Assalam...
Mencari masa lapang sangat la terhad sekarang, di pejabat mungkin masih berkesempatan tapi kalau dirumah memang jarang-jarang sangat dapat online. Lebihkan masa melayan anak-anak dan menyelesaikan kerja di rumah.
29.10.2011 yang lepas genap Ashraf berumur 6 bulan. Sudah mula makan tapi teramat sedikit kalau dibandingkan dengan Zikri semasa umur 6 bulan. Masih menyusu badan dan insyaAllah kalau diizinkan Allah aku berharap mampu menyusukan sehingga umur 2 tahun. Sudah pandai merangkak dengan laju, tapi selebihnya suka mengesot agak laju dari merangkak! hahaha....sekarang apa yang bahaya tidak boleh letak dibawah.
Sudah pandai merangkak, suka membebel dan makin suka makan! |
Makan aiskrim sebagai upah bersikap baik sepanjang masa di klinik dan tak nangis lama bila kene inject. |
Kami sewa sebuah chalet dengan harga RM50.00 untuk sepanjang hari. Makan tengahari pun kami beli di kedai yang ada. Maklum saja perancangan last minute. Yang penting enjoy sepanjang masa berempat di sana.
Suka Zikri dapat main air sejuk-sejuk |
Ashraf penakut dengan air terjun |
Sangat enjoy! sapa kata sudah ada anak 2 tak boleh nak bergembira?hahhaha...aku fikir lagi gembira ada la sambil tengok gelagat anak-anak ni. Tapi tolong jangan serahkan aku 2 anak ini sekali gus untuk aku kawal kalau diluar rumah. Hehe pengsan!
No comments:
Post a Comment