Assalam...
Sudah masuk hari ke 2 bekerja setelah bercuti panjang selama seminggu. Seminggu juga lah blog ini tidak di update dengan alasan aku tidak mampu online jika berada dirumah. Masa dihabiskan untuk melayan kerenah anak-anak dan balik kampung selama 5 hari yang sangat menyeronokkan.
Syukur dengan rezeki yang Allah S.W.T. berikan untuk aku pada tahun ini. Ini tahun ke 2 dapat insyaallah kalau masih mampu bersabar tahun depan boleh dapat lagi.
Kemana aku sorokkan segala rezeki yang telah diterima? ok, ke sini....
Aku tak rancang nak buat, tapi bila terfikir kenapa tak buat kan senang. Apa-apa hal akan datang aku dah ada persediaan untuk mereka. Insyaallah bila usia mereka menjangkau usia 18 tahun akan aku tukarkan kepada nama mereka sendiri sebagai pemegang akaun atau akan aku lanjutkan sehingga usia 21 tahun jika perlu (perlu menilai kemampuan mereka untuk menguruskan kewangan dahulu). Masa ni harap-harap mereka akan gunakan duit yang ada kearah jalan yang baik.
Pagi Isnin masuk kerja pun masih dapat ang pow dari semua bos, kawan-kawan yang sudah berkahwin dan pembekal yang biasa kami berurusan dengan mereka.
Moga-moga rezeki akan datang lebih meriah dari sekarang. Insyaallah! :)
(p/s: bukan berniat nak berlagak tapi ini untuk kenangan akan datang)
2 comments:
ang pau guna cek tu..best tu!!!
ti...yg cek tu utk company, kat sini ada 5 anak syarikt jadi dpt 5 cek la...yg bos2 bagi pulak tu sampul merah by hand lagi...cash tapi amaun taun ni tak meriah kalau dibandingkan dengan tahun lepas.
Post a Comment