan tugas diorg tu

pagi raye ni aku lepak umah mertua aku, ader ramai la kat sane..kalo kat umah aku mesti nak nangis windu kat kg...tambah2 lak ngan lemang. :(
alahao...anak mak ni tau.
abg cam bese, pas solat sunat raya dear bawa aku g umah mertua pas tu dear gerak g tempat korban.
yg kat umah lak kejenyer mkn ape yg ader la kan..maklum la raye.

tgahri dear blek umah, tukar baju..makan tengahari pas tu rehat2 jap..baru blek umah.
kat umah mandi2 tukar baju lg trus kuar jenjalan ke Mid Valley Megamall.
nak wat pe kat sane?ehmm nak cari barang berharga..
ehmm Thank you dear..i need this thing so much, but i need you too much :)

kat sane tu dah la jem nak parking, kat dlam tu lg la...punyer la ramai nyer org..
ingatkan org blik kg, tp aku salah org nyer ramai tul
melayu kurang sket la, yg ramai cina ngan plancong asing la.
lpas dpt brg tu trus je kitorg blek umah..singgh umah mak pas tu mkn sup tulang masakan spesel kak ju..(tulang tu aku ngan dear yg beli kat pasar besar klang sehari sblum raye)
tu je la cite raye aku...

Monday, December 1

Today as my last day working

Ehmm so sad...today my last day working here..
to much memories to remember.
but live must go on.

not to happy but aku rase ok la coz beban aku keje kat sini dah tamat.
tak de farewell party, tu aku tak kesah coz yg lain benti keje pun kitorg wat farewell sendiri2 je.jumpe after working hour dan makan2 sambil2 tukar no phone.
maklum la keje skrg ni gune phone company kan.

mase nak dtg keje td cam tak de semangat je coz tau today my last day.
bile sampai ofis inform kat member2 diorg terkejut la..tu yg very2 sad moment.
nak buat cam ne..contract

after this i'll be full house wife before get new job.
but someone already offer me new job for next year.
hopefully i get that job. :)

to all my members here, i'll feel so sad to leave this company.
semoga korang semua mampu bekerja ngan lebih baik dan semoga cmpany ni akan terus maju dari sekarang.