Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, February 23

Jaga-Jaga

Assalam...

Isu panas tentang buku "Where Did I Come From" aduh....berat kepala nak fikir. Belum mula belikan anak-anak buku lagi tapi akan datang perlu senantiasa berwaspada.

Baca selanjutnya di sini. Semoga kita ibu bapa lebih berhati-hati kelak.

Monday, February 20

Ini Penamatnya

Assalam…



Hehe… jika di izinkan Allah bulan depan pertengahan aku bakal menjadi suri rumah sepanjang masa. Tapi terkadang rasa seperti mahu berkerja juga tapi mungkin menjadi seorang yang memilih tempat, masa dan hari bekerja. Susah juga kalau macam tu kan…. Tapi untuk sementara lebih baik aku berada di rumah sepanjang masa dengan anak-anak. Biar mereka sihat seperti biasa dan aku pun boleh tinggalkan mereka dengan senang hati.


Kejutan yang teramat pada mereka di sini, tapi ini keputusan muktamad yang telah aku berikan. Pihak HR pun sudah maklum cuma aku masih belum bersemuka dengan HR Manager. Hehe… takut juga ye bila nak berhenti, kekadang rasa macam masa minta awal-awal minta kerja pulak.


Rancangan aku.


1. Duduk rumah jaga anak dan mulakan apa juga perniagaan dari rumah.


*Berminat nak menjahit, merancang nak beli mesin jahit dan ambil kelas belajar menjahit. Kalau setakat jahit baju sendiri boleh la. Tapi kalau nak ambil upah ni susah sikit perlu ada ilmu di dada dulu. Pernah berniat nak buat bisnes jual barang-barang kreatif juga. Harap-harap impian terlaksana.

2. Berkerja di tempat yang dekat dengan rumah, masa yang flexible dan 5 hari bekerja.


*Masih perlu bekerja bila memikirkan masalah kewangan yang bakal dear hadapi akan datang. Kata dear kalau aku tak kerja mungkin dear akan selalu kerja lebih masa jadi jangan bising kalau dear kerap balik lewat dan kerap kerja bila hujung minggu. Ehmmm kalau ikutkan sekarang pun dear kerja balik lewat dan hujung minggu pun kerja jadi sama saja kalau aku kerja atau tidak.


*Rancangan awal aku sebenarnya aku nak selesaikan bayaran pinjaman PTPTN aku. Sekarang sudah bayar hampir separuh. Tidak sampai hati nak menyusahkan dear nak membayar hutang pelajaran aku.


*Sekurang-kurangnya dapat membantu ahli keluarga lain (kakak ipar) dapat sumber kewangan bila dia menjaga anak-anak aku. Hehe… niat biar ikhlas ok.


Berharap sangat agar yang mana-mana antara 2 ini menjadi kenyataan. Biar lah apa juga tentangan yang pasti hanya aku sahaja yang tahu sebab kenapa dan mengapa aku berhenti kerja. Masalah tidak akan berlarutan jika diselesaikan dengan cara yang baik. Mungkin aku sekarang menjadi racun kepada kerja-kerja mereka semua sekarang…jadinya untuk bulan terakhir aku disini tiada kerja yang bakal aku buat, kecuali jaga kaunter dan buat kerja-kerja yang mudah dan menjengkilkan hati.

Sunday, February 12

Di Padang Permainan

Assalam...

Budak comel yang bikin hati geram!!! tak sabar nak pergi taman padahal bukan dia nak main tapi nak keluar dari rumah je.

Taman ni kosong, tak banyak mainan tapi ada padang bola bersebelahan yang digunakan oleh bangsa lain (bangladesh) semasa kami di sini. Kemudahan yang ada pun agak sederhana cuma keadaan tanah dan kerengga agak mengganggu suasana mainan anak-anak.

Ashraf tak boleh lepas merangkak sana sini, bahaya

Amar paling seronok dapat main apa yang dia nak.

Kayuh dan goncang-goncang...ahaks!

Main buaian pula tapi sebelum tu Amar jatuh kat lopak air sebab sibuk nak ikut abang-abang bangladesh ke padang bola.

Ashraf tetap setia di sisi mama juga.

Kalau nampak la kan, kat bonton tu dah basah, kotor dan siap la baliknya mama terpaksa menyental seluar itu.
Sekian, kisah kami anak beranak berjalan-jalan di taman permainan yang tiada orang lain. :p

Saturday, February 11

Ford Escape

Assalam...



Satu petang yang amat menyeramkan pada aku tapi pasti tidak pada orang lain. Ish maunya tidak seram tiba-tiba di minta pandu kereta besar dan tinggi. Bukan lori tapi kereta ok. Kereta Ford Escape milik abang ipar sebelah rumah aku tu la. Dear keluar pergi kerja pinjam kereta dia dan tukar di kawasan pejabat aku.

Kenapa perlu tukar? sebab abang ipar aku yang ni rajin keluar malam jadi dear tak mahu nak menyusahkan dia sampai tak dapat keluar malam. Bila aku cerita pada kakak ipar aku dia marah aku balik katanya "biar la dia tak keluar, duduk rumah elok-elok" Aduh aku juga yang menjadi mangsa. Tapi aku tak dengar pun dia keluar malam tadi cuma alihkan untuk parking je la.

Jadi kesimpulannya bila aku bawa kereta orang lain terasa janggal yang amat dengan jalan yang aku lalu tu. Memang itu jalan yang biasa aku lalu tapi bila dapat kereta besar dan tinggi ditambah pula dengan stereng kereta yang memang ketat gila bila nak masuk simpang. Urgh... rasa macam lepas ni aku tak nak bawa dah kereta tu. Hakikat aku pernah je bawa kereta tu semasa Zikri belum ada lagi. Haha...

Monday, February 6

Tahlil 23.1.2012

Assalam...

Nak buka cerita lama, maklum saja bulan lepas jarang-jarang amat dapat online dan dapat masukkan entry baru. Jadi bulan ni kita pulun rewind semula. Ahahahah...

22 hari bulan januari lepas keluarga MIL buat kenduri tahlil untuk arwah FIL bagi tahun ke 3. Pantas masa berlalu, hujung tahun nanti arwah bapa aku pula. Rindu yang amat dengan mereka berdua...semoga mereka bahagia di sana..amin.

Bahan untuk memasak.

Chef sedang memasak dan dibantu oleh 2 orang lelaki, yang perempuan duduk ditepi  saja.



Menyelamatkan gula setelah diserang semut.

Anak ini kepasanan dan masa aku banyak di habiskan dalam rumah...ngular!

Apam kukus yang menjadi pilihan semua, gebu tau...hasil tangan mak itam ni. Plan nak buat 2 loyang last-last jadi 4 loyang

Mak uteh posing depan berkat/nasi ambeng moden. Kami masukkan dalam tupperware plastik bulat. Bawah nasi lapiskan dengan daun pisang yang di potong bulat, kemudian diletakkan ayam goreng berempah, serunding, sayur  campur, mee goreng dan ikan masin serta timun.

Kuih untuk di jamu pada tetamu yang datang ke rumah.

Yang ni si bapa sibuk melayan kerenah budak kecik ni. Tak penah sudah paling suka duduk main kat luar.
Syukur, majlis berjalan lancar... tetamu pun ramai yang datang, saudara mara pun ramai. Kebetulan hari yang sama sepupu bertunang dengan orang Melaka. Ouh...pak cik mak cik yang ke Melaka singgah umah MIL sebelum balik ke Sungai Udang di Klang.

Sunday, February 5

Banyaknya...

Assalam...

Sebelum cuti panjang minggu lepas bos akan kemaskan meja, tinggalkan meja sekosong-kosong yang mampu. Jadi bos akan bagi aku kertas yang mana dia tak guna dan aku akan gunakan dengan sebaiknya. Untung gila dapat pekerja macam aku kan? ahahah...

Mula-mula tengok agak terkejut juga tapi bila fikir memang macam ini la agaknya cara mereka dapatkan sesuatu kerja/projek. Ish...tengok saja la ye.


Kesimpulannya claim yang dibuat lebih banyak pada hiburan. Pastinya bagi semua bos aku agak la, tapi ini perkara biasa bagi mereka.

Renung-renungkan la, banyak juga yang aku dapat bila bekerja berlainan bangsa. Big bos memang terbaik, syukur sangat-sangat.....bukan jenis yang garang tapi tegas pada tempatnya. Cuma anak-anak buah Big bos memang tak boleh ikut.

Saturday, February 4

Kreatif & Aku Suka

Assalam...

Belum habis mood tahun baru cina, hehe...jom layan 2 pic ni.


Best gile aku tengok kad raya dari York Malaysia ni, mana tidaknya sporting amat pekerjanya sampaikan sanggup gambar derang semua dibuat karikatur. Kreatif pun ye kan. Ni aku amik lagi 1 pic aku zoom kan.


Kalau kat office aku ni tak ada maknanya la bos-bos yang ramai tu nak buat macam ni.:)

Friday, February 3

1st Day 'Lunch for Open Office' CNY 2012

Assalam...

Mood kemalasan nak berkerja sudah datang, ayark...dah syok-syok dapat ang pow tetiba hari ni hilang mood kerja pula? ehm.... adalah kisah di sebaliknya ok, malas nak cerita nanti boleh buat hati lagi panas.

Kita sambung cerita CNY 2012 di office untuk tahun ini. Ouh hari pembukaan selalunya paling seronok sebab bos-bos akan datang bagi angpow pada semua pekerja. Hari ini juga semua bos-bos bergembira mana tidaknya selepas acara tarian singa, makan-makan kemudian ada acara gambling besar-besaran. Biasanya buat 2 tempat 1 di conferrence room (untuk pekerja) 1 lagi di pantry untuk bos-bos dan rakan-rakan pembekal. Dasyat kan? tapi ini la yang perlu aku lalui sejak 2 tahun lalu. Sabar je la kan.

Terkadang mereka main tak ingat dunia, kami yang melayu ni terpaksa dengar dan saksikan sahaja perilaku mereka. Bising tu jangan cerita, memang bising amat. Lantai pun jadi kotor, maklum aja masa ni cleaner pun sibuk kemaskan hal-hal kebersihan di bawah. Kelam kabut sikit la office sepanjang hari, cleaner pulak esoknya masih sibuk membersihkan office. Kesian pun ada...tapi kerja dia kan.


Di mulakan dengan acara Tarian Singa kemudian yang meraikan tahun baru cina akan sembahyang dan kami yang lain akan makan-makan. Kemudian berbual, berborak sepanjang hari. Eh...yang mana-mana jarang masuk office tu masa ini lah kami dapat berbual panjang. Mengeratkan silaturahim. :)

Makanan banyak berlebihan, makanya kami dapat la satay....ahaks ini pun dipaksa dek kawan 1 office kalau tidak tak kuasa aku nak tapau bawa balik umah. Itu pun masuk kereta Zikri dah bau, terpaksa buka dalam kereta sabar je la melayan kerenah anak sorang ni. Belum adiknya sibuk nak itu ini nanti lagi pengsan mama nya nak layan. :p

Terpaksa balik lewat sampai kul 6 petang, balik pula ada jem di Kesas. Aduhai la nasib, rupanya ada lori terbalik tengah highway. Masa perjalanan biasanya tak sampai 5 minit menjadi setengah jam. Huh 3 km tersengguk-sengguk...kalau bawa manual maunya naik krem kaki aku nasib baik auto jadi senang tinggal tekan brek je itu pun rasa macam nak patah juga. Hehe

(P/S: bos ada sediakan makanan yang haram untuk kami yang berbangsa melayu makan. Tapi syukur bos letakkan makanan itu kat dalam stor, siapa yang nak sila lah ke dalam stor ambil. Hehe...kan dah kata big boss memang menjaga hati dan adab dalam semua hal)

Thursday, February 2

Sebelum dan Selepas CNY 2012

Assalam...

Ini kisah sebelum CNY yang lalu. Hehe..maklum saja dalam kesibukkan melaksanakan tugas tapi mampu juga aku rajinkan tangan ambil gambar. Ouh...kawan-kawan pun excited tengok. Hehe...maunya sebab lepas tu kan nak cuti panjang.

Semua sibuk kemas meja masing-masing, tapi aku dengan kawan aku sibuk siapkan tender pagi Jumaat tu. Hari last kerja kami jadi hari paling sibuk, aku sampai tak selera nak sarapan pagi tu dek kerana tekanan dengan tender yang nak submit tengahari tu.

Sibuk siapkan tender terakhir sebelum bercuti panjang.

Pn. Syue pun sama.
Keadaan office dah masuk 3 minggu berhias, ada ikan gantung-gantung, nanas dan angpou di gantung di pokok. Kad raya pun dah di tampal di partion kami...ouh awal-awal dah membangkitkan mood nak cuti la pula kan.



Hamper juga sudah banyak diterima, tak lupa juga dengan berkotak-kotak buah limau mandarin. Aku hanya dapat limau mandarin je hamper bagi kat office mate chinese. Malas nak pilih hamper, takut nanti ada yang haram kan susah. Tapi ada juga yang merungut kenapa tak dapat hamper...ehmmm aku dengarkan saje la rungutan tu.

Hamper yang sudah tersusun cantik.


Tidak dilupakan juga limau mandarin sekotak yang aku dapat, semua buah dalamnya tidak mengecewakan manis-manis belaka.


Selepas selesai semua bila naik cuti maka tinggal lah ini untuk hari pembukaan office nanti.


Wednesday, February 1

Ong Tahun Baru Cina

Assalam...

Sudah masuk hari ke 2 bekerja setelah bercuti panjang selama seminggu. Seminggu juga lah blog ini tidak di update dengan alasan aku tidak mampu online jika berada dirumah. Masa dihabiskan untuk melayan kerenah anak-anak dan balik kampung selama 5 hari yang sangat menyeronokkan.

Syukur dengan rezeki yang Allah S.W.T. berikan untuk aku pada tahun ini. Ini tahun ke 2 dapat insyaallah kalau masih mampu bersabar tahun depan boleh dapat lagi.



Kemana aku sorokkan segala rezeki yang telah diterima? ok, ke sini....



Aku tak rancang nak buat, tapi bila terfikir kenapa tak buat kan senang. Apa-apa hal akan datang aku dah ada persediaan untuk mereka. Insyaallah bila usia mereka menjangkau usia 18 tahun akan aku tukarkan kepada nama mereka sendiri sebagai pemegang akaun atau akan aku lanjutkan sehingga usia 21 tahun jika perlu (perlu menilai kemampuan mereka untuk menguruskan kewangan dahulu). Masa ni harap-harap mereka akan gunakan duit yang ada kearah jalan yang baik.

Pagi Isnin masuk kerja pun masih dapat ang pow dari semua bos, kawan-kawan yang sudah berkahwin dan pembekal yang biasa kami berurusan dengan mereka.



Moga-moga rezeki akan datang lebih meriah dari sekarang. Insyaallah! :)

(p/s: bukan berniat nak berlagak tapi ini untuk kenangan akan datang)